Followers

14 October 2008

Kisah 4 Syaitan Berpangkat Jeneral

Sekadar gambar hiasan

Kelmarin aku ke SYP 1, mengikuti satu seminar Integriti anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM). Seminar berlangsung dari jam 8.00 pg - 1.30 ptg. Tiga orang pegawai bertindak sebagai penceramah;

1. Ybhg Dato’ Hj. Abdul Raof Hussin, mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia
2. En. Mohammad Diah Wahari, Pengarah Sektor Awam IIM
3. En. Salahuddin Ghozali, Penolong Setiausaha KPM

Ceramah yang disampaikan begitu menarik sekali. Macam-macam persoalan tentang integriti dibincangkan. Ceramahnya menarik kerana disampaikan oleh ‘orang-orang kuat’ organisasi bersandarkan pengalaman masing-masing. Malah petikan video yang dipersembahkan menambahkan lagi minat para peserta.

Pada slot pertama, jam 8.30-10.00 pagi, aku lihat semua peserta begitu bersemangat sekali. Semua mata bertumpukan kepada penceramah di pentas. Penuh minat. Begitu juga pada slot kedua, jam 10.30-12.00 tgh. Tapi masuk saja slot ketiga, jam 12.00-1.30 tgh, aku tengok kebanyakan peserta dah semacam je. Mengeliat sana sini. Malah aku tengok ada juga yang dah lena, tersengguk-sengguk (hehe, jahatnya aku, asyik duk perhatikan gelagat orang tidur je).


Kisah 4 Syaitan Berpangkat Jeneral

Bicara tentang tidur (tertidur?) dalam majlis ilmu ini (seminar, kelas, kuliah & seumpamanya) teringat aku kepada cerita seorang Tok Guru. Menurut Tok Guru;

“Dalam majlis ilmu, akan hadir 4 jenis syaitan berpangkat Jeneral. Wah, bukan calang-calang pangkat ni. Masing-masing mempunyai kepakaran khas. Syaitan yang pertama bernama Jeneral Akrobatik. Kemahirannya adalah dari segi lompat melompat dan bergayut. Jeneral ini suka sangat bergayut pada kelopak mata. Bila saja jeneral ini bergayut maka mata secara perlahan-lahan akan terkatup, mengantuk. Kemudian terus lelap.”

“Syaitan kedua bernama Jeneral Karate. Kepakaran khasnya adalah mengkarate. Masalahnya jeneral ini hanya suka meng ‘karate tengkuk’ dari belakang. Jika sesiapa yang kena karate oleh jeneral ini maka kepalanya akan tersengguk-senguk kemudian rebah ke depan (tak lah sampai putus..). Akhirnya akan tewas. Tertidur jugalah jawapannya.”

“Syaitan ketiga pula bernama Jeneral Judo. Sebut je judo memang kerjanya suka sangat menendang. Masalahnya jeneral ini hanya suka menendang bahagian dahi saja. Oleh itu sesiapa yang kena penangan judo jeneral ini maka kepalanya akan rebah ke belakang. Ringkasnya tertidur lah juga.”

“Nah, syaitan yang keempat. Paling senior. Oleh kerana paling senior maka kepakarannya adalah yang paling hebat sekali. Namanya Jeneral Pekasam (ada yang panggil jeruk). Kehebatan jeneral ini ialah boleh menyebabkan mangsanya mengeluarkan bunyi dan memeranjatkan orang yang berada di sebelah. Bunyi yang dikeluarkan itu dipanggil dengkur. Siapa yang terkena penangan jeneral ini maka susah sikit nak ubatinya. Susah kerana bila dah sampai tahapnya (dah meleleh liur basi tu.. hehe) maka lena dia itu adalah lena yang tersangat susah nak dikejutkan.”

