Followers

21 May 2009

Perkhemahan & Hari Terbuka Kokurikulum 2009

Baru-baru ini sekolah telah mengadakan program perkhemahan agung & hari terbuka kokurikulum. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan aku macam biasa le - ditugaskan untuk menyelaras keseluruhan program ini.


Adoii!! ingatkan semasa di Sabah saja aku terlibat dalam soal selaras menyelaras program sebegini... balik kat kelantanpun tugas sebegini datang lagi. hahah!! aku suka dengan tugasan ini. Yes!!! yes!!!


Kali ini aktiviti perkhemahan telah diadakan serentak dengan hari terbuka kokurikulum. Untuk hari terbuka, beberapa agensi luar telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan suasana. Antara yang terlibat ialah Jabatan Bomba, Polis, Jabatan Pertahanan Awam, Hospital, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Bersama dengan pameran jabatan luar ini, pameran persatuan / kelab serta gerai jualan juga turut diadakan serentak.


Sepanjang pameran… semua pelajar.. ibubapa.. orang kampung.. orang luar telah dijemput untuk hadir sama.

>>>> eee malas pula nak taip panjang-panjang. Apakata kita layan gambar je. ZZzzzzzz..


Selamat datang ...

Anggota Bomba sedang memberikan taklimat & tunjuk ajar

Pameran kelab Rukun Negara


Pameran agensi-agensi luar

wah!! itu dia.. bersemangat & sporting betul cikgu faizam. Terduduk sama.

Apa keje le diorang ni duk berkumpul ramai-ramai tu..

Hasil jahitan dan gubahan pelajar.. aku macam tak percaya je ..

Aduhai ngan benda itupun nak bergambar sama?

Aku suka tengkorak ini.. cun je. hehe

uissk dia lagi. Tepilah.. cikgu nak ambik gambar motor tu. (Saja je lalu depan kamera. dushh!!)

Sedang saksikan persembahan pelajar

Rakan guru tidak ketinggalan datang malam-malam

Joget zam joget.. (tarian poco-poco)

Pelajar beriadah pagi ..

Kemahiran ikatan tali

3 orang kuat program. Dari kiri.. Timb kem kom, ketua jurulatih & Kem kom

Urusetia tekun mendengar taklimat

Pelajar ting. 6 selaku urusetia (memang setia abis diorang ni. Tahniah!)

Sahabat.. Jurukamera profesional

p/s - wah!! banyak juga gambar aku taruk kat entri ini ...

29 comments:

Afida Anuar said...

Salam cikgu rashid..kenapa ada mayat berbungkus kain putih kat tengah2 tuh?huhuhu...

Mantap la cikgu dapat menyelaraskan program sebegini besar...syabas!

Marzalina said...

malas nak type??? hehehe..seronok tengok gambar-gambar tu..teringat zaman sekolah dulu. hehehe

mommy otai said...

uhukss...morning ya tuan rmh..
errr nk tye skit..gmbo tuan tanah ni memg tkde dlm camera ke kes sume gmbo die tk hensem..heheheee

naurah makwa said...

ala..bestnya jadi cikgu..macam2 aktiviti..rindu rsanya kat sekolah lama...

Anonymous said...

tentu sekali memenatkan jd penyelaras prog..tp yg pasti ia suatu yg menyeronokkan..

Anonymous said...

tentu sekali memenatkan jd penyelaras prog..tp yg pasti ia suatu yg menyeronokkan..

eiza in the house.. said...

salam cikgu,
wah,mcm seronok jerk tgk..
tp yg paling teruja tengkorak tu la..
hehe

ILA said...

Uiii..banyaknya gamborrrrrrr!!!
seolah ila turut berada di situ;)

kuIna LadyInRed said...

yer yer biar gambar menceritakkan segalanya...

sy suka g g program mcm nie.. ronda2 sambil cuci mata, cuci minta...

mr.syazwan said...

F
U
U
U
Y
O
O
O

beshnye...
awk ni wakil apa lak??
bomba ke??
^_^

Rashid said...

Afida
Mayat berkain kapan tu sekadar nak beri keinsafan pada tetamu. Kita ini hadir.. hanya sebagai tetamu senja..bila cukup masa dosa dan pahala..

mantap? hehe.. t.kasih. Bese je tu afida

Rashid said...

Marzalina
a'ahh lah tiba-tiba je kemalasan melanda diri dan jari..

Camana agaknya intan masa zaman sekolah dulu ya.. tentu nakal ni..

Rashid said...

mommy otai
tuan tanah? dushh!! adik abg ni. ada je..
farah, tak taule. ada kalanya lebih suka di balik tabir - memerhati gelagat manusia.. macam-macam ada.

Rashid said...

naurah makwa
betul tu. memang best jadi cikgu ni..selalu bersama dengan pelajar. Pelajar ini pula macam-macam karenah. Ada yang nakal dan berani .. suka mengusik ..

naurah.. jom kita balik ke sekolah. Dalam mimpi k.. hehe

Rashid said...

Anonymous
Penat tu ilang bila hadirnya kepuasan dan rasa seronok semasa bekerja...

Rashid said...

eiza in the house

Memang seronok..
ooo tu dah jatuh hati pada tengkorak ek.. takper nanti saya sampaikan salam eiza k.

Rashid said...

Ila

hahah!!! sindir le tu.. sebenarnya saya malas le nak taip panjang-panjang ila. So biarlah.. bab kata kulna tu 'biar gambar menceritakkan segalanya'.. hehe

Rashid said...

kuIna LadyInRe
Ya kulna. sayapun suka bertamu ke program macam ini. Banyak info kita dapat..

Yang penting cuci mata..

Rashid said...

mr.syazwan
uisskk saya ni wakil apa ek? ermm.. wakil pemerhati PBB kot. hahah!! takde le syazwan..

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello Rashid...

Nice blog....
Boleh berkenalan ke..:)
Hope to hear fr U soon..

Rashid said...

Tommy
ooo boleh je tommy.. t.kasih datang kat umah sy ni..

RK said...

salam..memang menarik program macam ni, teringat zaman sekolah dulu :)

Rashid said...

RK
Salam rk.. Wah rumah baru nampak..

joegrimjow said...

cuma nak bgtau
ku otai poco2

mountdweller said...

Salam Rashid.

Kan bagus tu. Cabaran kewibawaan dan skill.

hussen said...

Tahniah... Suatu perkhemahan yang berjaya (berjaya memukau org yg tengok gambar) dan mantap. Teruskan perjuangan...

Rashid said...

joegrimjow
hahah!! sukar bayangkan joe menari poco-poco.. tentu penuh bergaya sekali.

Rashid said...

mountdweller
ya uncle.. sungguh menarik sekali tugasan sebegini. Kita dilatih untuk berfikir, merancang dan mengagihkan tugasan.. yang pentingnya bagaimana kita nak dapatkan kerjasama dan tindakan dari setiap AJK.. bertindak sebagai satu pasukan.. berkongsi usaha. Seterusnya dapat merasakan kejayaan program adalah hasil usaha bersama.

Rashid said...

Hussen
Terima kasih sen.. macam biasa le. hehe. Cam kat Maktab Sabah juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search