Followers

18 September 2008

Tag - Memori lama kembali menjengah

**Untuk cikgu Fathen yang telah tag saya (12 Sept 2008)**

1. First time naik kapal terbang

Kali pertama saya naik k/terbang pada okt 1996 ke Kota Kinabalu, Sabah – posting pertama, kena pergi ngajar kat Sabah. Mula-mula naik tu..saya pejam mataje. hee he bukan takut. sajeeeee je.

2. First time beranak

Beranak???? (garu-garu kepala).

3. First time pergi oversea

Sejak kecik lagi dah pergi sana. Pergi oversea dengan perahu. Kadang-kadang tu saya berenang je… apataknya oversea tu (Thailand) dekat je. Lebih kurang 60-70 meter je dari Malaysia.

4. First time duduk jauh dr famili

Kali pertama berjauhan dengan keluarga ialah masa saya belajar di SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas - tingkatan 6. hee hee sedih juga maklumlah anak lelaki manja. Tak pernah berjauhan dengan emak.

5. First time keje

Saya dah mula bekerja (mula makan gaji) masa cuti sekolah. Kalau tak silap tahun 1988/1989. Kerja dengan pakcik – berniaga kat Rantau Panjang. 3 bulan saya berniaga. Saya jual kain, selimut, kasut & beg. Seronok juga berniaga ni. Tu sebab salah satu impian saya sampai sekarang nak buka kedai. hee hee. Tapak rumah kedai dah beli. Tengoklah ada rezeki nanti… doakan ya.

6. First time rasa diri gemuk

Dulu masa belajar kat UKM tu (1991-1996) berat saya hanya 58 - 60 kg je. Anggota PALAPES katakan. Asyik berkawat & berlari je. Hujung minggu & cuti semester je – berkawat, berlari, menembak, masuk hutan … tak da masa nak duduk saja, lepak ke, keluar datingke. Dating? dengan sapa? adake? (sedang fikir..). Tapi sejak 5 tahun kebelakangan ni berat dah meningkat sikit.. hehe (bulan puasa ni turun sikit. sukaaaaa. Ni lepas puasa ni macam-macam rancang - nak beli alat gym, nak berjogging, nak main badminton, ping-pong, nak main futsal, nak memancing – banyak rancang nak kekalkan balik bentuk badan spt masa jadi anggota PALAPES dulu tu.. hehe he. laratke? )

7. First time bercinta

Soalan cepu emas ni. hmmm hmmmmm rasa-rasanya masa tingkatan 6 lah. Masa tu saya suka pada sorang pelajar. Dia tu baru tingkatan 3 tapi dia nampak matang. (hee hee jangan gelak ya – saya serius ni). Mukanya sebiji Cina (sebenarnya dia kacukan Cina-Melayu). Tapi cinta remaja katakan. Sekadar berbalas senyuman (bercintake?).

TAPI saya rasa saya betul-betul jatuh cinta masa belajar kat UKM. Saya suka pada budak optometris. Diapun kacukan Cina. Muka Cina. Bertemu masa ulangkaji kat library UKM (niat pergi library untuk cari bahan tapi sempat juga jeling-jeling..). Saya lihat dia senyum-senyum je kat saya setiap kali terserempak (eee perasan). Satu hari saya beranikan diri menyapanya. Sejak itu kami berkawan rapat (bercinta?).

Kami selalu telefon bertanyakan khabar. Saya sukanya tapi tak tau sama ada dia suka saya. Kami tak pernah luahkan rasa. Saya suka kerana dia peramah, slow tapi berani. Pernah riuh satu blok asrama (kampung siswa) kerana dia datang nak jumpa saya. Faham-fahamlah blok asrama budak lelaki PALAPES - pantang tengok perempuan… (saya terkecuali. he he)

Hinggalah satu ketika - saya terima panggilan darinya pada hari saya akan berangkat ke Sabah. Kami saling mengucapkan tahniah... tahniah atas 'sebuah persahabatan' (maaf, tak nak ceritalah. Panjang sangat dah).

8. First time rasa diri cantek

Diri cantik? tak pernah rasa. Cuma rasa diri ini agak baik je dengan sapa-sapa… hehe

9. First time masuk cinema

Masa kanak-kanak dulu. Tengok filem hindi. Sampai sekarang masih suka tengok filem hindi.

