Followers

23 April 2013

“Awak hantar sms berbaur seks. Lucah.”



Tadi – aku didatangi seorang rakan sekerja. Borak-borak. Diceritakannya tentang anak lelakinya (umur 19 tahun) yang menerima panggilan dari seorang perempuan. Panggilan bernada marah-marah ..

“Ni awak .. awak telah menganggu emosi saya.”
“Siapa ni? Apa saya buat?” balas anak rakan sekerja .
“Awak hantar sms berbaur seks. Lucah.”
“ishh mana ada. Jangan buat tuduhan bukan-bukan. Awakpun saya tak kenal”
“Awak jangan nafikan. Saya ada bukti. Nombor telefon awak yang keluar. Saya ada simpan sms awak.”
“Mana ada. sms apa ni?” suara anak rakan sekerja mula kuat.
“Awak ada hantar sms .. Awak tanya tentang seluar dalam warna apa saya pakai? bla bla bla … ”

Nak tergelak juga aku dengar rakan sekerja aku itu bercerita. Gayanya. hehe .. (tapi tahan je le. Buat muka serius .. )

Rakan sekerja aku itu minta anaknya buat laporan polis bila terdengar ada ‘suara jantan’ yang bersama dengan perempuan tadi. Laporan polis telah dibuat dan akhirnya penghantar sms itu telah berjaya dikesan dan ditangkap.  Rupa-rupanya penghantar sms itu adalah seorang pemuda di Machang.

Apa yang pasti, ternyata benar penghantar sms itu menggunakan nombor telefon ‘anak rakan sekerja’ aku. Rakan sekerja aku itu pelik bagaimana kes ini boleh berlaku. Adakah pihak CELCOM cuai sehinggakan ada orang lain boleh menggunakan nombor talian yang sama atau memang kerja dan kepakaran penghantar sms itu sendiri?


2 comments:

Ain Zulaikha said...

Ain kalo de nombor telefon tak kenal memang tak kan angkat n balas text.. selagi lah dia tak perkenal kan diri diorang.. senang cite pakai telefon TM je.. selamat kot drpd benda itu sume hehehe

Rashid said...

Ain zulaikha
Ain .. boleh juga wat cam tu. Cuma saya rasa bersalah pula tak angkat risau teman-teman atau saudara mara yg telefon ..

telefon TM? saya guna TM utk streamyx wifi kat umah je. hehe ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search