Followers

08 January 2012

Aku masih teringatkan Amira ...

Terdengar Alia – anak jiran rumah, berumur 5 tahun bertanyakan soalan kepada seorang makcik juga jiran sebelah rumah. Soalan mengenai kawannya, Amira yang baru saja meninggal dunia. Amira, kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak berpendidikan khas.

“Makcik mengapa Mira mati?”
“Dia sakit .. “
“Kasihan dia makcik ..”
“a’ahh .. Tuhan sayangkan dia. Sebab itu Tuhan ambil dia .. Dia kanak-kanak ‘istimewa’. Sudah pasti dia ke syurga ..”
“Iyake makcik. Kanak-kanak ‘istimewa’ pasti ke syurga ke makcik?”
“iya .. dia tak ada dosa. Dia kan masih kecil .. sama umur dengan Alia. Lagikan dia kanak-kanak ‘istimewa’..”
“Kalau begitu sayapun mahu jadi kanak-kanak ‘istimewa’ jugalah makcik. Sayapun nak pergi syurga ..”

Aku yang mendengarnya tersenyum ..

----------------------


Aku masih teringatkan Amira ..

Terus terang hingga sekarang aku masih teringkat Mira. Dia kanak-kanak comel. Selalu berjalan bersama neneknya melintasi rumah aku ..

“Cikgu .. mira dah takde cikgu ..” ujar neneknya dengan genangan airmata ..
“kenapa dia?”
“Dia sakit cikgu .. batuk ..muntah-muntah .. jam 4.00 pagi tadi dia meninggal”

Menurut neneknya, malam kejadian Mira batuk-batuk dan muntah. Mira dibawa ke klinik pada waktu tengah malam dalam keadaan dah agak lesu. Menurut Doktor, dia ada jangkitan kuman kat paru-paru. Dah agak lama ..

Amira ..
Mira .. kamu kanak-kanak kecil. Kamu kanak-kanak istimewa.
Lahirmu tanpa sempat mengenali ayah.
Lahirmu tanpa kasih sayang ibu apatah lagi ayah ..
Walaupun ada ibu tapi kamu hanya mendapat kasih sayang nenekmu ..

Mira ..
Pergimu menyentuh perasaanku
Selalu juga aku perhatikanmu
Kamu selalu berjalan bersama nenekmu
Kadang kala kamu di depan
Kadang kala kamu di belakang

Kamu pernah datang ke rumahku
Kamu agak lincah orangnya
Kerana lincahmu kamu dimarahi nenekmu
Aku sekadar senyum .. “biarkanlah dia ..”

Kamu tak pernah ketawa
Kamu tak pernah senyum
Di rumahku matamu memerhatikan segalanya
Mungkin kerana lahirmu dalam kemiskinan
Lahirmu serba kekurangan
Lahirmu di pondok yang agak usang

Mira ..
Tenang dan senyumlah kamu di sana ..

Ketika menulis catatan ini .. airmata menitis ...
Ada sedikit kekesalan di hati ..

12 comments:

nyanyisunyi said...

Salam Cikgu Rashid
tersentuh hati membaca coretan cikgu ini...siapa yg tidak tersentuh dan rasa pilu bila mengenang nasib si kecil yg tidak berdosa..punya ibu namun nenek yg membesarkannya...

sudah pasti syurgalah tempatnya

zati embong said...

Al Fatihah utk dia. Sekurangnya,dia tenang di sana.

Rumah Kuning said...

mungkin tidak dipandang di dunia tapi mulia di sisiNya.

Afida Anuar said...

Al-Fatihah...cemburunya saya...

syurga dah siap menunggu dia..

eMMe said...

moga amira tenang di sana...Al Fatihah..

Rashid said...

nyanyisunyi
Begitulah nasib si kecil ..
Ada ayah tapi ayah tak pedulikannya. Ada ibu tak dibelanya ..
Nenek jugalah tempat bergantung segalanya .. nenek pula sekadar kerja kat ladang sawit. Kadang kerja kadang tak ..
Sakit demam … serba kekurangan ..

Rashid said...

zati embong
Itulah takdirnya ..

Rashid said...

Rumah Kuning
hmm hmm ..

Rashid said...

Afida Anuar
Memang fida .. tentu si kecil itu sedang senyum ..

Rashid said...

eMMe
Moganya ..

Mardhia Yusof said...

Al-Fatihah utk arwah mira..
tumpang simpati dengan nenek arwah..

sorry tanya..kenapa mak arwah tak jga arwah mira ye?mak arwah masih hidup?
tak tertahan rasa sedih bila tgk/dgr kisah2 camni..anak haruslah disayangi..dibelai..dimanjai..lagi2anak 'istimewa'..harus diberi perhatian yang lebih..supaya tak rasa tersisih..

anak itu amanah Allah SWT.tak kira cacat anggota badan/autisme/OKU..
sebab mereka juga berhak hidup seperti insan yang normal..sekadar pendapat.

Rashid said...

Mardhia yusof.

Mar .. saya dengar-dengar cerita ayahnya tak ketahuan perginya. Tinggalkan emaknya. Itulah lelaki yang tak ada tanggungjawab. Tak ada hati. Ada hati mati.

Maknya pun tak berapa 'segar' ..

sayapun sedih. Marah sangat pd lelaki cam tu ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search