Followers

11 July 2008

Sembang Guru Dengan Pelajarnya

10 Julai, Khamis - Jam 2.00 petang. Aku terus ke kantin. Aku tengok tiga pelajar perempuan sedang mengemaskan beg pakaian masing-masing.

“Cepat! cepat! mana yang lain lagi?” aku bersuara.

“Mereka tengah sembahyang cikgu” jawab pelajar tersebut.

“Cikgu, kita sebenarnya nak ke mana ni?” salah seorang pelajar perempuan bertanyakan soalan.

“Eh, kamu tak tahu ke mana nak pergi ni?” aku terkejut dengan pertanyaan itu.

“Tak tau cikgu. Cikgu Azizi minta kami balik rumah tadi. Buat persiapan. Bawa pakaian. Kata nak ke kem”

“Yake?” aku ketawa kecil. Lucu pula rasanya.

Baru sekejap tadi aku dimaklumkan oleh Cikgu Azizi (Guru Disiplin), seramai 10 orang pelajar, 5 lelaki dan 5 perempuan akan dihantar mengikuti Kem Waja Diri. Menurut Cikgu Azizi, surat dari PPD baru je diterima pagi tadi dan pelajar yang dipilih adalah pelajar yang bermasalah dari segi disiplin. Sebahagian besar mereka adalah terdiri dari pelajar tingkatan 2 dan 3. Oleh kerana tiga buah kereta diperlukan untuk menghantar pelajar tersebut, aku menawarkan diri untuk membantu menghantarnya.

....................

Jam 2.10 minit, semua pelajar sudah berkumpul di kantin. Sempena menunggu sebuah lagi kereta sampai (Cikgu Zainuddin M), sempat aku sembang-sembang dengan pelajar tersebut.

“Okey. mari berkumpul depan cikgu semua. Kamu tahu tak, kamu semua ni dipilih khas oleh pihak sekolah ke kem tersebut. Kamu ni cikgu panggil pasukan Elit. Kalau dalam pasukan polis dipanggil pasukan Gerak Khas. Itu sebab cikgu-cikgu yang menghantar kamu semua ini adalah juga cikgu yang dipilih khas.” Aku berseloroh. Semua pelajar ketawa.

“Semasa di kem nanti, jangan lupa tunjukkan contoh yang baik. Disiplin yang baik. Tepati masa. Kalau boleh cuba mendahului masa. Sentiasa jadi orang yang pertama dalam sebarang aktiviti. Jangan jadi orang yang terakhir pula. Masa sembahyang tu, sembahyang. Jangan lewat. Kalau boleh yang lelaki tu jadi Tok Bilal. Laung azan” Aku terus memberi nasihat.

“hee heeee Tok Bilal cikgu…” Semua pelajar ketawa..

....................

Aku membawa 4 orang pelajar perempuan. Seorang pelajar tingkatan 1 dan 3 orang lagi pelajar tingkatan 2. Dalam perjalanan ke kem tersebut, aku terus sembang-sembang dengan pelajar yang dikatakan mempunyai masalah disiplin tersebut.

“Sebenarnya kamu tau tak kenapa kamu dipilih ke kem ini?” aku menduga lagi.

“Tau cikgu. Sebab kami pelajar bermasalah” jawab seorang pelajar tersebut.

“Eh, bukanlah. Kamu semua ini dipilih untuk wakil sekolah tau!” aku cuba mengubah persepsi pelajar. Aku mau mereka ini bersemangat ke kem tersebut.

“Kami tau cikgu. Kami kenal antara satu sama lain. Semuanya ada masalah kat sekolah” jawab seorang lagi pelajar. Jujur bunyi suaranya.

“Kamu di rumah macamana. Emak dan ayah tidak ada bagi nasihatke? Aku bertanya.

“Ada cikgu. Selalu mereka bagi nasihat. Tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri”

“Mereka selalu marah kami cikgu. Suruh belajar rajin-rajin. Mereka suruh kami belajar sebab tidak mau kami bodoh seperti mereka” seorang pelajar memberi respon.

