Followers

01 August 2009

60% keperibadian yang kita kenal penuh kepalsuan?


Kelmarin, Jumaat - Jam 11.15 pagi, seorang Ustaz dalam satu forum bertajuk ‘Dating’ (disiarkan oleh TV9) dipetik sebagai berkata:


“Dalam kajian yang telah dilakukan, 60% keperibadian yang kita kenal sebelum kahwin adalah kepalsuan…”


Wah, terkejut aku mendengar kata-kata Ustaz tersebut.

Bagi aku, jika benarlah kajian itu dilakukan secara ilmiah, sesungguhnya amat menarik sekali untuk kita renungi bersama.


Jika benarlah kajian itu, terdetik hati akan perlunya kita untuk ‘melihat keperibadian’ bukan sekadar dengan pandangan mata tetapi juga dengan pandangan hati.


Namun persoalannya berapa ramaikah antara kita yang melihat dengan pandangan hati? Rasa-rasanya ramai yang suka melihat dengan pandangan mata.


ops! tiba-tiba je aku teringat satu lagu - lagu hijjaz. Sungguh indah sekali senikatanya.


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

35 comments:

Cikgu Adham said...

slm... waw ganah sunnggug pengamatan demo... smpai ke tahap ni analisis heh heh

Zyma Saad said...

Cikgu Rashid......

Sy b`setuju dgn Cikgu.

Sebelum kahwin, pasangan2 berjanji manis & indah boleh terima itu ini. Berjanji sehidup semati kononnya.

Tapi janji2 itu sebusuk tahi kucing tauuuuuu. Ai tak rela you.

Sebelum kahwin, semuanya elok. Sesudah kahwin, semuanya buruk. Huuuuuhhh, IT`S FAKE.....

Ai tak rela youuuuu.

Pocket said...

yes yes!!
pocket setuju,
pasal kalau bercinta,
memang semua yg ditunjukkan hanya bertujuan utk mengindahkan diri dihadapan dia.

tp bila dah kawin..
brdengkur, brpluh mucuk macam,
moody di pagi ari (Tak cukup gula)
mesti sidia jumpa punyer lah!!

i guess those were the 60%
(Including the expensive perfume dat u use to pinjam from your housemate ^^)

fAtrinA said...

saya sukeeeee entry nih =)

Cik Amy Sensei said...

salam cikgu..

cantik oohh mata dia.. ^_^

ijad said...

mungkin ada kebenaran tu...

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid, zaman kapel sblum kawin orang kata zaman ni pijak semut pn tak mati...kentut pn wangi..tp lepas kawin, pijak gajah pn gajah bole mati..erkkkk...

Rashid said...

Cikgu adham
salam.. haha!! takde lah. Cuma tertarik dengan kajian tu. Memang saya ni minat dengan dapatan & hasil kajian yang dilakukan..

Rashid said...

Zyma Saad
yup zyma. Masa bercinta berjanji bagaikan dunia ini ‘ana yang punya’. Sanggup mendaki gunung yang tinggi (panjat pokokpun dah gayat), kan kuredahi lautan api (berenangpun tak pandai), lurah yang dalam sanggup kuturuni (tengok jurangpun dah kecut perut).. hehe. besele tu..

Rashid said...

Pocket
Dah lumrah pocket. Masa dilamun tu, segalanya nampak indah. Apa saja yang dipandang mata semuanya indah dan cantik. Tapi bila dah … baru tau rupanya bla bla bla.. Nasible..

Rashid said...

Fatrina
ermm.. suka ek? tentu ada apa-apa ni.
pssttt!!

Rashid said...

Cik Amy Sensei
salam jua..
ermm saya tak suka mata tapi suka tengok kening tu…

Rashid said...

Ijad
a’ahh mungkin. Segalanya ada kemungkinan ..

Rashid said...

Afida Anuar
ishhh mana ada.. tak percayalah. Bagi saya zaman sebelum dan selepas kawen tetap sama je - pijak semut matilah ia.. ken… tu tetap busuk le.. eeeee
Gajah? camana nak pijak gajah.. tak pasal-pasal gajah yang pijak kita.. hahaha!!!!!!! (gurau jer..)

Marzalina said...

Mata dan hati adalah dua objek yg saling berkaitan..tapi pastinya jika hati bersih..tandanya iman kuat didada..tapi jngn lupa juga..kena gunakan pandangan akal..kerana akal dapat membezakan yg baik dgn yg buruk...kalau ikutkan hati..pasti mati..jika ikutkan akal..akal akan membimbing ke jalan yg benar.

