Followers

09 May 2008

Cara jawab telefon..time2 busy giler

Anda tengah sibuk (tidurke, sedang berdatingke, apa-apaje janji sibuk), tiba-tiba telefon anda berdering. Anda tak mau diganggu. Apa kata cuba saranan berikut…

1.soalan: haloo. may i speak to ain please?
jawapan: maap, sini bukan balai polis.

2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ntah, saya kat sini, mana le saya tau sapa kat sana.

3.soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
jawapan: nak cakap cakap je ler, buat apa tanya saya.

4.soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanya boleh dicampur.

5.soalan: haloo, mak ada rumah?
jawapan: mak takda rumah. bapak ada pasal rumah ni bapak yang beli.

6.soalan: haloo ain, buat apa tu?
jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7.soalan: boleh saya bercakap ngan ain ?
jawapan: maap, nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya…tima kacih.

8.soalan: haloo. tolong panggilkan ain. saya nak bercakap dengannya.
jawapan: sila panggil sendiri, saya sibuk.. maap

9.soalan: halloo… …
jawapan: haloo. pusat sakit mental disini, anda ingin mendaftar?

10.soalan: haloo. saya nak tumpang bertanya…
jawapan: maap, ini bukan kaunter pertanyaan.

11.soalan: haloo. betul ke ini nombor 3234412?
jawapan: sila dail sekali lagi. kalu saya masih menjawab betul le tu.

12.soalan: assalammualaikum…
jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon. salam kita wajib jwb)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search