Followers

01 February 2012

Adoii sakit perut aku ketawa ...


Dalam kelas tingkatan 4A1 .. pelajar seramai 35 orang ..

Aku bercerita sikit berkenaan tamadun India. Satunya berkenaan dengan kitab suci agama Hindu. Antaranya Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda. Aku jelaskan kepada pelajar .. bagi pengikut Hindu, himpunan Veda ini adalah kitab paling suci bagi diorang .. 

Tiba-tiba tersentuh berkenaan YOGA di mana YOGA turut dibincangkan dalam kitab-kitab Hindu Veda.

“Ni semua nii tau tak apa itu YOGA?” aku bertanyakan soalan. Kelihatan semua pelajar diam ..

“Pernah tengok tak senaman YOGA?” aku bersuara lagi ..

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki bersuara dengan aksi senaman YOGA menurut apa yang dia tau ..

kah kah kah .. bukan main lagi aku ketawa ..

“Itu bukan senaman YOGA le. itu tarian twist .. kah kah kah ..”

Semua pelajar ketawa. Tapi aku rasa ketawa aku lagi kuat dari pelajar ..  haha!! buat lawak je pelajar lelaki ni..

 macam ni le gaya pelajar aku tu menari ..

Adoii sakit perut aku ketawa ..

15 comments:

blog-tips-kurus said...

kesian pelajar itu. haha!

*yoga tu membahayakan body le..

Lady Windsor said...

funny kan tiba2 pelajar buat aksi macam tu...saya boleh bayangkan bagaimana suasana kelas yg rashid conduct tu....kadang2 mereka ini adalah unpredictable...pengalaman rakan saya yg jadi guru, ada murid seawal sekolah rendah sudah berimaginasi bercakap seorang diri dan pengalaman saya sendiri dengan murid down syndrom, insan istimewa ini adalah pelajar tingkatan empat di SM (pendidikan khas) Aminudin Baki, Jalan Peel, dia sudah ada suami dan seorang anak yang berusia tiga bulan dalam tummynya, so dia nak keluar cepat dari kelas sebab nak balik masak kari untuk suaminya yang juga cikgu kemahiran hidupnya...memang funny tapi kesian pun ada...dan mereka juga ada perasaan macam org normal..pengalaman itu memang menginsafkan...

Eri-chan said...

kalau cikgu tersebut yoda, karang keluar pedang jedi. hehe

Daddy Zuki said...

abe shid, thn dpn sejarah kena wajib lulus kan masa spm? harapnya utk bahasa inggeris pun mcm tu gak. baru pelajar2 kita bersungguh. jemput ke blog sy plak...tq

Adylia Qarissa said...

heheheee tengok gambar pon dah kelakar :)

Rashid said...

blog tips kurus
kasihan kan .. dia tak tau senaman yoga ..

Rashid said...

lady Windsor
Memang kelakar ..

lady, budak ting. 4 dah ada suami? adoii .. suaminya cikgu pula tuuu ..
Tak leh gambarkan camana keadaan dia tu .. kasihan kan dia. Tentu kelam kabut ..

Rashid said...

eri chan
Pedang jedi .. haha!! keluar api ..

Rashid said...

daddy zuki
yup! dah jadi wajib lulus. kita tengoklah nanti apa kesannya ..
Tentu subjek BM bersaing ngan subjek Sejarah nanti ..

Rashid said...

Adylia Qarissa
hehe .. kelakar sebab pelajar saya tu spontan je beraksi ..

Yatie Awang said...

dia nak ceriakan kelas tu..hehee

Lady Windsor said...

Rashid, itu adalah imaginasi student down syndrom tu, tapi macam real je dia punya perbualan...

Rashid said...

Yatie Awang
a'ahh .. muka pelajar tu pun dah kelakar ..

Rashid said...

Lady windsor
Itulah yang buatkan saya gelak kuat tuu .. pelajar lainpun ikut gelak juga.

Irfa said...

aduh kesian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search