“Tak baik cakap macam tu” aku bersuara lembut.

“Betullah cikgu. Mereka tak mau kami jadi bodoh macam mereka. Mereka tu bodoh. Mereka belajar pun mungkin setakat darjah 6 je cikgu” Pelajar tadi terus mengiyakan kata-katanya tadi.

“Sebenarnya, ibu dan ayah kamu tu mahu kamu belajar rajin-rajin. Belajar supaya lebih hebat dari mereka. Mereka tak mau kamu senasib dengan mereka. Harapan mereka tinggi…”

....................

Aku terus memandu kereta. Aku tengok ada sebuah lori ingin melintas kereta yang aku pandu. Aku memperlahankan kereta.

“Cikgu, jangan bagi lori itu lintas cikgu. Kalau saya, saya tak bagi dia lintas cikgu. Saya akan bawa kereta ke tengah ke tepi cikgu. Saya akan main-mainkan dia” Pelajar di sebelah aku bersuara. Penuh bersemangat.

“Eh, tak boleh macam tu” aku balas spontan.

p/s –Masih tergiang-giang di telinga akan kata-kata salah seorang pelajar tersebut: “kami tau cikgu, kami pelajar yang bermasalah…”

25 comments:

yOnnA said...

pelajar2 skrang ni terlalu ramai yang bermasalah..
naik masuk kem pun mcm tu jugak :)
hee..

ape2 pun..
hope budak2 tu akan sedar lepas pegi kem tu :)
rugi kalau x belajar betul2

cHeRyNa PiReS said...

nape sumenye dak pompuan? dak laki takde ke?

Ada Ayrissa said...

ermmm......
begitu besar pengorbanan seorg guru yer dlm mendidik anak bangsa..
terima kasih cikgu....

Rashid said...

salam yonna,
itu hanya sekadar secebis kisah pelajar masakini. harap-harap mereka ni akan sedar nilai mutiara yang ada pada diri mereka. InsyaAllah.

Rashid said...

hii cheryna,
budak laki ada juga. 5 L, 5P. kebetulan saya bawa bebudak perempuan.. so, itu hanya bualan yang sempat 'dirakam' dalam perjalanan ke kem..
Budak lelaki tu lagi banyak kisahnya!!!

Rashid said...

salam ayrissa,
hmmm hmmm inilah seronoknya jadi cikgu. Penuh warna-warni dengan kehidupan pelajar..

nora bahari said...

teringat masa zaman sekolah...
bermacam-macam ragam dalam meniti usia meningkat remaja dan juga mengerti apa itu kehidupan...

PHATABULOUS! said...

camana agaknya kalau sekarang ini saya adalah seorang guru.

agak2 kurang ajar jer.. saya tampar je budak tu.. abih cerita. kita nak bagi pandai tapi dorang main2.

saya jadi cikgu sementara untuk mengajar math tingkatan 2 masa tahun 1999. sangat sengsara mengajar kelas yang kurang pandai... kesabaran sangat teruji!

Rashid said...

Nora,
zaman sekolah memang memori paling indah sekali. saya agak-agak nora di zaman sek dulu ni pendiam orgnya & gang ulat buku..betultak?

nen said...

salam cikgu..
saya bakal jd cikgu..
harap semuanya ok..
gerun jugak..
tq kerna membaca blog sy yg ntah hape2..

Rashid said...

hai Syima,
amboi garangnya!!! sah tak boleh jadi guru ni( hee hee gurau jer)
Betul syima. mengajar budak yang kelas belakang ni memang byk cabarannya. tp cabaran itulah yang menghidupkan kita.

Tentang pelajar bermasalah ini sebenarnya byk sebab diorang jadi gitu. Antaranya faktor keluarga-majoriti anak org kg -penoreh & k.sawit, kurang kesedaran ttg masa depan, ibu bapa berantakan/bercerai, tinggal dgn nenek, pengaruh rakan dsb.

