“Selama bertahun-tahun pengalaman saya dengan laut, saya mengkaji tabiat alam dan amali manusia.”
“Apa kesimpulan daripada kajian kapten?”
“Permukaan laut makin naik. Kadar panas matahari yang tiba ke permukaan bumi makin tinggi dekad demi dekad. Pencemaran dari darat makin banyak merosakkan kandungan laut.”
“Akibatnya nanti, bagaimana?”
“Laut bertabiat mengikut hukum semesta. Hukum semesta menentukan; setiap aksi menimbulkan reaksi. Aksi dari darat itu umpamanya, bagaimana kelak kalau laut bertindakbalas?”
“Apa tindakbalas laut?”
“Apabila batu karang mati seluruhnya, apabila tiram, kerang, ikan, rumput laut mati; semuanya akan terbongkar dari dasar laut dan itu dibawa gelombang, lalu menjadi kapar di pantai.”
“Ngeri.”
“Belum.”
“Bangkai batu karang, tiram, siput, ikan, rumput, semuanya dipanggang matahari, dan dimakan bacteria di sepanjang pantai dan menimbuni muara sungai. bau hanyir itu akan dibawa dan disebarkan oleh angin ke seluruh daratan. Seluruh manusia akan sesak nafas disumbat bau busuk.”
“Begitukah cara laut memberontak?”
“Belum. Tapi bayangkanlah… laut tidak mahu mengewap, itu ertinya awan tidak akan ada. Akibatnya, sumber hujan lenyap. Kalau hujan tidak turun membasahi bumi, daratan akan jadi sahara padang pasir.”
“Bayangkan juga kalau seluruh kotoran dan racun kimia dari darat yang selama ini mengalir ke laut, dan itu juga ditolak oleh laut?”
“Manusia akan mati akibat racun dan kotoran yang dibuatnya sendiri.”
“Dengar! tadi saya kata, panas daripada matahari semakin tinggi kadarnya di bumi. Tabii alam akan berubah secara besar-besaran. Antaranya, air batu pada dua kutub mencair. Akibatnya, paras laut akan naik setinggi dua hingga tiga ratus meter. Dengan itu, tanah yang selama ini subur untuk pertanian, sudah jadi laut. Sekaligus kawasan untuk manusia tinggal semakin sempit…”
“Kapten sudah menakutkan kami.”
“Tidak ada gunanya, dan memang tidak wajar takut kepada saya. Mengapa tidak takut kepada Tuhan?”
p/s – Terasa logik akal bila membaca karya Arena Wati ini. Terlalu hebat pemikiran yang dibawanya… bila diperhatikan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini terlalu banyak sudah petanda bumi yang semakin marah dengan tindak tanduk manusia. Aku terasa risau kerana sudah ada petanda bumi sedang sedih & marah dengan kelakuan manusia. Makin risau andai kata laut dan darat sama-sama memberontak ...
28 comments:
Kerosakan di mukabumi ini adalah dari angkara kita sendiri. Manusia begitu rakus mengejar pembangunan dan kemajuan tanpa memikirkan kesan-kesan yang negatif akibat darinya..
salam tirana,
Benar tirana. Mengapakah manusia kini semakin hilang nilai dan rasa? Bila nafsu dunia menguasai diri maka akan hilanglah bisikan hati kecil.
salam singgah.
semakin maju semakin kita lupa nilai yang patut kita jaga..
semakin kita cerdik..semakin luput semua sifat2 diri yang telah lama kita pupuk..
memang satu benda yang tak boleh dielakkan kot,
tak semua benda ciptaan manusia tu boleh di komposkan,
Plastik bag
Getah,
so pemberontakan laut memang satu perkara yang akan berlaku, bila hanya Allah mengetahui.
salam muhd azli,
terima kasih singgah sini?
azza,
saya teringat masa belajar kat UKM dulu. Masa tu bila naik bas ke bandar - bila ada org tua atau perempuan naik, jika tadak kerusi kosong - saya akan bangun beri tempat duduk (dah jadi kebiasaan di kg lagi). Tapi satu ketika tu ada kawan dari Perak tegur saya - "Syid, sini kau tak boleh buat camtu. Kalau kau buat camtu, kau asyik kena berdiri je la"...
hmmmm hmmmmm itukah antara nilai yang perlu dikorbankan kerana kita semakin maju?
salam pocket,
Tak suka melihat orang buang sampah gitu saja. Pernah satu ketika tu pemandu kereta depan saya buang sampah - lempar melalui tingkap. rasa macam nak langgar je kereta tu!! hehe
p/s - hari-hari bila masuk kelas je mata akan melihat kelas bersih atau tak. Kalau tak - sapu / bersih dulu baru cikgu start kelas...
Risaunya. ;(
hi atiqah.Kerisauan kadang-kadang perlu untuk kita sentiasa bermuhasabah diri.. betulkan?
insaf terus.. :(
to cikgu rashid...
belajar tinggi menggapai awan bukan lagi ukuran kini utk seseorang individu ini menggarap sebuah nilai dan adab dlm kehidupa seharian kan..
jujurnya saya tabik cara penulis ini sampaikan mesej..
penggunaan objek sekeliling iaitu alam, membuatkan kita kembali berfikir...
terima kasih cikgu kerana berkongsi..
=)
sesuai utk org2 yg dilanda taufan kat us tuh:D
hi salam cepotet,
insaf terus? syukurlah sekurang-kurangnya hati kecil kita masih ada rasa untuk memahami semua kejadian ini.
Azza,
benar azza. sukarnya untuk memahami ukuran nilai dan adab dengan tingginya tahap pendidikan.. apa yang penting, semakin tinggi kita belajar sepatutnya kita makin hebat dengan nilai dan adab.
salam nora,
Alam memberi kita warna dan ketenangan. Alam juga boleh meresahkan jiwa...
hi cheryna,
ya, saya menulis tentang laut inipun kerana melihat negara luar yang sering dipukul ombak, taufan ...
syukur kerana negara kita masih selamat dari semua itu.
huhuhu..manusia akan terima padahnya nnt....
Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini....huhu
Ada ayrissa,
kadang-kadang kita terlupa bilakah kali terakhir kita menangis mengenangkan kesilapan yang pernah kita lakukan... kita menangis kerana takut padaNya.
cikgu rashid tu adalah petanda bumi tidak boleh menerima lagi kelakuan manusia skrg ini. YG tidak kenal erti HALAL & HARAM.
cikgu,
penuh dengan keinsafan...
:)
to cikgu..
kita yang menentukan nilai dan ukuran adab dan budi..pendidikan tinggi tidak bmakna jika tiada pengisian jiwa yang telus..
Erinsza,
itulah. marilah kita sama-sama berdoa moga bumi ini kembali tenang.
Salam cikgu nen,
Sekadar merenung kejadian alam kerana nak tak nak ia tetap berkaitan dengan kita semua.
Kita perlu memahami semua ini.
azza,
benar apa yang azza katakan tu.
p/s - kadang-kadang suka menyendiri kerana ingin merenung perjalanan hidup...
Salam,
Artikel ini memberi keinsafan betapa kita mengejar kemajuan hingga lupa tanggungjawab kepada mukabumi. Benar yang dikatakan kerosakan bumi oleh sebab tangan manusia sendiri.
AAA
www.binausahawan.com
PEMANASAN GLOBAL...
Post a Comment