10. First time admitted in hospital

Alhamdulillah. Seingat saya, saya tak pernah lagi kena masuk hospital. Cuma masuk untuk periksa kesihatan je & ambik ubat kemudian terus balik rumah.

>> Okey saya rasa itu sajalah coretan saya. Cikgu fathen, puas hati? kira okeylah ya…

p/s – Seronok juga mengimbau kembali memori lama ya. Sekadar memori.

Untuk Azza & Ryehanna. Tunggu ya nanti saya jawab tag tu.

16 comments:

azza said...

ensem nya zaman palapes...yg masuk palapes sure badan jd segak2...tu yg tertarik ngn huby dl..hehee

seronok kan bila ingt zaman blaja dulu2. bcinta masa tngkatan 6 ekk.advanced sy lagi la cikgu..darjah 5..ekkeke...

Rashid said...

azza,
yake? bercinta sejak darjah 5 lagi? biar betul? ... Kalau gitu saya tabiklah dengan azza. terlalu maju ke depan. kalah saya. he he

saya ni suka pada seseorang tapi tak pernah berani meluahkannya.. cuma bila masuk PALAPES je baru saya berani mendekati seseorang.. berkawan rapat tapi tetap tak pernah meluahkannya... tapi takpalah mungkin sudah ketentuanNya saya begitu. Itulah saya.

Wawa_Nadwa said...

encem nye cikgu ms mude2 yer.
tampan dah segak.
hiks!

Rashid said...

salam wawa,
hmmm biasa je wawa. gambar tu saya ambik tahun 2001 - selepas naik pangkat Leftenan. Kuruskan? - berat 58-60 kg je. sekarang 68 kg. eeeeee ni kena kontrol makan ni. hehe he

Ada Ayrissa said...

segalanya tinggal kenangan yg indah...

Rashid said...

ada,
Kadang-kala kenangan indah mengamit dan memotivasikan diri.. semangat, keinginan untuk berubah semakin membuak. Terasa diri ini kembali ceria.. hehe

cHeRyNa PiReS said...

waaaa...mesti awek tuh bermate sepet jugak:P

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum.

Cikgu Rashid? Macam cikgu saya kat sekolah menengah saja ni. Maktab Sabah eh cikgu? **Tengah confuse ni**

azza_irah said...

cikgu rashid..
kenangan yg ada takkan terlupus..terus hidup dalam diri kita..cm hidup perlu diteruskan kan...

p/s - cinta monyet drjah 5 main pas2 surat tapi kalau selisih kat kantin skolah sepatah pun tak penah bsuara..

anaiz said...

incik rashid,
wah, suka chinese look yek. muda-muda segak la. hehe..!!

Rashid said...

cheryna,
ahhh aa matanya sepet. masa dia senyum & suka lagi sepet. hehe

Rashid said...

salam puteri ezza,

Kenapa confuse?. Jangan gitu bah. Saya mengajar di Maktab Sabah dari tahun 1996-2006. Jan 2007 saya posting balik kelantan..

Kenapa masih tak ingat saya?. saya ni cikgu low profile je. selalu main sembunyi-sembunyi. pemalu...hehe (gurau je..)

Rashid said...

salam azza,
benar tu. saya tak pernah lupa kenangan semua tu... tapi sekadar kenangan je.

Kenangan lama boleh menjadi satu kekuatan untuk kita terus melangkah gagah... melalui liku-liku kehidupan kini.

Azza main pass surat?.. hehe dulu saya tak pandai mengarang surat sangat. sekadar senyum jeeeee (apa punya cikgu rashid ni?...)

Rashid said...

salam anaiz,

Semua itu masa masih bergelar student 'U'.Bila kenang kembali, ada sukanya..hanya senyuman terukir. itu saja.

Puteri Ezza said...

Cikgu,

Cikgu posting di Maktab Sabah sekali dengan Cikgu Hasrinah Hassan, kan? Time tu dia jadi guru kelas saya (Tingkatan 5 Aman). Mestilah saya masih ingat cikgu. Cuma terkejut je. Tak sangka boleh jumpa bekas guru di sekolah saya kat alam siber ni. Gumbiraaaaaanyaaaaaa. Hikhik.

Kan best kalau ada guru-guru lain lagi yang blogging. Boleh berjejak kasih.

Rashid said...

puteri ezza,
ya. tepat sekali. cikgu hasrinah tu kawan cikgu. dia pun dah posting balik semenanjung lama dulu.

tak sangka ya.. dunia ni terlalu kecil ezza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search