Followers

31 May 2010

Indahnya kalau semuanya begini ...


 Indahnya kalau semuanya begini ...

Sudah terlalu lama wanita saja dipersalahkan dalam kes hamil luar nikah dan pembuangan bayi tetapi lelaki melarikan diri. Saya memberi amaran kepada bapa ghaib ini mereka tidak akan terlepas” – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Aku merenungi kata-kata Datuk Seri Shahrizat. Nampaknya ia berulang. Keluhan rasa kesal dan amarah dengan situasi dan gejala yang berlaku ini. Bagi aku, perasaan  kesal dan marah terhadap isu ini sudah lama terpendam. Semua kita, manusia normal akan ada rasa marah dengan situasi begini. Semua pasti akan resah gelisah melihat dan membaca gejala kes hamil luar nikah ini. Sana buang anak… sini lempar anak .. sana tanam anak .. sini dera anak …

Namun soalnya, salah siapa sebenarnya? Wanita yang mudah hanyut sehingga tergadai maruah diri? Lelaki si pelaku yang akhirnya bergelar ‘bapa ghaib’ ekoran sikap tidak bertanggungjawab terhadap sentuhan haramnya itu?

Mengapakah kes sebegini sentiasa berulang? Rasanya ia dah cukup lama. Bertahun-tahun. Namun hingga hari ini tiada satupun langkah yang boleh dikatakan agak berkesan untuk menangani kes ini daripada terus berulang.  Ia tetap  berlaku seolah-olah tiadanya titik.

Nampak gayanya, hukuman dan denda yang dikenakan masih tidak berbaloi dan ‘ringan’ sehingga seolah-olah tidak ada rasa gerun si pelaku untuk terus melakukannya.

Aku pernah tengok si perogol dihukum sebat sehingga 20 sebatan. Kulit punggung terkoyak berdarah …

Masa kena sebatan itu, laungan nama Allah keluar dari mulut si perogol …   badan gagah perkasa akhirnya lemah lesu ... berjalanpun terpaksa dipimpin …

Punggung terkoyak itu akhirnya disapu ubat …

p/s – kalau nak diikutkan rasa marah … biarkan saja punggung berdarah itu sebegitu. Tak payah dilumur ubat. Rasakan …


18 comments:

Sarah Nivea said...

Salam...

Memang segala bentuk hukuman dirasakan langsung tidak memberi kesan kepada mereka yg terniat untuk melakukannya. Mungkin kita patut mengguna-pakai kembali hukuman yg telah Allah gariskan, yg mana insyallah pasti digeruni, mungkin?

makdara terdiva said...

betul ape yg sharizat ckp tu..perempuan selalu dipersalahkan..tapi yg lelaki2 yg kononnye gentleman..gagah perkasa lesap entah kemana..yg akhirnya perempuan yg dapat nama busuk..

Mommyyus said...

dia kena 20 sebatan. tapi satu sebatan pun dah cukup buatkan punggung dia terkoyak..pastu ubat..pastu sebat lgi..ubat..sampai 20 kali kan?betul tak? kalau tak serik tak tahu lah tu

piewahid said...

salam,
t/jwb mencegah zina bdasarkan priority:
1. pemimpin.
2. kedua ibu bapa/ keluarga.
3. masyarakat.
4. individu.

mudah kata, camne nak marahkan pencuri kalau barang kita biarkan bersepah merata2...

p/s- saje nyakat je :)

LiNda said...

alaaa.. touching sungguh gambar tuh . Terasa rindu sesangat ..huhuuu

Rashid said...

makdara terdiva
hmm hmm .. terdiam je bila ada gelaran ‘lelaki gagah perkasa’ tapi …

Rashid said...

Sarah nivea
Rasanya jika hukuman Allah diguna pakai.. dah lama isu ini selesai. Tak lagi merebak hingga menjadi barah ...
Sarah, saya ada keyakinan itu . .

Rashid said...

Mommyyus
hehe.. gini mommyyus. 20 sebatan itu dibuat sekaligus. satu demi satu. tak ada hentinya. Biasanya sasarannya adalah di sekitar tempat yang sama. Hancur woii.. selepas selesai 20 kali sebatan barulah pesalah itu dibawa .. tidur secara meniarap.. tika itulah di sapu ubat .. ubat warna kuning..

Rashid said...

piewahid
ermm.. terima kasih piewahid.
Tertarik ngan senarai priority itu.
‘barang’ bersepah? hehe .. yup ada benarnya juga tu.

Rashid said...

Linda
Linda.. sentuhan menusuk kalbu ..

rinduuuuuuuuu ...

HonEyBuNNy said...

kasihan perempuan kn cikgu..menjadi mgsa dan termakan pujuk rayu lelaki...dah la buat dosa zina...buang baby lak....apa la nak jadi....da 2 dosa kena tanggung....yg lelaki ada sennag lennag ja..tp ada jugak ila tgk yg bertggogjwp atas perbautan mereka...,,,ila pnh tgk jugak..berdarh..sakittt r..uhuh

blueCITY® said...

salam cikgu,

gambar apa? x nampak la kat opis ni
ekekek.. nanti i tgk kat umah lah
heeeeeeeee...

kan dunia dan canggih
cari guna dna lah
cari mak dan pak sekali
dua2 kena hukum
ikut undang2 islam
baru betul
ni cakap sahaja
tapi islam di tolak ketengah ketepi?
salah siapa...

Rashid said...

Honeybunny
Iya ila. Memang kasihan kat orang perempuan. Mereka sepatutnya dilindungi ..
Walau ada juga sebaliknya tapi rasanya ramai mangsa adalah orang perempuan..

saya cuba untuk memahaminya ila …

Rashid said...

Biru
salam biru
uisss camana boleh tak nampak? haha! bahaya tuu…

yup! ramai nampaknya amat takut jalankan hukum Islam .. kerna mungkin takut terkena kat muka sendiri ..

Cik Amy Sensei said...

SALAM BUAT CIKGU RASHID..

ALANGKAH INDAHNYA JIKA HIDUP INI SENTIASA DILIMPAHI DENGAN KASIH SAYANG DARI INSAN YANG TERSAYANG..PENUH KEBAHAGIAAN..

BalqisShafiqa said...

salam ziarah.

keadaan begini menakutkan saya.
saya nak sambung belajar takut dengan situasi sosial yang rumit.

salah siapa?
terlalu banyak pihak terlibat.
pada saya, individu sendiri perlu menimbang pro, dan kon tindakannya.

annfrendly said...

cikgu ni memang prihatin.. tak ramai lelaki yang berfikir macam cikgu... baguslah cikgu nie...
kesian jugak kat perempuan yang terpaksa menanggung derita sorang2.. sedangkan perkara tu tanggungjawab bersama...

..:: 公主FaRRaH::.. said...

dua2 slh...
yg llki pndi memujuk..
yg prempuan termakan pujuk...
tpi yg xley trima llki ske lps tgn mcm tu je...
sepatutnyer dua2 bertggungjwb n bertaubat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search