Bila aku teringat cerita Tok Guru ini maka aku tersenyum sorang-sorang… senyum gelihati. Untuk kawan-kawan yang tertidur tu, maafkan diri ini kerana tiba-tiba tersenyum melihat kalian ‘tewas di tangan Jeneral-Jeneral’ tu.. hehe.

p/s – Risau andai kata 4 Jeneral itu bergabung tenaga. Mungkinkah makin ramai lagi yang akan tewas (tertidur) dalam apa saja majlis ilmu. huhuhuuuu minta dijauhkan sama sekali. Sekadar untuk mengingatkan diri sendiri...

40 comments:

Tirana said...

Cikgu Rashid,

Tergelak saya sorang-sorang depan komputer bila baca entry cikgu ni. Lain kali, kalau saya hadiri seminar atau kuliah, andainya rasa-rasa mengantuk, tentu saya teringat cerita cikgu ni.. Harap-harap saya tidak tergelak di situ. Takut jugak, nanti orang sangka sayn ni dah tak waras..hehehe

Sufi Idany said...

agaknya jeneral2 tu laa yang wat ida salu ngatuk dlm majlis ilmu.... igt time terawikh... salu ngantuk.... pernah terlelap time smyg terawikh... abih jer witir... ,mata segar bugar lak... balik umah tk nak lak tido.... huh!!!
ni jeneral apa lak cikgu?

cikya said...

hhehheh lawakle cerite tu cikgu. Boleh saya copy kat blog saya tak..Bukan apa kadang2 dalam kelas ada juga kawan2 tersengguk2 tu, kalau nak tegur berdepan susah jugak...tapi kalau ada cite lawak macam ni, sambil ketawa2...boleh tegur. Emmmmm...tapi kalau tak boleh pun takper, nanti saya hafal cite ni.

kuIna Jentayutiara said...

sy suka baca buku Sun Tzu art of war management... byk taktik & teknik.

cHeRyNa PiReS said...

mmg best nak tido lagi2 dlm majlis ilmu...nyenyak sangat:D

tp...berdasarkan pengalaman..selain mengharapkan org2 yg mendengar utk tidak tido dan kalah dgn 4 general nieh tadi...org yg mengajar dan memberi lecture pon perlu la intresting:D

Rashid said...

salam tirana,
yake? hehe. Itulah sebabnya saya akan senyum bila tengok sapa saja yang terlena masa hadiri apa saja majlis ilmu. Biasanya ceramah agama. Sebab di sana lagi banyak godaan oleh 4 sahabat baik berpangkat jeneral ini..

Rashid said...

idany,
Confirm la kalau macam tu. Memang jeneral-jeneral tu suka sangat dengan idany. Lepas ini kalau ngantuk lagi, hembuskan doa pada semua 'lokasi' jeneral itu berada... hehe

Jeneral apa? cuba ingat masa lelap tu macamana posisi kepala idany? ke depan ke atau ke belakang... so, carilah jeneral mana satu suka sangat pada idany.

Rashid said...

cikya,
Teruskan niat baik tu. saya dengan berbesar hati mengizinkannya. Ilmu perlu dikongsi. Kongsi ke arah kebaikan.

Pernah saya tegur pelajar yang suka tidur dalam kelas dengan kisah ini.. lepas tu bila saya sebut je 'Jeneral' mana yang ada berdekatan dengannya tu, terus tak jadi lelap.
Nampaknya, berkesan juga rupanya kisah-kisah seperti ini.

Rashid said...

Kuina,
Bila saya baca buku Sun Tzu art of war, saya kena baca berulang kali nak memahaminya. Tapi buku itu bagus. Banyak falsafahnya yang boleh digunapakai.

Masa saya berkursus Taktik kat PUSWATAN Perak dulu tu pun, buku ini adalah antara salah satu yang kita bincang dan bentangkan.

Rashid said...

hi cheryna,
saya setuju 110% dengan pendapat cheryna tu. Memang penceramah perlu ada gaya, mutu dan keunggulan dalam usaha menarik si pendengar. kalau kena gayanya 4 jam pun orang nak dengar tanpa terlelap..

