Followers

29 July 2008

Muda-muda dah kena penyakit...

Sekitar jam 12.30 tengahari (28 Julai 08), aku didatangi dua orang pelajar.

Salah seorang darinya adalah pengawas sekolah. Mereka melaporkan bahawa kawan mereka sakit. Sakit di bahagian pinggang.

“Sakit pinggang?” Aku sedikit hairan.

“Ya, cikgu”

“Kenapa?”

“Dia memang ada penyakit buah pinggang cikgu”

“Yake.. dah jumpa dengan guru bertugas?”

“Belum cikgu…”

“Takpa, cikgu turun nanti. Tunggu cikgu di kelas”

Aku terus ke kelas yang dimaksudkan. Risau juga. Bila sampai di kelas, aku lihat beberapa pelajar perempuan sedang menggerumuni pelajar yang sakit. Nor Fika namanya.

“Masih sakitke… tak boleh tahan? ” Tanyaku.

“Boleh tahan lagi cikgu..” balas Nor Fika. Perlahan.

“Betul? Cikgu sekarang ada kelas. Kalau sakit lagi, jumpa dengan guru bertugas, cikgu Siti Murni atau Ustazah Wan Rohana. Kalau tak jumpa juga cari cikgu di kelas 4PA”

Aku terus ke kelas 4PA untuk mengajar seperti biasa. Tidak sampai 15 minit mengajar, aku didatangi oleh 2 orang pelajar perempuan tadi.

“Cikgu, Nor Fika tadi sakit lagi cikgu. Dia sekarang berada di sebelah tandas. Dia menangis. Dia kata tak boleh tahan lagi cikgu”

“Dah jumpa Ustazah?”

“Belum cikgu”

“Okeylah, takpa cikgu urus”.

Setelah memberikan tugasan kelas, aku terus melangkah keluar.

Aku lihat Nor Fika sedang menangis. Terisak-isak. Kedua-dua tangannya sedang memegang pinggang sebelah kiri. Dua orang pekerja PAR perempuan sedang bersamanya. Membantunya.

“Okey macam nilah. Bawa dia ke kereta cikgu. Cikgu bawa ke hospital. Kamu pergi sama. Tolong papah dia” Aku meminta seorang pengawas perempuan membawa pelajar tersebut ke kereta.

----------------------

Dalam perjalanan ke hospital...

“Dulu cikgu ada juga cita-cita nak jadi doktor”

“Ya ke cikgu”

“Ya, kalau cikgu jadi doktor, kamu datang hospital, cikgu yang suntik kamu. Cikgu bedah kamu…”

“hee hee” kedua-dua pelajar ketawa.

‘Aik, sakit-sakit boleh ketawa lagi” aku tersenyum.

--------------------

Lebih kurang jam 1.15 tengahari, aku sampai di hospital, terus ke bahagian unit kecemasan. Nor Fika terus dibawa ke dalam oleh seorang nurse. Hampir 15 minit, nurse tadi keluar mendekati aku.

“Cikgu, kami ambil air kencing. Kena tunggu keputusan keluar”

“Okey”

Aku cuba telefon ibu bapa Nor Fika. Tapi tak dapat. Maka menunggu setialah aku di sana. Hampir 2 jam (jam 1.15 ptg – 3.15 ptg).

Sekali lagi aku cuba hubungi ibu bapanya… dan alhamdulillah akhirnya dapat juga aku bercakap dengan bapanya.

“Pakcik, Nor Fika sakit pinggang tadi. Menangis. Saya dah bawa ke hospital. Tadi saya cuba hubungi tapi tak dapat...”

“Takpalah cikgu. Cikgu bawa je”

“Saya sekarang ni dah ada di hospital. Unit kecemasan. Pakcik datanglah sini”

“Okey, nanti saya pergi”

---------------------

Setengah jam kemudian, bapanya sampai di hospital. Aku menyapanya. kami berbual mesra.

“Cikgu. Fika tu memang dah lama sakit buah pinggang. Seminggu tu kadang kadang 2 -3 kali dia sakit. Bila dia sakit, saya bawa ke klinik. Kadang-kadang ke hospital. Selepas kena suntik, Fika tu okeylah”

“hmm hmm”

“Entahlah cikgu. sayapun tak tau nak buat camana…”

“Sabar je lah pakcik”

“Oh ya, cikgu baliklah, nanti saya bawa balik Fika ni”

“Okeylah macam tu”

Aku terus memandu balik ke sekolah. Terlintas dalam fikiran aku – ‘muda-muda dah kena penyakit buah pinggang’…

---------------------

31 comments:

anaiz said...

kesian la kan. kecik2 dah dapat penyakit. skrg ni penyakit tak kira umur. takut la plak dengar.
kena jaga kesihatan baik-baik nih..

Rashid said...

ya anaiz,
kita kena jaga kesihatan.. cegah sebelum kena. Kalau dah kena ha baru ngelabah. sekarang nak kawal & jaga pemakanan sikit..tapi masih belum berjaya sepenuhnya. Selera tu dtg semacam jer.. itulah skrg cipta hobi baru - main futsal. keluarkan peluh..

bendul said...

kengkadang tu penyakit keturunan pun ada.. kesian la jugak..
ari tu ada gi klinik, nampak satu poster,
"father allergic + mother allergic yg sama = anak konpom dapat allergic tu.."
saya resdung, yana resdung, naufal konpom kena resdung ker..? huhuhuhu..

