Masih terimbau beberapa hari yang lepas, aku call salah seorang rakan guru ...
"Sha .. ada syampu cuci lantai?"
"Ada"
"Shid nok beli hok 1 set tu. Nok wat basuh rumah lepas raya"
"Ada"
"Shid nok beli hok 1 set tu. Nok wat basuh rumah lepas raya"
"Sedap
woiii rumah baru"
Aku hanya senyum.
"Bila boleh bawa sha?"
"Bila boleh bawa sha?"
"Esokpun boleh ..."
Wah! Memang hebat sha ni. Sha salah seorang
sahabat - secara sambilan dan santai turut berkecimpung dengan Biz. Aku memang
tabik dengan dorang ni. Hebat di sekolah, hebat di luar sekolah.
Setelah dapat barangan tersebut, sha terus melangkah keluar...
Aku senyum. Biasanya sha akan snap pic orang
yang beli barangannya. Tapi .. tadi tak ada pula dia nak snap gambar. Mungkin
dia tau sahabat dia ni jenis tak berapa suka bergambar. Malu. Hehe. Jadi tak
payah la tanya dah confirm tak mau punya ...
Aku yang memahaminya terus snap. Guna webcam
laptop je.
Terus aku WhatsApp padanya.
"Untuk sahabat"
Dibalasnya dengan senyuman ..
Di sinilah aku fikir. Kita sepatutnya beri
sokongan kepada rakan sahabat kita yang berkecimpung dalam biz. Mereka terlibat
secara sambilan dan santai. Sekurangnya dapat juga sikit sebanyak income. Kalau
dapat banyak ... Alhamdulillah. Rezeki dariNya.
Aku sokong dan tabik kerana mereka tak pernah
abaikan tugas di sekolah. Kerja mereka beres. Mereka hebat di sekolah. Tak
salah untuk mereka hebat juga di luar sekolah.
Teringat aku, ada seorang tokoh usahawan yang
berjaya (dah lupa nama) pernah berkata:
"Jika anda mahu kerja diselesaikan dengan cekap, berikanlah kepada orang yang sibuk".
"Jika anda mahu kerja diselesaikan dengan cekap, berikanlah kepada orang yang sibuk".
Aku akui dan setuju dengan pandangan tokoh
usahawan ini. Kepada semua rakan yang terlibat dengan biz ter .. GOOD LUCK!
"Hebat di sekolah, tak salah untuk hebat
di luar sekolah".
Cuma kalau ada suara yang mempersoalkan kerja
hakiki ... rakan sahabat kena buktikan: "Hebat di sekolah, tak salah untuk
hebat di luar sekolah". (Mungkin boleh guna juga utk rakan-rakan sahabat
yang bekerja dlm pelbagai bidang lain).
3 comments:
Assalamualaikum cikgu ☺️
setuju
dalam dunia yang serba mencabar ni tak salah kalau kita buat biz secara sambilan. yang penting jgn sampai menganggu kerja hakiki
rezeki dari allah..ada di mana-mana yg penting rajin
Email cikgu mcm x aktif. Bile send reject balik.
Post a Comment