Tapi saya bangga bila jumpa pelajar ni di luar sek, di jalan-jalan kg - diorang ni masih bagi salam, hormat kita. Malah masa cuti sek, saya pernah ajak pelajar ni utk tolong angkat baja getah saya, angkat barang-barang rumah... diorang ni berebut-rebut nak tolong!! Itu yg saya rasa terharu.. So, Saya perlu pastikan diorang ni sedar ttg pentingnya belajar syima, insyaAllah!!

Rashid said...

salam nen,
tahniah kerana memilih kerjaya guru. Bagi sayalah nen, apapun kerjaya kita, pastikan kita dapat kepuasan bersamanya.. kerana ia sebahagian besar dalam kehidupan kita nanti.

Saya doakan nen berjaya dan terus gembira jadi seorang guru..jangan gerun!! Seronok jadi guru ni. Antara petuanya ialah 'kita mesti gembira dengan pelajar'.

ijad said...

salam... apa khabar sekarang..

nora bahari said...

erk...
saya memang tak banyak bercakap kecuali jika ada benda yang perlu..
"ulat buku" gelaran yang melekat sejak dari tingkatan 1...
hihihihi...

Rashid said...

salam muhibbah Ijad,
saya di sini sihat je. terima kasih Ijad atas ingatan.

Rashid said...

hai Nora,
Hmm hmm saya cuma agak je. tak tau tepat pula. 'ulat buku' satu ikon yang baik sebenarnya...mungkin TV3 boleh adakan pertandingan di kalangan ulat-ulat buku misalnya program AKADEMI BIJAK PANDAI. Tak ler asyik-asyik AKADEMI FANTASIA jer..

bendul said...

salam..
8 org ahli keluarga saya, saya dan adik perempuan saya sahaja yg bukan cikgu..
kalau mengopi dengan abang dan adik lelaki saya, cerita2 macam ni la yg selalu keluar.. :)

nieja said...

xdpt gune chatbox
huh

Rashid said...

salam bendul(?),
satu keluarga 6 cikgu!! wah, ini dah kira keluarga cikgu ni.. terima kasih sudi jengah sini.

maaf, mengopi tu apa benda?

Rashid said...

ha nieja..tuuu dah dapat. TAHNIAH! akhirnya dapat jua masuk chatbox saya. 'usaha tangga kejayaan'...hee hee

K H A Z I N A T U L A S R A R said...

risonye bile bace kisah cikgu ni. saye pun bakal cikgu jugak.. huhu,, riso riso :|

bendul said...

family semer push saya jadi cikgu gak, tapi keadaan tak mengizinkan..
saya cuma buleh jadi cikgu tuisyen part time jer.. :)
sori guna pahasa pasar.. mengopi tu maksudnyer lepak2 minum kopi..

shAiNe.aLi said...

guru yang baik dapat menyentuh hati pelajarnya.saya ingat semua cikgu yang mendidik saya sampai jadi siapa saya hari ni.saya syg cekgu2 semua~


(ayah saya juga seorang guru)

Rashid said...

salam khazinatul,
tak payah risau. 2-3% je pelajar macam tu. pelajar yang lain okey.

Percayalah, seronok jadi cikgu ni.. satu kepuasan bila kita bersama pelajar. kita mendidik diorang… kita marah, kuatkan suara, serius, bergurau, bermain, buat lawak …dsb. yang pentingnya kita mesti happy!!!!!

Rashid said...

shaine,
bila kita jadi guru, kita sentiasa fikirkan yang terbaik utk mereka.

kita risau jika mereka gagal pep., kita risau bila mereka tak hadir sek, kita risau jika mereka tak belajar, kita risaukan keselamatan mereka bila kita bawa mereka berkhemah, lawatan dsb.
itulah dunia cikgu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search