Followers

19 October 2009

Seronoknya bersantai dengan pelajar pada cuti hujung minggu


8.00 pagi hingga 12.00 tengahari - aku berada di sekolah. Satu perbincangan bersama pelajar-pelajar tingkatan 5, pelajar target ‘A’ Sejarah SPM tahun ini. Selama hampir 4 jam lebih aku berbincang serta menganalisis topik-topik penting bersama-sama dengan pelajar.

Sebenarnya aku sengaja membawa pelajar ke dalam 'bilik mesyuarat' sekolah. Selama ini mereka asyik belajar dalam kelas, makmal, bilik tayangan dan dewan besar je. so, aku sengaja bawa mereka ke sini - bagi sedikit kelainan dan suasana yang baru.

Seronok juga bila berbincang dengan pelajar dalam keadaan santai begini. Pelbagai soalan diajukan... dan sesungguhnya aku memang suka sekali bila pelajar banyak bertanya. Bagi aku, itu petanda adanya satu kesungguhan dan keinginan pelajar untuk belajar dan berjaya!!! Satu kepuasan bagi aku bila memikirkannya.

Perjumpaan kali ini lebih menjurus kepada perbincangan hasil analisis soalan peperiksaan tahun-tahun lepas serta analisis bab / tajuk oleh beberapa buah negeri (Wilayah Persekutuan KL, Johor, Kelantan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah, Sekolah Berasrama Penuh dan MARA). Untuk rujukan pelajar, turut diedarkan soalan-soalan terpilih mengikut bab / tajuk bersama dengan skema yang lengkap. Edaran soalan dan skema ini adalah hasil analisis oleh Guru-guru Cemerlang Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tak lupa juga soalan-soalan dari ADABI.

16 comments:

Rozita said...

salam

naurah makwa said...

teringat zaman sekolah dulu..

Cikgu Adham said...

salam.. wah sempoi heh heh.. ni budak form berapa? cikgu ajar subjek gapo dh? form berapa?

Rashid said...

Rozita

salam juga utk rozita..

Rashid said...

naurah makwa

uiss dah muncul ek.. lama menyepi naura..

Rashid said...

Adham

Memang sempoi abis le adham. Mereka semua form 5.. Saya mengajar subjek 'dibalik tabir negara'..

Marzalina said...

syok ek..jadi cikgu yg sporting..mesti pelajar suka..=)

n a r d indie winkie said...

rindu masa skolah. byk sgt motivasi bila nak spm. hehe.. teringin nak jadi student balik. tapi tak boleh plak. :-(

Zyma Saad said...

Salam cikgu Rashid......

Zyma dtg niiiiii. Amboiiii,lama bersembunyi ekkkkk?
Mesti sembunyi kat celah2 pokok serai ,kan???

**Cikgu yg di kejauhan itu ke?? Yg kat depan tu ekkkkkk?? :)

Rashid said...

Marzalina

Intan, cikgu mesti sporting k. baru pelajar suka & seronok untuk belajar..

Satu lagi, senang bila saya nak panggil datang umah. tolong apa yang patut.. diorang tu ringan je tangan.. berebut nak datang umah ..hhehe

Rashid said...

Nardindie winkie

hehe.. nard. bukan nard je yang rindu nak jadi student. Sayapun.. sekali fikir nak sambung belajar lagi. Masih ada semangat untuk sambung belajar.. tapi tak taulah sekarang ni kerja tak abis..
Teringat masa belajar dulu.. seorang pelajar yang pemalu tapi rajin. hehe..

Rashid said...

Zyma saad
salam zyma. Mana sembunyi.. banyak keluar rumah.. jalan-jalan.. race motor.. (tengok je bukan lumbapun..) hehe..

a’ahh.. cikgu yang ‘sentiasa jauh tapi dekat..’ kan kan.. dushh zyma..

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid

rindu study dulu.. nak exam mcm nie juga di buat. di tambah2 pula dh nak dkt sngt exam.. dok brbilang hari aja.. memang demam la.. adik sy nak exam.. STPM tp kakak dia pula yg gelabah semacam.. nak MUET pun dia relex aja.. (adik lelaki) mlm br nk demam la bagai.. br nak test speaking.. sy la yg jd cikgu sementara.. (tegur smbil marah2 manja) hee.. w'pun tak taror.. ee.. hentam aja la.. janji adik berjaya..

best dpt cikgu sporting
tahniah cikgu, moga sentiasa jd cikgu favaurite.. hee..

-maiza-

n a r d indie winkie said...

seorang pelajar yang pemalu tapi rajin tu yang best. hehe.. pelajar yang berbudi bahasa gitu kan? nak jadi cikgu gak la. i love it.

Rashid said...

MaizaC’joe

salam maiza..
ermm kakak yang baik. Gitulah.. cubit paha kiri adik paha kanan maiza juga terasa..
Alam sekolah satu kenangan yang tak akan dilupa.. rindu teramat..

Rashid said...

Nard indie winkie

Nard,. ‘pemalu tapi rajin ek’ .. tuuu perli saya le tuu.. hehe. dushh dushh (ngan penuh kelembutan dan kemanjaan..)

nard, sy tak dapat nak gambarkan nard jadi cikgu.. tentu seronok. Jadi cikgu kat sekolah saya pula tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search