Rashid said...

bendul,
ya satu kemungkinan. tentang allergic tu..pertama kali saya dengar bila ibubapa allergic, anakpun turut kena yg sama. ishhh macam-macam ya. ingatkan 'penyakit orang kaya' je yg ada keturunannya..

nora bahari said...

penyakit hadir tidak kenal usia..
semuanya dugaan dari DIA..
menguji kesabaran kita sebagai umatNYA...

=)

Rashid said...

Nora,
memang benar. Dunia kini penuh ngan virus penyakit. Virus ni tadak mata. Ia serang sapa-sapa je tak kira usia, masa & tempat.

cHeRyNa PiReS said...

ade org mmg cepat sakit...takpelah...maybe sebab tuhan sayang kot...suruh ingat die slalu:d

Rohaizan Khamis said...

Salam,
Mencegah penyakit pun susah juga.
kita tau banyak penyakit berpunca dari makanan. Sumber-sumber makanan tu pulak banyak di luar kawalan kita. Kita hanya bergantung pada pihak berkuasa yg sahkan ia halal dan baik utk dimakan. Tapi dah banyak kali jadi isu pengeluar yg tak patuh arahan, pihak berkuasa terlepas pandang.

http://gempurhpa.blogspot.com/

nazri said...

Salam..

aku teringat pulak kat abah aku... Susahnya kalau ada penyakit buah pinggang... Jaga lah kesihatan.. terutamanya dalam hal pemakanan..

dav_perantau said...

salam..cikgu..mcm rajin nampak jah cikgu ni ...takpolah..salam perkenalan eh..t kirim salam kat anak murid cikgu tu.....

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

kesian, kan muda-muda dah kena penyakit. tapi kesian sungguh kat budak tu coz dia menanggung sakit sampai nangis

etomyam said...

a'kum, sori ye, apasal muka macam pernah nengok je kat dalam TV, macam pelakon drama tu....

Rashid said...

hullo Cheryna,
saya setuju ngan cheryna. banyak sebenarnya hikmah di sebalik kesakitan yg menimpa & apa-apapun yg berlaku.

Rashid said...

salam rohaizan,
ya,saya rasa makanan punca utama penyakit. macam-macam campuran bahan kimianya. sebab tu bila makan sedap semacam jer..

Rashid said...

Nazri,
banyakkan sabar. saya doakan kesihatan abah nazri.

terima kasih atas nasihat tu 'jaga pemakanan'. sayapun skrg nak 'tapis-tapis' bila makan. kalau ikut selera bahaya.

Rashid said...

hi dav,
bukan rajin. saya sebenarnya seronok bila bersama pelajar. saya happy ngan mana-mana pelajar (tapi bila pelajar buat salah, ponteng kelaske, lawan guruke - saya rotan - tanda sayang). saya suka bertindak segera jika ada apa-apa kes. mungkin sebab tu pelajar rapat & open ngan saya. banyak masalah termasuklah yg peribadipun diaorang cerita pd saya.

insyaAllah saya sampaikan salam dav tu (kalau saya ingat ehh).

Rashid said...

Beautiful,
itulah sebab saya bertindak spontan. kesian tgk pelajar menangis sambil pegang-pegang pinggang..

Rashid said...

hullo etomyam,
hah, ada 'kembar' rupanya saya ni. Pelakon lak tu. hee hee

yOnnA said...

kesiannye budak tu abg..
mmg perit sakit pinggang tu..
hope she will be ok la

Muhammad Nazeef said...

assalamualaikum en. rashid..n_n
blog yg bagus serta topik yg menarik..
budak2 skarang ni kecik2 dah dapat penyakit...
bukan saja fizikal malahan rohani..
harini jer ader budak 7-8 tahun yg sudah berfikiran kuning...

ape la nak jadi ngan dunia nie..

kuInaJentayutiara said...

zman skrang sakit tak kenal usis.. moga girl tu cpt sembuh!

nen said...

cikgu..
sy akan start esok...
moga sy akan jadi sekuat cikgu...
amin.
insyallah.

~ mizzAmy ~ said...

~ kesiannya.. kecik2 dah ader penyakit. maybe faktor genetik kot. parents yg ada penyakit ker.

amy pun kena jaga makan, takut kena kencing manis. sebab my dad ade penyakit tuh. ~

Princess Redbloodsnow said...

eh ciannyer student cikgu tuh yek
bape umur die eh...cian aa die..t umur dh matang ckit...sure terpakse ke operate die...:(

Rashid said...

Yonna,
abg harap gitu lah. moga sihat hendaknya.

Rashid said...

salam nazeef,
memang benar. ini semua kesan pengaruh media kotor dan kurangnya didikan solat. Baru-baru ni ada berita - berlakunya sumbang mahram di klgn bebudak sek ren yg belum akil baligh..ishhh

Rashid said...

hai Kuina,
moga-moga. sama-samalah kita berdoa.

Rashid said...

salam cikgu nen,
tahniah kerna bakal bermulanya kehidupan sbg cikgu sc rasminya. Nen, satu jer saya ingin pesan, 'bergembiralah bersama pelajar'. Mereka perlukan kita semua. Perlukan kita utk 'memanusiakan' mereka.

Sentiasa tabah & kuatkan semangat, gembirakan hati, cekal menyusun langkah.

Rashid said...

mizzamy,
faktor genetik?. eeee tak tahu pula saya. risau juga kerna penyakit 3 serangkai (penyakit org-org kaya) sekarang ni menyerang sapa-sapa je.

Rashid said...

hullo Princess,
dia baru ting. 3 - umur 15 thn. budaknya rajin & ceria.

Cik Shiqa said...

cian ny... hope smbuh smula n teruskan perjalann sbgi pelajar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search