Followers

26 July 2008

Kecantikan: Benarkah Wanita Lebih Prihatin Berbanding Lelaki?

Dalam perjalanan ke Bachok, aku buka siaran radio (entah apa siarannya?). Yang jelas, DJ perempuan sedang berbual dengan pendengar. Rancak bunyinya. Aku terus memasang telinga. Wah!! isu yang menarik. Isu berkenaan kecantikan. Kaum wanita dikatakan lebih prihatin berbanding dengan lelaki dalam soal menjaga kecantikan.

Aku senyum mendengar coloteh antara DJ dengan pendengar. Rata-rata pendengar perempuan yang menelefon memberikan komen bahawa lelaki sekarang tak pentingkan kecantikan. Faktanya, hanya berapa peratus je lelaki yang pergi ke salon kecantikan dan SPA. Malah dikatakan lelaki bila mandi, mereka hanya menggunakan sabun biasa je, tak pernah guna sampoo yang mahal, tidak pernah guna krim muka dan sebagainya.

Dalam hati aku berbisik, “Ahh, DJ perempuan nampaknya menyebelahi pendengar perempuan je. Tak adil. Tak adil”.

Aku seronok mendengar fakta dari lelaki. Bermati-matian mereka mempertahankan bahawa mereka juga menjaga kecantikan. Cuma bagi aku, faktanya tidak cukup kuat. Antaranya lelaki ni rileks, tidak suka menunjuk-nunjuk.

Hati aku tiba-tiba berbisik, “Kalah la macam ni. Kurang fakta!”.

Sebaliknya kaum pendengar lelaki terus menyerang kaum perempuan. Antaranya mereka mengatakan bahawa perempuan yang kurang menjaga kecantikan. Faktanya, isteri mereka bila di rumah, tak suka berhias. Pakaianpun ala kadar je. Hilang mood diorang. hee hee.

Dalam tersenyum tu, aku terfikir: “Benarkah lelaki tidak pentingkan kecantikan?”

Memanglah orang perempuan terlalu prihatin dalam soal kecantikan. Malah mereka akan berasa risau dan resah gelisah seandainya jerawat tumbuh di muka walaupun hanya sebiji je. Pelbagai cara dan ubat digunakan untuk menghilangkan sebiji jerawat tu. Malah boleh dikatakan selagi jerawat itu tidak hilang, hidup mereka serba tidak kena. Jiwa tidak tenteram. Asyik mood tak baik je (betulkan?).

Malah aku pernah terbaca dalam sebuah buku, dikatakan perempuan ini sekiranya terjumpa sehelai uban di rambut, maka orang perempuan ini tidak lalu makan, tidur tak lena, mandi tak basah. Gara-gara sehelai uban je. Betapa halnya sekiranya pinggang dan pinggul mereka menjadi semakin temban. Mereka akan kawal makan. Bimbang pinggang kembang jadi 40-43-45 (yake ni?). Nah jelas terlihat betapa prihatinnya kaum perempuan terhadap kecantikan.

Berbeza dengan lelaki, kalau hanya jerawat mereka tidak kisahpun. Tumbuhlah jerawat walau sebesar penumbukpun, orang lelaki ni buat ‘dhek’ je. Uban tumbuh bagai bunga lalangpun mereka tidak kisah, malah mereka berbangga kerana ‘uban’ lambang kematangan dan keprofesionalan mereka. Perut buncit, pinggang saiz XXXL, punggung seperti busut jantanpun mereka buat tak kisah je. Janji RM padat. Cukup. Sebab itu kehidupan lelaki ni aman tenteram dan ceria selalu. hee hee, hidup lelaki!!!!

10 comments:

nora bahari said...

wahhh...
topik yang menarik..
tapi bagi nora kedua-duanya pentingkan kecantikan..
biarpun kita tak nampak tapi mereka tetap pentingkan kecantikan..
lelaki atau wanita sama sahaja.. masing2 nak kelihatan cantik dan menarik..
tak gitu cikgu rashid??

Rashid said...

Nora,
hmmm 100% saya setuju dengan nora. Memang dua-dua pentingkan kecantikan. sapa tak mau cantikkan? Cuma lelaki ni simple & ringkas dlm apa-apa halpun termasuklah cara nak jaga kecantikan.

bendul said...

hidup lelaki.. lelaki sentiasa cool jer walau apa yg melanda.. pempuan nih cepat gelabah..
heheheh..
(terlebih emosi plak..)

anaiz said...

orang perempuan mmg sejak azali ada sifat yang suker jaga kecantikan. tapi lelaki pun perlu juga. nanti perempuannyer cantik, lelaki plak yang tak kemas. tak matching plak kann. huhu..!!

Rashid said...

hi Bendul,
hmmm hmmm hidup lelaki!! hidup lelaki!! hidup bendul!!

he he perempuan pun hidup juga!!!
sama-sama kita hidup!!!
p/s- ttg perempuan cepat ngelabah tu mungkin juga betulnya hmmmmmmmmmmmmm (tentu marah kaum hawa ni kalau dia baca..)

Rashid said...

hai anaiz,

maching segi kecantikan?

Tapi saya pernah baca satu blog yg ulas ttg kehairanannya melihat pasangan sekarang. Dia kata ada perempuan tu cantik bukan main tapi pakwe lakinya entah apa-apa...dan sebaliknya (lebih kurangler maksudnya). Machingkah segi cantik?

Tapi mungkin maching segi lain kot..baik hatibudinya, jujur orangnya, bab kata p.ramlee "lawa tidak ada, manis ada.." (bukan rupa paras segi ukuran kecantikan).
mungkin dlm segala kemungkinan..

PHATABULOUS! said...

tak tau nak komen.. sbb saya ada masa menjaga sgt kecantikan... ada masa selebet jugak.. kalau saya cuma pakai safi, member lelaki saya pakai loreal, ada tu sendayu tinggi... kalah saya...

by the way... i'm back!!! dont cry-cry...

Rashid said...

hi syima..

saya perhatikan syima - ada gaya yg tersendiri - soal jaga kecantikan sudah pasti ya..

selamat berblog kembali.. lama cuti ek.

yOnnA said...

haha..
reality!!
pompuan lebih pentingkan kecantikan :)
tp tu la..
pompuan mmg x syg duit :p
hee..

btw abg..
thnx for ur concern ok :)

Rashid said...

hi yonna,
memangpun ppuan ini memang tak sayangkan duit bila belanja bab make up tu.. lelaki amalkan sikap jimat cermat. hehe hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search