Followers

21 May 2010

Makin ramai suami bersifat kebinatangan ….


“… dia menendang perut saya .. dia mengheret saya ke tempat letak kereta dan menendang muka saya. Ketika itu dia memakai kasut but … dan tendangannya itu menyebabkan saya pengsan…” ujar mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga. Mangsa cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki setelah dibelasah tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki.


Mangsa, seorang jururawat berumur 31 tahun dan lelaki itu adalah seorang anggota bomba, berusia sekitar 30 tahun!

Siapakah lelaki itu pada diri mangsa?

Lelaki itu adalah suaminya! … aku ulangi..  lelaki itu adalah suaminya! Seorang ‘penyelamat’ pula itu. Tapi hakikatnya menjadikan keadaan semakin tidak selamat! Dan mangsa pula adalah seorang jururawat, yang akhirnya terpaksa mendapatkan rawatan …

Ya Allah... aku yang membacanya hilang kata. Berlegar dalam fikiran. Mana perginya nilai kasih sayang seorang suami pada isterinya? Isteri yang tengah berpantang pula itu! Begitu tega seorang suami melakukannya.  Adakah itu sifat kejantanan yang nak dibangga-banggakan? Bagi aku, itu bukan sifat kejantanan tapi kebinatangan!

Mengapakah kisah sebegini semakin menjadi-jadi sekarang? Ia terjadi pada orang biasa… para artis .. pada orang besar-besar … orang kecik-kecik. Boleh dikatakan setiap hari, akan adanya sepak terajang, rakusnya tumbuk tampar dan herdikan hina dari seorang suami kepada isterinya? Sudah hilangkah penyeri hidup yang selama ini ceria bahagia sehingga  berjaya mendapat 3..  4.. orang anak? Bukan sikit tu …

  seorang isteri tentu tidak tega buat begini ...  tapi seorang suami?

p/s – Mengapakah semakin hari semakin ramai suami bersifat  kebinatangan? Apakah punca terjadinya ini semua?

35 comments:

Rowena Chasez said...

huhhh!
sungguh keja,..
xkesian ke dgn bini dia??

Alynn Notnot said...

ni yg takot nk kawen ni =.='

rin~eirie de' sEcond said...

hurmm..moga dijauhkan dr lelaki bsifat binatang

Rumah Kuning said...

bila tiada iman, begitulah jadinya.

Pocket said...

yes yes, maybe kita patutnya salahkan lelaki yg tak leh tahan sabo tu,
tp jangan lupa...

tepuk sebelah tangan tak bunyi.

surat kabar yg cikgu baca tu tak cerita plak dari sudut lelakinyer.. kenapa si bomba tendang nurse?

HonEyBuNNy said...

sedey kan cikgu...ila da bca jugak td lam surat khabar...itukah di namakan seorang suami.....seorang suami yg perlu jadi ketua rumah tga n mnjd pembmbg kepada keluarga.....

LiNda said...

Tolonglah... saya merayu kepada anda semua yang bergelar SUAMI .

Jaga dan lindungilah kami yang bergelar Isteri dan Ibu kepada anak2 anda.


Sayangilah kami .

ipa faiza~ said...

salam ziarah..

:)

insaf dgn senario masyarakat ari ni..

hazeleyed lady said...

...bukankah uami sepatutnya pelindung dan pembimbing...
Tak rea lihat wanita diperalatkan sebegini...lebih baik sendirian daripada tersiksa.
Perkahwinan itu sendiri pasti ada silapnya...

Rashid said...

Rowena Chasez
Rowena.. itulah bila diri dikuasai sifat kebinatangan… maka akan lebih teruk lagi tingkahlaku dan pemikirannya. Dah tak kenal lagi status sebagai ‘suami-isteri’.

Rashid said...

Alynn Notnot
hehe. Jangan takut. Tak semua lelaki bakal suami gitu. Ada yang baik .. pelindung..

Rashid said...

rin eirie
Moga-moganya. Kenali dirinya sebaik mungkin sebelum ijabkabul ..

Rashid said...

Rumah Kuning
yup! bila iman bukan lagi mutiara, maka di dalam hati adalah batu! maka jadilah begitu rupa.

Rashid said...

Pocket
ermm.. iya betul tu pocket. Memang ada .. tapi hakikatnya lelaki itukan pemimpin. so pemimpinlah yang biasanya kena bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya.

ermm.. ini suratkhabar hari ini. Kisahnya suami tu naik angin kerna isteri dia minta kereta. Kan kereta tu milik isteri.. si isteri itu pula nak bawa anak ke hospital.. tapi suami buat dhekk je.

alkisah juga.. angin-angin bertiup kata: suami itu ada ‘buah hati’ yg lain… itulah jadinya.

Rashid said...

HoneyBunny
Iya ila. Kisah ini saya baca dlm akhbar hari ini.
Rasanya banyak faktor suami jd begitu. Pokok pangkalnya tiada iman …

Rashid said...

Linda

hmm hmm … dengar tu.. ‘jaga dan lindungilah kami yang bergelar isteri dan ibu kepada ANAK-ANAK ANDA!’

Sedih je bunyinya ..

Rashid said...