Teringat kata-kata Prof dulu,
"bila Presiden Sukarno berpidato, rakyat akan dengar. Hujanpun mereka tak akan lari. Itulah kehebatan pidato Sukarno.."

adaliciOus said...

sy la salah sorang buruan jeneral berempat tu..hUhuh..
tp xdpt dikesan la plk jeneral mna satu yg slalu menyerang.
tp, kalau duduk depan2 dia kurang sikit mengganggu kot.
betul x cikgu

Rashid said...

Salam Adalicious,
eeeeee awal-awal dah ngaku.
Bukan senang nak kesan jeneral yang mana satu suka 'usik' adalicious tu. Mereka cerdik. Pintar akal. Pandai berahsia. Pangkat jeneral katakan. hehe.

Saya setuju dengan adalicious. Jeneral tu walaupun hebat pangkatnya tapi sangat malu-malu nak dekati sapa yang suka duk tempat paling depan sekali. Tak tau pula kenapa. Yang pastinya 4 jeneral tu tersangatlah alergicnya bila cuba usik orang yang duduk paling depan sekali.

Adalicious, selamat duk paling depan sekali ya. huhuhuuuu

cikya said...

Tq...cikgu.

azza_irah said...

salam cikgu..
kl cikgu ngntuk masa sedang mengjr camna pula..
jeneral internet sedang bmaharajalela malam tu kut..hehe..

tapi bila bersama budak2 tu n tugas seharian kat skolah..mata mengantuk jd segar sbnrnya..sedar2 loceng balik dah bbunyi kan..

Rashid said...

azza,
kalau cikgu mengantuk alamatnya jadilah 'cikgu Saari' P.ramlee tu..

Jeneral internet? hehe. Mungkin gak kot. Tapi Jeneral ni jenis lain kot. Dia buat kita tak mengantuk. sedar-sedar dah nak pergi kerja. Bila pergi kerja, ngajar ke.. baru rasa ngantuk. huhuuuu (puushhh pergi main jauh-jauh..)

Benar azza. cikgu ni bila duk ngajar, tak terasa 5,6 jam dah berlalu.. cikgu katakan.

Signorina Syima said...

mana2 tempat, majlis ilmu la paling susah kita nak bertahan.. Kenapa ye?
Pada saya, utk menjamin kita semua dari terlena, penceramah itu sendiri memainkan peranan penting utk mewujudkan suasana yang aktif dan menghiburkan.. baru arr 4 jeneral tu tak masuk padang... hiks!!

sy pernah dgr cerita 4 jeneral ini tapi versi yang berbeza...

Rohaizan said...

Salam,
kadang2 persediaan sebelum kursus pun penting juga: jangan tidur lewat, dapatkan rehat yg cukup etc.
So takde la mudah mengalah bila kena karate ke, judo ke...

Rashid said...

Syima,
Setuju apa yang syima katakan. Selain persiapan bahan, penceramah perlu juga kelakar, buat joke baru tak ngantuk..

Saya suka bila penceramah 'bercerita' kisah-kisah..

Rashid said...

Rohaizan,
Banyak kena menuntut taktik ni. Maklumlah semuanya berpangkat jeneral. kalau kopral ke, Sarjan ke boleh bedal lagi.. hehe

Eida said...

emm.. malu nyer kalu terkena penangan dari mana2 jeneral tu..mesti ada yang duk gelak tengok gelagat kiter time tu!
Dan paling rugi... ilmu pun Tak dapat... yg pasti 4 jeneral duk bertepuk tangan.. dah berjaya!

Erinsza said...

cikgu rashid,

setakat nie saya tak mengantuklah bila dgr ceramah. tapi klu saya terngantuk bila dgr ceramah mesti teringat cite cikgu.

anonymous nola said...

cikgu rashid..
maknanya, jeneral karate lah slalu dtg masih time kuliah kan..
aishhh...
kita pun kena ada jeneral jugak neh utk lawan jeneral2 syaitan tu...

