Kelmarin 14 Julai 2016 – ada sambutan hari raya peringkat sekolah. Semua kelas adakan jamuan raya. Sungguh meriah dan ceria sekali.
Hampir semua kelas aku
terjah. Wow!! tak larat nak makan rasanya. Masuk kelas yang ke-5, aku dah
mengaku kalah. Tak larat nak makan dah. Sekadar jalan-jalan masuk kelas dan
berbual dengan pelajar je. Bayangkan lebih kurang 25 kelas semuanya.
Dan untuk tidak mengecewakan
pelajar, aku jamahnya sikit, jamah keropok .. kuih .. buah .. minum air seteguk dua. Hehe. Padahal dah tak larat dah. Rasa nak menyandar
kat kerusi je.
Berikut sedikit gambar kenangan
raya bersama rakan-rakan guru yang aku ambil dari WhatsApp sekolah. Sebagai kenangan
indah ..
Persahabatan sebagai rakan sejawat amat penting sekali. Ia tiada nilainya ...
Cikgu-cikgu dan pelajar berpakaian raya, bergaya dan anggun. oh ya nampaknya pada tahun ni, aku perhatikan ramai pelajar memakai jubah .. gaya terkini kot .. hanya orang perempuan saja tau perkembangan pakaian sebegini ...