Followers

15 July 2008

Bahayanya halusinasi si penagih

Kelmarin pada masa perhimpunan pagi, satu ceramah berkenaan Bahaya Dadah telah disampaikan oleh pegawai dari Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK). Ceramahnya telah berlangsung selama lebih 1 jam setengah.

Bagi aku, ceramah yang disampaikan sungguh berkesan sekali. Aku lihat semua rakan guru dan para pelajar memberi penuh perhatian. Penuh minat. Mungkin tertarik dengan gaya penyampaiannya yang lebih berupa ‘kisah benar’ yang dialaminya bersama para penagih dadah. Menurut pegawai tersebut, selain daripada namanya dadah; hidu gam, pil ecstacy, pil kuda, 'ubat batuk' adalah juga termasuk kategori penagihan dadah.

Berikut antara ‘kisah benar’ yang disampaikan…

“Orang yang mengalami ketagihan dadah akan berasa sangat gian, ‘rindu dan mengidam’ yang keterlaluan. Rasa gian itu kalau tidak dipenuhi, penagih akan berasa seperti hampir menemui ajal. Teramat siksa. Itu sebab penagih ini sanggup melakukan apa saja termasuklah membunuh!”

Kisah anak dengan emaknya

Peristiwa ini berlaku di Kelantan. Seorang pemuda penagih pil kuda sedang berhalusinasi. Pemuda itu berada dengan emaknya di rumah. Emaknya baru je habis sembahyang dan masih memakai kain sembahyang putih. Tiba-tiba pemuda tersebut bangun dan mengambil pisau (sabit?) lalu bertindak menyembelih leher emaknya. Emaknya sempat keluar rumah dan melaung-laung minta tolong. Orang kampung segera mendekati rumah tersebut. Pemuda tadi telah ditangkap oleh orang-orang kampung.

Berikut soal-jawab yang berlaku:

“Kamu buat apa dengan pisau tu?” - orang kg

“alaaa nak makan sikit je?” – pemuda

“Kamu nak makan apa?” – orang kg

“alaa sikit je tak boleh ke?” - pemuda

“Nak makan apa?” – orang kg

“Nak makan daging rusa!!!” - pemuda

(Tengok! Penagih pil kuda sangat kuat berhalusinasi. Dia nampak emaknya seperti rusa!”)

……………………………….

Kisah dua banduan di Pusat Serenti

Peristiwa ini berlaku di Sabah - waktu banduan sedang berkebun.

Seorang pemuda sedang memegang cangkul dan seorang lagi sedang memegang sabit rumput. Mereka sedang berkebun berdekatan antara satu sama lain Tiba-tiba pemuda yang memegang cangkul itu terus pergi ke tempat pemuda yang sedang menyabit rumput lantas menghayun cangkul… di kepala - beberapa kali. Pemuda yang memegang sabit tadi rebah. Tidak bernyawa. Pemuda tadi ditangkap!

Berikut soal-jawab yang berlaku:

“Kenapa kamu menetak kepala si anu?”

“Mana ada?. Saya mencangkul tanah… saya buat kerja mencangkul tanah tu je. Tapikan… sedang saya tengah asyik mencangkul tadi, tiba-tiba saya nampak biawak melintas di depan. Biawak besar. Apa lagi saya cangkullah kepala biawak tu!”

(Tengok! kepala rakannya sendiri dicangkulnya ekoran halusinasi – nampak seperti biawak!”)

p/s –wakil AADK itu juga menyentuh tentang bahayanya rokok. Antara racun yang ada dalam rokok ialah racun semut, bahan pelarut cuci tandas, kapur baruh (diguna untuk mayat), asap roket dsb. Laporan WH0 – nikotin dalam rokok adalah dadah jenis ringan… itulah sebabnya rasa ketagih. Oleh itu jauhilah penagih & rokok!!!

22 comments:

cheryna zamrinor said...

waaaa....takutnye...takut jadik rusa:(

IamYonna said...

uishh.
sampai mcm tu diorg berhalusinasi???!!
serius yonna tatau lak dasatnya diorg berhalusinasi..

tq for the information ya abg :)
really good

Rashid said...

hii cheryna,
itulah realiti di dalam fantasi penagih. oleh itu hati-hati ye...nampak je bayang-bayang penagih, blah!!!!

Rashid said...

Yonna,
ya, manusia penagih ni berhalusinasi menerobos sempadan. Diorang ni 'lebih ke depan dlm berfantasi'.

Kalau kita kata, "alangkah seronoknya kalau dapat bawa kapal terbang".. Penagih yg sedang berhalusinasi akan kata, "wah seronoknya aku bawa kapal terbang"..