Wawa_Nadwa said...

mase bercinta sume perangai kena cover je.
hiks!

pehtu bile dh kawen, terbongkar la segala perangai nyerrrr.
=P

Rashid said...

Marzalina
ermm..betul tu intan. Mata hati dan pandangan akal saling bertaut rapat. Moga segalanya akan berikan kita satu pandangan yang bersih. Bila hati dah bersih akal pasti juga dapat digunakan sebaik mungkin..

Rashid said...

Wawa Nadwa
Iya wawa. Saya tengok wawa kat blog tu senyum je. tapi bila dah …. rupanya wawa ni panas baran rupanya.. adoii lariks 100 m dalam 15 saat..
Tapi saya yakin, wawa ni baik, manja..bertanggungjwb orangnya. kan kan..

dayana said...

cr...

kalo x kenal maka x chenta...mmg susah nk pilih yg betul2 mpnyai keperibadian yg telus...

bila hati dah dibutakan dengan perasaan chenta yg membuak-buak, yg masam pun akan nampak manis jer pd pandangan...

p/s: yna minat abe2 HIJJAZ nih...tp abe rashid yna x minat sgt!... ekekeke

Rashid said...

dayana

Bila hati dah dibutakan.. tak akan nampak lagi kekurangan ..

p/s - ermm. orang tua tua dulu kata, tanda kita minat pada orang tu bila kita kata kita tak suka.. tak sukaaaaa..tapi kemudian kita senyum. Yna jgn senyum k.. atau dah senyum ni?

dayana said...

hmmm cr...

senyum tu kan tanda kita bersedekah ...apa salahnya yna senyum slps baca statement cr tuh he3...

psssttttt!!!! yna suka semua org...tp minat org2 tertentu sahaja...ihiks!

Rashid said...

dayana

hah!! senyum ek.. dushh dushh..

teringat gurauan sorang prof UKM dulu, 'berkawan biar seribu, berkasih biar satu..satu..satu.." hehe

dayana said...

cr...dushhhh jugak!!!

"berkasih biar satu..satu..satu..."

owh itu lebih sudaaaa...

ILA said...

salam cikgu..
bukankan semua manusia itu tidak sempurna??? bukankah dunia ini sbagai pentas lakonan bagi mereka???nahhhh....sudah faham bukan?? dalaman dan luaran insan tak semuanya sama. jua keperibadian seseorang jua..itu tak dpt kita takrifkan.bgitulah nilai manusia..sukar utk di terjemahkan:)

Rashid said...

dayana
hhaha!! itu bukan saya kata..prof tu..

Rashid said...

Ila
Ya ila. Manusia ni bermain kepelbagaian watak.. kadangkala tu bisa kalahkah shah rukh khan je. Hebat lakonan..

p/s - suka lakonan imran hasmi 'gangster'. Sekali sekala jadi mafia..

mountdweller said...

Salam Rashid.

Betul, manusia boleh berlakun apabila dalam masa sekali sekala berjumpa. Sedangkan di pejabat pun, dalam keadaan setiap hari berjumpa, manusia masih mampu berlakun.

Bila tinggal sebumbung dan di atas sebidang tilam barulah akan kenal putih atau hitamnya kuali.

lalink7 said...

60%? tggi tueeeee..duk lam gua lam cengginieh..

Super HaNa said...

hmm..kalo camtu..kena pandang dr mata hati la kan cikgu

watashi kena lebih berhati2
eheheheh

kuIna LadyInRed said...

setuju...


tq singgah blog baru tu.. datang la lagi bwk buah tangan.


http://kuina.kujie2.com

Rashid said...

Mountdweller

salam uncle,
Kalau berlakon watak baik dan memangnya baik, okey je. Tapi risau jika berlakon watak baik tapi pengganas rupanya..

Rashid said...

Moutdweller
Uncle, ketawa sayab baca kata-kata uncle, “Bila tinggal sebumbung dan di atas sebidang tilam barulah akan kenal putih atau hitamnya kuali” adoii hahah!!!

sedang fikir, ‘kenal putih atau hitamnya kuali.. ???’

Rashid said...

Lalink7
Tule yg merisaukan hati ni..

Rashid said...

Super Hana
iya le watashi, dari mata hati.. ‘dari hati ke mata’.
Memang watashi kena hati-hati, kerna watashi kan berdarah manis, ada je nanti jejaka macho cuba dekat watashi.. ingat ek 60%.. hehe

Rashid said...

Kulna LadyInRed

k.. nanti sy bawa durian, mangga, rambutan, langsat… khas utk kuina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search