Followers

28 April 2011

Berani tampar anak dara orang .. depan orang ramai pula tu ..


Jam 5.00  petang tadi singgah satu restoran kat Dataran Peladang. Tiba-tiba disapa oleh 2 orang pelajar perempuan … pelajar tingkatan 5  2010.

“cikguuuuu …” terus diorang mendekati aku. Senyum ..
“oooo Fiqah .. Amy ..”

“Cikgu baru nak makan ke?
“a’ahhhh terasa nak makan sup gearbox. Ni Fiqah ..Amy kerja sinike?”

“Iya cikgu .. tunggu panggilan. Sambil tu kami kerja dulu. Boringle kat umah ..”
“Baguslah tu .. cari pengalaman ..”

“Cikgu nak makan apa cikgu?. Kasihan cikgu ..  baru nak makan ..”
“ermm buatkan cikgu sup gearbox .. nasi sekali. Air laici kang ..”
“Okey cikgu ..”

 sekadar hiasan

Sebaik makanan dihidang, terus kedua-duanya duduk di hadapan aku.  Berbual .. Kemudian Amy beredar ke dapur.

“Cikgu .. cikgu tau tak. Cikgu masih ingat Faiz .. kelas 5 Dahlia.. “ Fiqah bercerita.
“Iya. Kenapa dia?”

“Cikgu taukan .. Faiz tu couple dengan Amy. Ada satu hari itukan. Faiz datang kat restoran ni. Dia marah-marah kat amy. Ditamparnya Amy... Ramai orang tengok. Terkejut ...”

“iyake. Kenapa Faiz gitu? Kat kelas dia tu kan pendiam je ..”
“Itulah cikgu. Sebenarnya Faiz tu cemburu kat Amy. Amy kan comel. Kerja kat restoran ni biasalah cikgu. Kena layan pelanggan. Tanya nak makan apa ..”

“hmm hmm .. habis mak ayah amy camana. Dia tau ke kes ini? “
“Amy tak nak bagitau. Tauke kedai nak buat laporan polis tapi Amy tak nak .. Begitulah cikgu bila dah suka…”

Aku kerutkan dahi. Ingati Faiz .. keputusan  SPM nya baru-baru ini banyak gagal. Amy pula lulus dengan baik.

“Bagitau Amy. Nasihati dia baik-baik. Biar dia renungi situasi yang berlaku. Cikgu bimbang .. Faiz tuu belum apa-apa dah berani tampar anak orang. Depan orang ramai pula tu. Nanti bila dah bertunang .. dah kahwin .. tapak kaki naik atas muka pula ..”

“iya cikgu. Faiz tu sebenarnya panas baran ..”

Selepas makan .. aku terus keluarkan RM50.00 ..

“Cikgu .. tak payah cikgu. Saya belanja cikgu ..” ujar Fiqah
“ishh janganlah. Nah ambil duit ni.”
“Cikgu .. ikhlas ni. Saya nak belanja cikgu. Bila lagi nak belanja cikgu ..”
“Jangan fiqah. Kalau nak belanja cikgu.. belanja lain kali. Nah ambil duit ni ..”
“ala cikguuuuu . Cikgu jangan risaule.. saya belanja .. ikhlas cikgu..”
“ishh fiqah ni ..”

30 comments:

Rozuan Ismail said...

last sekali jadi ke belanaj tuh?amboi tampar naak dara orang.berani ye dia

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah.. berani betul tampar anak org depan org ramai. Best kan jd cikgu.. anak murid akan igt even kdg2 cikgu tu dah lupa..

hazeleyed lady said...

keikhlasan yang membawa rahmat! Ameen

nadeyra said...

Ohh, cikgu ke, hehe. By the way, klu sy ade kat tmpt amy tu, mmg sy tinggalkan je lelaki tu.
Sedangkan ayh sendiri pun tak pernah nak tampar, apatah lagi jentik kite, sdp2 org lain buat mcm tu.
Kalau dah kawin nanti, tak tahu la.
Amy tu masih ada masa depan yg pnjg. InsyaAllah prmpuan yg baik tuk lelaki yg baik. Tu janji Allah kan, cikgu ? (:

Afida Anuar said...

cikgu rashid...

awal2 saya baca, ingatkan tokei kedai tu nak tampar budak tu pasai duk sembang2 ngn cikgu waktu kerja.. hehe..

habis tu, cikgu makan free eh? alhamdulillah rezeki...

zacky ~786~ said...

bgs dpt anak murid cmtu... hehe

nicamperenique said...

nice post :)

nyata atau fiksi?

salam kenal yaa

budak kampung said...

kot ye pon panas baran awat pukol anak dara orang.....hyeshhh....bahaye kan orang yang poendiam ni sebenarnye

Liyana Khairunnisa Khairi said...

ish berani betul tampar anak org. moga dijauhi laki camtu..

ahmad humairi said...