Hah! tu dia, dia dah berhalusinasi sedang bawa kapal terbang...

Rumah Kuning said...

Nauzubillah min dzalik.Jadi tak hairan jika mereka sanggup buat apa saja.

~ mizzAmy ~ said...

~ iskh, dasyat gak halusinasi si penagih nie. punya la kuat penangan dadah nie kan? ~

Rashid said...

salam cikgu panji,
Memang benar. Apa-apa je mereka ni sanggup buat. bagi mereka ni, 'matlamat menghalalkan cara'.. janji dapat!!

Rashid said...

hii mizzamy,
itulah sebab kerajaan tadak tarok lagi penagih tegar..lempar dlm penjara je. Pengedar lak terus tali gantung!!!
Yg peliknya, kita lebih takutkan harimau berbanding dengan dadah. betultak?

Zu Ismail said...

UIHKZ DASYAHNYA... padanlah dioang tuh kalau gian ker cam tak serupe oang... tapi kalau kat dalam tahanan buleh lak di lawan ek...?

bendul said...

cikgu..
cikgu satu line ngan abang ngan bapak (dah pencen) laa..
join ngan AADK..
mmg bahaya dadah2 nih.. kecik2 dulu slalu ikut bapak saya masa ada pameran dadah..

♥~ir@~♥ said...

dahsyatnya,,,takut plak,,kat tempat sya nih ramai penagih sabu berkeliaran,,hehehe

Nurul Nadiah said...

haishhh
depa ni jangan cakap lah
macam2 jenis halusinasi
tu yang jadi macam2 tu

** nanti nadia buat program kepada pelajar berisiko dadah. sampel kajiannya pelajar merokok. untuk kajian tesis akhir nadia. doakan tao =)

Rashid said...

salam azura,
memang masa gian tu diorang ni bukan orang lagi.. lebih ganas dari HULK lagikot!! dlm penjara diorang kena badi. Badi kecut perut!!

Rashid said...

bendul(?),
saya tgh duk link ngan AADK - nak buat ambush ke atas pelajar yang disyaki..demi masa depan diorang, 'cegah sebelum terlambat'..

Rashid said...

hai ira,
ish penagih syabu pun 2x10=bahaya.
ia menganggu otak penagih.. saya ada dengar, penagih syabu ni suka goyang-goyang kepala bila habis dos syabu tu.. boleh juga jadi liar & agresif!! oleh itu hati-hati ya ira.

Rashid said...

nadia yuna,
saya sokong 100% nadia buat kajian tu. sekarang ni pelajar ting 1 & 2 pun dah ramai yg berjinak ngan rokok.

Saya selalu dekati pelajar berisiko - dptkan rahsia - ramai rupanya isap rokok!! solat? ishhh tenggelam timbul.

Nadia, saya doakan nadia berjaya siapkan tesis akhir tu..kuatkan semangat ye!! Yakin boleh siap!!

p/s - Skarang ni SPSS versi ke berapa ya?

Anonymous said...

takut kan dengar cerita macam nie..
hmm..
kadang2 risau dengan pelajar sekarang..
bermula dengan rokok dan akhirnya mula berjinak dengan benda lain...
kemudian rasa untuk terlibat dalam geng yang macam-macam..
akhirnya, diri sendiri yang merana..
bila dah mula meningkat umur mula rasa menyesal..
pada ketika itu dah rasa tak ada guna.. nak menyesal dah terlambat.. nak berpatah balik dah terlewat..
sama-samlah kita mengigati antara satu sama lain.. supaya tak terlanjur jauh..

Rashid said...

salam nora,
Saya setuju dengan nora.
Pelajar hari ini byk terdedah ngan pengaruh sekitar yg tak baik.

Dlm Forum Perdana Ehwal Islam mlm tadi, saya ada dengar: Dr fadzilah kamsah kata, "75% masalah remaja hari ini berpunca dari masalah keluarga". marilah kita sama-sama renungi...

ckLah @xiiinam said...

Salam singgah.
Kian hari,memang tugas kita mencorak modal insan ini kian payah. Cabaran datang dari segenap sudut.Teruskan perjuangan cikgu!

A t i Q a h said...

Adui.
Dahsyatnya mereka ni.
Saya tak dapat bayangkan, kalaulah mereka akan pulih satu hari nanti, apalah perasaan mereka kalau mereka dapat tahu yang mereka dah terbunuh orang yang mereka sayang. Hmm...

AkuSiComel said...

Mcmn ye saya nk lari...saya hidup sebumbung dengan penagih tegar pil kuda.setip hari tertekan sebab hidup dlm ketakutan

AkuSiComel said...

Somi aku penagih pil kuda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search