=)

i-chimera said...

agak2 yg gambar hiasan tu kena serangan general ber4 tu jugak ke ha.. ke kena serangan yg org kelate kata 'genegho..'

Rashid said...

Salam eida,
Bagus pandangan eida penuh bermakna tu. Entah-entah mereka tu gelak sampai terangkat-angkat kaki (cuba gambarkan). Siap bersiul lagi tanda suka sebab misi mereka berjaya.. dush!

Rashid said...

Erinsza,
Sayapun. Kalau mengantuk terus teringat citer ni. Apalagi jeling semacam je, kiri kanan depan belakang.. kot-kot ada situ. Apa lagi pushh pushh.. sembur ayat ler...hehe

nOin anaK jamiL (= (= (= said...

ya ampun???apakah?? sume org tido..same cam time kuliah ku sje *wink*

Rashid said...

Nora,
Ya tak ya juga. Memang dialah tu.. bagitau kawan-kawan ya nora. Hati-hati jangan sampai tergoda hati.

Sapa ya jeneral utk lawan jeneral tu? (garu-garu kepala...) Kalau saya,satu darinya ialah Jeneral H2O 'jeneral air kosong'. Jeneral tu takut air. Sebab air dapat bekal oksigen. Tengok air dia lari. So, hilanglah ngantuk. hehe

Rashid said...

salam i-chemera,
Mungkin kot. Itulah hebatnya bila kena penangan 'jeneral-jeneral' tu. Mungkin juga keempat-empat jeneral tu dah bergabung tenaga - serang sekaligus. oh hoooooo. dushhh z zzz zzz zz

TQ datang singgah sini

Rashid said...

Salam noin,
Mungkinkah kajian menunjukkan tidur juga boleh berjangkit adalah benar? Begitu juga dengan menguap, juga dikatakan boleh menjangkiti orang yang duduk berhampiran..

PENDEKAR said...

salam.

Aku anti btul ngan jenderal2 tu, nak jer aku sekeh2 kepale dieorang....

Tapi kadang2 kita dok menguap dan mengantuk sebab tiada pergerakkan dan kurang oksigen.

ubat yang paling mujarab, bersenam.

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

ahahahaha
watashi gelak terkekek kt sini
*sebab ada tamu kt depan
gelak kena la control kan
ahaksss

arnamee said...

mnguap memang berjangkt..

eheh.salam=p

cHaDacHaDa said...

wahhh!

bagus entri ni!
bley layan gelak sambil berilmu.

hehehe~~

Rashid said...

Pendekar.
Amboi marah betul nampaknya kepada jeneral-jeneral tu.

Betul juga ya, bersenam dengan pelbagai gaya. Gaya lompat-lompatke, baring dgn kaki ke ataske, gaya berenang kupu-kupuke.. hehe pasti hilang ngantuk.

Rashid said...

Watashi,
saya rasa gelak-gelak juga satu ubat ngantuk.. tapi hati-hati nanti orang tengok semacam je, "eeee watashi gelak sorang-sorang. Kesihan watashi.." kan kes naya ni.

Rashid said...

salam arnamee,
ya ada kajian yang kata menguak boleh berjangkit dengan orang berdekatan.
Terfikir macamana menguak boleh berjangkit?... (urut-urut dahi)

Rashid said...

chadachada,
Gelak tu awet mudakan? Gelak juga boleh hilangkan tekanan & hilangkan kedut-kedut. Tapi yang penting boleh hilangkan jerawat..hehe. yake?

Ada Ayrissa said...

huhu...kena prepare senjata yg plg canggih skali utk lawan syaitan2 tuh....
camner ek?kalo x byk, mesti sket gak ngantok nyer...

azza_irah said...

cikgu...
salam cikgu....anda ditag.. http://sedetikhati.blogspot.com/2008/10/tag-dari-liyannuar.html
azza try tggl msg di shoutbox tapi takleh...

Rashid said...

azza, saya ditag? eeeeeeeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search