Ipa faiza
Masyarakat yang makin hilang deria rasa kemanusiaan…

Rashid said...

hazeleyed lady
iya. Rasanya lebih baik kesendirian daripada diperlakukan sedemikian rupa. Berulang pula tu.. hampir 4 tahun …

annfrendly said...

saya pun terkejut baca berita ni dalam paper.. semua gara2 kereta suaminya mengamuk tak tentu pasal..
sedih kan..
ermm... perkahwinan ni ibarat pertaruhan.. kita tak tahu nasib kita..
memang menakutkan.. tulah agaknya ramai wanita memilih utk membujang..

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid..
bila baca kisah2 macam ni la yang buat orang bujang takut nak kawin ni..erkk..

Yuni Aisyah said...

kesian nasib akak tu..terpaksa menanggung derita seksaan suami yg kejam..setiap hari pasti ada berita yg dilaporkan di akhbar tentang kes penderaan keatas wanita ni...kurangnya iman cantu la jd..ermm..

Rashid said...

annfrendly
iya ann. Kereta punya kes..

eee mana ada perkahwinan ibarat pertaruhan ann? taklah.. perkahwinan kan satu ibadah. Ibadah mendirikan masjid. Cuma sang suami dan isteri itulah yang harus berperanan menjaga masjid itu agar sentiasa bersih, segar dan kekal serinya. Jika ada sikit kekotoran .. bersihkan ia..

ermm.. wanita membujang? .. belum sampai masanya kot. Belum ada titik pertemuan di jinjing pelamin. hehe

Rashid said...

Afida Anuar
ishhhh… naper perlu ditakuti. insyaAllah doakan agar semua akan dapat yang terbaik k afida.

Rashid said...

Yuni Aisyah
iya yuni. bila iman tiada maka ramailah yang tak dapat berdiri dengan elok.

semuanya merangkak .. mengaum ...

Idalara said...

salam cintasufi...

begitulah bila nafsu buas menguasai diri..lelaki itu langsung tidak layak mengadap Allah atas nama suami..dan sememangnya tidak layak memegang title ayah pada anak2 yg dilahirkan oleh isteri beliau...

Nauzubillah...jgnlah ada lagi lelaki begitu di muka bumi ini.

Idalara said...

salam cintasufi...

begitulah bila nafsu buas menguasai diri..lelaki itu langsung tidak layak mengadap Allah atas nama suami..dan sememangnya tidak layak memegang title ayah pada anak2 yg dilahirkan oleh isteri beliau...

Nauzubillah...jgnlah ada lagi lelaki begitu di muka bumi ini.

Miss Eyda said...

lelaki mcm tue, tidak patut dikahwini. sungguh tidak keperimanusiaan langsung..mudahan jodoh sy tidak sebegitu.

Rashid said...

idalara

salam kak ida
ermm.. marilah kita doakan moga segalanya kembali baik. keinsafan nasuha akan diri dan hati.. demi anak-anak dan isterinya..

Rashid said...

Miss Eyda
eyda, teringat pula saya akan lagu 'cari jodoh - wali band'..

jap nak buka lagu wali band - cari jodoh..

hehe..

Nur -al- Ain said...

tu puncanye suami lupa diri, dier ingat dialah segalanya, ingat si isteri akan ikut, hormat kat dia, dia lupa wanita skang dah sedar hak yang kami ada. hissshhhh! geram plak!!

ismi:nauratul nadiah said...

ishhhh..
jahat sgt lah..
xberperikemanusiaan langssung..
doa sgt xdpt suami cmni..huhu

blueCITY® said...

salam cikgu rashid,

saya takut sangat2 kalau dapat suami lelaki sebegini..
kerana saya tahu siapa diri saya
tak reti nak melawan
tak reti nak tinggi kan suara
hanya tahu
menangis menangis
dan berdiam diri...
so saya berdoa agar jauhi lah saya dengan lelaki jenis ini kalau saya ditakdirkan ada jodoh nanti..

kdg2 cam takut gak nak perjudikan nasib ni, kan kawin spt satu perjudian, untung sabut timbul untung batu tenggelam.. kata org lah.
itu yg buat saya takut
egeggeeg..

apa khabar?
sihat ke kanda disana?
hehheeh

Rashid said...

Nur al-Ain
Suka dan bangga saya dengar suara ain .. ada ketegasan di balik kelembutan rupa.

yup! ayuh kaum perempuan semua!! bangkitlah.. bangunlah!! jangan biarkan diri di perkotak-katikkan. Jangan biarkan diri dihina dikeji dan diperlakukan seolah-olah tiadanya maruah diri!!

Rashid said...

Ismi nauratul nadiah
Saya doakan juga utk ismi nauratul nadiah.. agar bertemu jodoh dengan lelaki yang beriman, bersifat penyayang, bertanggungjawab dan ‘macho’ dalam menjaga isteri dan keluarga

Rashid said...

blueCity
salam
ermm... kelembutan itu perlu biru. Cuma perlu juga sedikit ‘suara’ seandainya diperlakukan sedemikian rupa okey.

Soal jodoh itu berusahalah untuk mendapat yang terbaik .. kemudian barulah serahkan segalanya kepadaNya.. insyaAllah orang yang baik-baik pasti akan dapat yang baik. Jangan risau k ..

eeee kanda sihat je.. duk senyum kat biru ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search