Followers

01 July 2008

Jadilah seorang yang prihatin

Jam 10.30 malam. Balik dari fun fair, aku singgah kejap di kedai makan yang terletak di tepi jalan Guchil. Di situ aku selalu menikmati makanan kegemaranku, kue tiaw lakna. Sudah menjadi kebiasaan, sambil makan-makan tu, aku suka melihat gelagat orang-orang di depan mata.

Aku mengambil tempat makan di satu sudut. Di depan aku, ada tiga orang lelaki sedang makan sambil berbual-bual. Rancak bunyinya. Aku lihat ada pelbagai jenis lauk pauk dan sayur yang terhidang di meja kumpulan lelaki tersebut. Orang kelantan kata ‘makan hidang’.

Diringkaskan cerita…

Selang tak lama selepas itu, salah seorang lelaki tadi memanggil tauke kedai.

“Kak, berapa harga semua?” kedengaran agak kuat. Maklumla kakak itu (tauke kedai) asyik berada di dapur. Dapur itu hanya berada di sekitar 4 depa je dari meja makan pelanggan.

Kakak itu pantas menjawab, “RM28.00 semua bang”.

“Hah, RM28.00. Betulke? Lelaki tadi bersuara kuat. Spontan.

“Betullah tu. RM28.00 semua sekali,” Kakak itu juga bersuara kuat. Penuh yakin.

“Mari. Mari sini kira!!!” lelaki itu terus bersuara. Seakan tidak puas hati dengan jumlah harga yang dibagitau oleh kakak itu.

Aku melihat situasi itu dengan penuh minat. Dalam hati, terdetik:

“Ah, lelaki ini lebih-lebih pula…”

Tapi tiba-tiba hati berbisik:

“Ah, biarlah. Itu hak dia. Dia ada hak sebagai pelanggan!!!”

Aku cuba berfikiran positif. Hati berbisik lagi.

“Bagus juga lelaki ini. Jarang aku lihat ada pelanggan yang berani mempersoalkan harga makan di kedai makan mahupun di restoran.”

Aku lihat kakak itu terus bergerak ke meja makan kumpulan lelaki tadi. Kali ini dia membawa kalkulator. Terus dikiranya setiap satu-satu jenis hidangan yang ada di atas meja tersebut.

“Berapa?” Tanya lelaki tadi.

“Hmmm RM26.50.” Kakak tadi bersuara perlahan. Malu mungkin.

“Hah, tadi kata RM28.00. Sekarang RM26.50. Kalau kira sekali lagi, lain pula harganya!!!!” Lelaki tadi bersuara. Agak keras bunyinya….

p/s – Situasi ini mengingatkan aku, perlunya kita prihatin dengan harga makan kita. Dan perkara ini mungkin telah dan selalu berlaku pada kita jika kita jenis orang yang tidak pernah ambil peduli tentang harga semasa ‘makan hidang’… terutama kaum lelaki seperti aku…

18 comments:

diya said...

erm. agaknya kakak tu main kira harga gitu2 je.tapi, bagus gak klw wat gitu.mmg diya pun tak penah nak soalkan bab harga makan. thanks utk peringatan ni :D

PHATABULOUS! said...

cikgu rashid... pernah tgk perempuan yg mempertikai harga bila makan di kedai makan?? Sy sll buat macam tu, tak guna la kalau sy keje dgn kpdnhep, tp tak jaga hak pengguna, sy setuju setiap orang sepatutnya prihatin dalam soal harga makanann atau apa jua barangan yg kita beli. biar peniaga takut dgn kesedaran dan tanggungjawab pengguna ni. kalau tak asyik nak menipu je...

CIKGU PANJI said...

malu nak buat macam tu...tak sanggup.hehe

Rashid said...

Ya Diya. Bukan diya je, abgpun. Lepas makan.. kenyang. Lepas kenyang haa faham-faham je, terus bayar tanpa kata..

Rashid said...

Hai syima, saya setuju dengan syima. jangan biarkan peniaga 'buli' hak kita sebagai pelanggan.
Perempuan ni mungkin terlalu sensitif dengan harga... mereka ni biasanya 'akauntan bertauliah'..hee hee

Rashid said...

hai cikgu panji.
Apa nak malu pula? tapi itulah biasanya berlaku. ramai orang malu nak bertekak dengan peniaga walaupun dia berada di pihak yang benar.. oleh itu marilah kita ubah sikap ini. kita ikut phatabulous tu...

oh ya, berwajah baru nampak!!!

Azura said...

uihkzzz... buleh lak ukar2 harga dan dan tuh...

Rashid said...

salam Azura.
lain padang lain belalang..lain kedai lain taukenya..

Dayu said...

a'ah lepas ni kena mintak tauke kedai kira balik la..

sebab kadang2 rege lain, esok rege lain.

nora bahari said...

selalu kena mcm nie...
ada yang kira hanya dalam kepala jew..
yang lebih menyedihkan, makanan yang kita tak order pun dia kira..
haiiihhh..
kesian...

Rashid said...

Untuk dayu,
sebelum suruh kira balik rege tu..jgn lupa kita sendiri perlu kira rege tu dulu. bila dah confirm ada beza harga.. apalagi suruh je kira semula depan kita. mesti berani!!!

Rashid said...

salam nora,
kira dlm kepala? kalau tepat dengan harga sebenar okeyle..tapi biasanya pakai agak-agak je.
Tang kira makanan yg kita tak order tu kira kes harubiru dah tu..tauke tu dah kena bawa masuk wad kecemasan!!!

nieja said...

xsmpat nak bace
aha..
nak tngal komen kat chtbox
xdpt plak..huhu!

A t i Q a h said...

Salam. Eih. Lebih seringgit setengah tu. Boleh dapat milo ais se. He he. Pak cik tu bagus lah sebab dia alert. Kalau saya, mungkin tak perasan.

Rashid said...

salam nieja..terima kasih dtg. walaupun sibuk ngan study. nampaknya cik box tu merajuk lagi la tu..

Rashid said...

hii atiqah.
nilai duit w/p 10 sen, 20 sen..kalau selalu gitu yg dibuat oleh peniaga alamat cepat kaya la. Amanah saham tuuu naik 1 sen 2 sen 5 sen jer...tapi itulah yg para pelabur tungguuuuuu!!! ribu ribu dapat untung!!
hee hehee.

yOnnA said...

grr..
mmg bagus utk peringatan..
tp yonna mmg x penah la kan :p
ntah la..
sebab x biase kot..
lain lah kalau harga tu kaw2 x berbaloi :p
sebab tu suka makan kat tmpat yang biasa mkn je :p
hehe

Rashid said...

Adik Yonna,
ya satu cara elak 'terkena' ialah kita makan di kedai yg kita dah biasa..kita dah tau harganya. kerna biasanya kita terkena di kedai yg baru kita jengah..dia ingat kita ni 'org jauh'..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search