Followers

09 May 2008

I love you all

Kusisipkan gambar kenangan yang tak akan kulupa…
Untuk makluman rakan-rakan,
Maktab Sabah adalah sekolah pertama tempat aku bertugas.
Hampir 10 tahun aku bertugas di sana (1996-2006)
Jan 2007, aku kembali mengajar di Kelantan

Maktab Sabah, aku terpaksa tinggalkan kau.
Terima kasih atas segalanya.
Walaupun aku agak berat meninggalkan kau semua
- rakan-rakan guru, pelajar-pelajarku dan
semua sekali kenangan semasa aku di sana.

Namun apakan daya, aku terpaksa…
aku mesti merancang masa depan ku.
Aku ingin kembali ke negeri asalku.

Maktab Sabah, kenapa aku perlu meninggalkan kau?

Sebenarnya…Kekuatanku yang paling utama ialah insan yang bernama ibu.
Maktab Sabah, aku masih punya ibu. Seorang ibu.
Ibulah penguat semangatku untuk pulang.

dsc01222.jpg

dsc01278.jpgdsc01223.jpg

Untuk rakan-rakan, terima kasih segalanya.
Maafkan aku jika ada silap dan salah
yang pernah aku lakukan
Kenangan bersama kalian, memang indah.
Semuanya akan menjadi memoriku.

dsc01231.jpgdsc01229.jpg

dsc01251.jpg

dsc01228.jpg

Untuk pelajar-pelajarku, maafkan cikgu.
Maafkan cikgu kerana terpaksa tinggalkan kalian.
Walaupun kalian berkali-kali datang merayu agar cikgu tidak tinggalkan kalian.
Tapi apakan daya, cikgu tidak berdaya.

Pelajar-pelajarku,
Tahukah kalian, di saat kalian menangis pada saat perpisahan itu,
cikgu sebenarnya turut menangis.
Itulah kali pertama cikgu menangis sepanjang 10 tahun cikgu bertugas di sana.

Pelajar-pelajarku, cikgu sangat sayangkan kalian semua.
Dan…
jika kalian sayangkan cikgu, hanya satu yang cikgu pinta.
Belajarlah rajin-rajin. jangan putus asa.
Jika gagal, usaha lagi, usaha lagi, usaha lagi, usaha lagi, usaha lagi……
Cikgu yakin, kalian pasti akan berjaya. Itu keyakinan cikgu.

Pelajar-pelajarku,
Tahukah kalian, di saat cikgu menulis ini, dan tanpa cikgu sedari…
airmata cikgu mengalir…

Apa khabar kalian semua?

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search