Rashid: Pakcik, sejak Pakcik kerja kat sekolah ini dah berapa kali terserempak dengan ular?
Pakcik: Banyak kali dah cikgu…
Rashid: Kat mana Pakcik jumpa?
Pakcik: Ada kat dalam setor. Rumah guru yang tak diguna.yang jadi setor. Sana ular itu lagi besar. Tedung Selar. Dalam makmalpun ular pernah masuk.. tuu dekat parking keretapun Pakcik pernah jumpa ular. Satu lagi dekat belakang setor sukan…
Rashid: Pakcik buat camana? Pakcik tangkap ke?
Pakcik: Tak. Pakcik ambil buluh. Pakcik halau keluar dengan buluh.. kemudian pakcik ‘katak’ ular itu.. Kita kena ‘katak’ dia sampai ‘mapuh’.
Rashid: Pakcik.. ular ini bahaya. Pakcik tak takut ke kena patuk?
Pakcik: Ular ini suka patuk bahagian nadi. Sama ada nadi tangan atau nadi kat belakang tumit kaki. Bahagian sanalah biasanya ular suka. Ular ini pandai. Dia patut bahagian yang boleh bawa maut.. Satu lagi ular suka ialah bahagian pusat… kalau kena patuk kat situ… habislah...
Rashid: Ada petua ke pakcik bila berdepan dengan ular ini?
Pakcik: Itulah kita kena simpan batang buluh. Pastikan ada simpan satu kat rumah. Ular ini biasanya akan lemah bila terkena batang buluh… Kalau guna kayu biasa, batang penyapu ke… ular boleh meniti... bergerak lagi atas batang kayu ... itu bahaya.
>>>>>>>>
Tiba-tiba aku teringat. Bulan puasa tahun lepas ada seekor ular sendok. Hitam pekat warnanya. Agak besar. Masuk dalam rumah aku. Masa itu jam 1.00 pagi. Nasib baik semasa aku turun dari tingkat atas… ternampak .. ular itu menyusup belakang almari tv.
Aku rasa sepi pula seorang diri untuk ‘berdepan’ dengan ular itu. Lantas aku ‘call’ kawan sekerja yang jarak rumahnya - 5 buah rumah dari rumah aku. Nasib baik kawan aku tak ‘off’ telefonnya. Beberapa minit dia terus sampai kat rumah …
Apa lagi, terus dimintanya ubat sembur nyamuk (lipas?) ‘baygon’.. Disemburnya di balik almari. Dibiarkan beberapa saat. Kemudian dengan menggunakan batang kayu dikuis-kuis.. diheret keluar ular itu dari rumah aku.. kemudian dushh dushh.. tamatlah riwayat..
Rupa-rupanya ubat sembur nyamuk, ‘baygon’ telah buatkan ular itu tak aktif. Jadi pasif. Pergerakannya agak perlahan …. senang untuk dikuis keluar.
p/s – ermm.. nampaknya batang buluh dan ubat sembur ‘baygon’ perlu ada dalam rumah. Standby di kala kecemasan.
18 comments:
petua yang berguna. tq
errr...
saya geli dan takut gan ular...
bahya la sekolah sana.. banyak ular..
cikgu hati2 ya... err...
baygon berkesan kat ular rupanya..
nanti nak kena beli simpan kat umah..
standby.. heheh
huh baygon.. so popular la baygon lepas ni haha
slm cikgu:
lagi 1 faktornya adalah keyakinan diri kut? sbbnya kalau saya, nampak je ular, terus meremang bulu ketiak. kalau dh mggeletar, cmne lah nak ambil tindakan wajar?
cikguuuuu..seram dan geli geleman saya bc entry nih..
takuttttt...
ok2, nnt sy standby batang buluh & spray nyamur bygon dlm umah..
tingat dulu ular penah menyusup masuk ikut tayar kereta suami sy...
tobat sy mmg xnaik kete tu smpailah makesure betul2 ular tu xder...huhu
Salam Rashid
ular suka pada tempat tertentu.. pada nadi memang dah tau.. tapi pada pusat 1st dengar nie.. so.. jangan tunjuk pusat pada ular bahaya.. ular masuk dalam rumah ya.. kawan tolong dush.. dush ka.. habis tuan rumah?? pegang penyembur dah la.. haha!!
Lekir
Moga-moganya lekir..
t.kasih datang sini
annfrendly
Sekolah sini berhampiran dengan ladang kelapa sawit.. biasalah tu ann.
a’ahhh simpan satu baygon tu. Mana tau.. time terdesak boleh guna sebelum panggil yang berkenaan
TMUkmkd
hehe.. kalau syarikat baygon tau.. mesti dapat sponsor ini. tapi takper.. ikhlas.. sekadar perkongsian.
Ada ayrissa
Kita semua takut ular. Tapi ada setengah orang tu.. budak kecik lagi siap main tepuk-tepuk gurau senda dengan ular. hehe
yup sedia je ada ayrissa.
hehe.. sampai tobat tu. Ketakutan sampai tahap ke’fobia’an
piewahid
salam
haha!! lain pula tempat meremang tu piewahid. adoiii.. tergelak saya. Pertama kali ada juga yang meremang kat sana ek.
MaizaC’joe
salam
Itulah maiza. Tang sana kena sentiasa tutup rapat-rapat..
Iya kawan yang tolong dushh dushh.. sebab entahlah.. saya ni cepat kasihan.. tak sampai hati. Tambahan lagi time tu saya cool je.. bila time cool saya tak boleh ‘berdepan’ ngan ular.
Lainlah kalau dah time darurat…
hehehe...
ayue mase duduk kat kg dulu, keliling semak, byk pokok2. bile hujan2 ular n lipan selalu masuk... mase tu kanak2.. heheh. takot!!
mmg ular die pantang ngan buluh.. nk bunuh gune je buluh. ayah ayue kate la.. hehe. kebetulan, ayah ayue pon pekebun juga. hehehe.
tp yg paling ayue xbole lupe, ayue dgn adik naik motor. kitorang ni rabun tp mase tu xmoh pkai spec. bawak moto nak g cari durian. pastu kitorang langgar tedung selar yg sgt besar. tp kitorang xperasan. xrase ape2 bump pon.
ayah da nmpak ular tu dr jauh. tp xleh nk wat ape. ayah nk jerit tp takut kitorang berhentikn moto tu.. ayah tawakal je tengok dari jauh... siyes. ayah kate tedung selar yg kitorg langgar sgt besar. hehehe.
tu pengalaman ayue la.. huhuhu. saje nk share kat cni...
salam cikgu,
wah!!
nak jadi pakar ular pula ya cikgu
menjalar je la nanti
heeeeeeeeeee
=p
Ayue Aishah
salam ayu. kisah benar yang sangat menarik ayu..
adoii nasib baik ayu dan adik tak ada apa-apa.
Ayu lain kali kena hati-hati k. Pakai spec tu. bahaya… biasanya tedung selar kejar. Nasib baik ayu tak dikejarnya.
Ayu terima kasih kerna sudi share citer ayu tu..
bluecity
hah!! menjalar kat mana tu blue? ishhh mandai jer ek..
hehe
mak haz lagi berani dengan ular dari abah...
haha
Hazzy ishak
iyake? adoiii.. ni kena menuntut ilmu ngan mak hazzy ni.
Hazzy kirim salam kat mak..
Post a Comment