Terimalah dengan ikhlas juga.

eMMe said...

hehehehe...penah kene tampar dgn mak, masa kecik2 dulu, sebab ngusik anak india sebelah umah, heeeeeee....

zati embong said...

betul,jat sokong.awal lagi nk memilih sebenarnya.masa depan pun xnmpak lagi O.o

Citarasa Rinduan said...

salam singgah..
terima aksih follow blog citarasa rinduan...

PS: ayu suka baca blog yang ada pelbagai idea.. kreatif..
tapi... entry nie reality atau fantasi??

terbaik!!

Ada Dalina said...

baiknyaa cikgu nih...hehehe..

tp, kesian kat si amy tu..takut nnt lain pulak jdnya..rosak masa dpn...huhu!

IMANSHAH said...

wah dah kawen esok anak bini diterajang

Rashid said...

Rozuan Ismail
a’ahh wan. Pelajar nak belanja .. marah dia bila saya nak bayar .. ish ishh ..
Manusia panas baran wan .. kena gigit nyamukpun terus mengamuk bangun bersilat bagai .. haha!!

Rashid said...

The Lekaat Lekit Story
Betul tu .. kadang tu saya tak ingat .. bila masuk kampung selalu kena panggil .. kena tegur dek pelajar ..

Rashid said...

hazeleyed lady
hmm hmm .. ameen ameen ..

Rashid said...

nadeyra
Itulah .. nadeyra sebenarnya amy tu kena penampar 2 kali dah .. ada pelajar citer kat saya.. sekali tuu dia kena tampar masa balik kelas tuesyen .. kat restoran tu kali ke-2 lah tu..

Moga Amy dapat yang terbaik .. dan moga Faiz tu pun akan berubah sikapnya ..

Rashid said...

Afida Anuar
iya fidaa ..
haha! tak lah .. pelajar saya tuu tamat waktu kerja jam 5 ptg .. diorang bersiap nak pulang tapi bila nampak saya terus diorang tunggu .. nak sembang ngan cikgunya ..

Free le .. hehe.. fiqah marah .. dia nak belanja juga..

Rashid said...

zacky
hmm hmm .. pelajar cam tu le. Bila kita dekati diorang .. diorang tak segan segan nak tegur .. nak sembang ngan kita ..malah byk citer rahsiapun diciternya ..

Rashid said...

nicamperenique
Semua entri berkenaan .. apa yg saya lalui .. kisah benar le nicamperenique (terbelit lidah sebut nama. hehe)

Terima kasih .. salam kenalan juga ..

Rashid said...

budak kampung
Diam –diam berisi .. isinya sukar nak ramal ..
Bila panas baran .. dia buat ikut kepala je .. tak fikir ..

Rashid said...

Liyana Khairunnisa
Moga Liyana dapat lelaki yg penyayang .. cool .. Nak marahpun tenang je ..

Rashid said...

ahmad humairi
iya ahmad ... hehe ..

Rashid said...

eMMe
usik anak India .. hahaha!!! lain je citarasa masa bebudak dulu ya eMMe ..

ishh ishh .. tak sangka ..

Rashid said...

zati embong
zati .. pejam mata pelan-pelan.. cuba renungi masa depan ..

Rashid said...

citarasa rinduan
terima kasih singgah ..

P/S – hmm hmm .. entri ini semuanya kisah benar .. saya suka kisahkan apa yg realiti berlaku .. apa yang saya lalui .. dan apa yg berlaku dlm masyarakat .. sebagai renungan bersama ..

Rashid said...

Ada Dalina
Moga Amy dapat fikir dan membuat keputusan terbaik dlm hidupnya .. diorang masih terlalu muda ..

Rashid said...

Imanshah
Iman .. Moga dijauhi semua itu ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search