Followers

29 September 2010

Kedua-duanya kudung kaki tapi masih senyum dan bergurau …

Petang - beli majalah Al-Islam keluaran Oktober. Terasa sayu hati apabila baca kisah budak-budak Palestin.

Kisah ini diceritakan oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik yang pergi ke sana awal ramadhan lalu.

“Kami melihat 2 orang pesakit Palestin yang datang mendapatkan rawatan di tempat kami. Kedua-duanya kudung kaki akibat terkena serangan bom. Pun begitu mereka masih mampu mengukir senyuman tanpa menunjukkan kepedihan dan keperitan. Mereka tabah. Masih boleh bergurau senda dan mengacau rakan-rakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku!”

“Di sana, kami perhatikan rakyat Palestin tidak pernah putus asa. Dikatakan, mereka hanya dibenarkan keluar memancing hanya sejauh 3 kilometer dari pantai. Puas kami fikir, ikan apalah sangat yang ada di sepanjang 3 km itu. Airnya juga cetek!”

“Sekalipun mereka hidup serba kekurangan tapi tidak sampai terdesak untuk melakukan jenayah, mencuri bagai. Pernah satu ketika, seorang wartawan Inggeris sengaja meninggalkan wang di atas meja makan di sebuah restoran yang mempunyai ramai pelanggan. Seorang lagi rakannya sedia merakam aksi yang mungkin berlaku ke atas wang tersebut. Mereka ingin melihat sejauh manakah terdesaknya rakyat Palestin. Ternyata kerja mereka sia-sia kerana beberapa jam menunggu tapi tiada seorangpun yang mengambil wang tersebut apalagi mencurinya. Itulah kehebatan…”

>>>>>>>> 



Begitulah negara orang. Kehidupan harian yang perit yang entah bila akan berkesudahan.

Setiap hari telinga mendengar dentuman …
Tangisan dan esakan …
Kepungan dan penjajahan durjana …
Sekatan bekalan dan sempadan …
Tiadanya nilai kemanusiaan …

Kediaman yang teruk …
Serpihan-serpihan dari runtuhnya bangunan …
dikumpul, dibangunkan semula …
Tikanya runtuh lagi …

kita dan negara kita?

10 comments:

eMMe said...

Bersyukur kita di bumi Malaysia... Alhamdulillah...

Cikgu Nurin said...

Rakyat Malaysia ni terlalu dilimpahi kemewahan....hingga terlupa bersyukur............

blueCITY® said...

salam cikgu, lamanya tak berjalan2 keluar hukhuk... rindu!!!


negara kita?
hari2 kes bunuh
hari2 kes rogol
hari2 kes buang bayi
hari2 berzina berkhalwat
hari2 hendonisme....

tapi,
kita kata masih aman
masa okay


okay ke?

Marzalina said...

negara kita aman makmur...jd..kita sepatutnya bersyukur kpd Allah..atas nikmat ini..kan?

annfrendly said...

bagusnya orang Palestin.. kalaulah malaysia macamtu..mesti aman..

Kat sini kete tak mati enjin, parking 5 saat kat tepi jalan pun boleh lesap dilarikan dek penyanggak..

Rashid said...

eMMe
Betul tu. Syukur padaNya ..

Rashid said...

ckgu nurin
Rasanya ramai yang makan banyak-banyak.. pelbagai menu tapi sering lupa ucapkan alhamdulillah ..

Rashid said...

bluecity
a’ahhh sejak bulan puasa hari tu.. terus berkurung.. segan nak kuar rumah.. tiba-tiba jadi pemalu. hehe

aman damai .. bebas nak pergi pantai.. berenang .. berjemur tanpa rasa risau ..

Rashid said...

Marzalina
Betul tu intan. Sepatutnya kita elakkan segala kemungkinan yang boleh cetuskan apa jua rasa tak aman .. rasa debar semacam je.

Rashid said...

annfrendly
hehe.. itulah agaknya Malaysia kini..

Selipar kat masjidpun boleh hilang? aduhai ann ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search