Followers

03 September 2010

Sering terdengar suara perempuan mengaji al-Quran ...


Malam - Aku terima sms dari Nur, gadis yang pernah aku sembang dengannya kat hospital, disember 2009 yang lalu. Aku dah anggapnya macam adik sendiri. Aku juga pernah keluarkan satu entri khas untuknya bertajuk Di balik kesayuan matanya …   

Sebenarnya agak lama juga kami tidak berhubung. Tak sedar masa beredar...



“Abang, apa khabar? Sibukke… Nur nak tanya sesuatu kat abang. Boleh tak abang?”

“Abang baik. iya.. nur nak tanya apa .. tanyalah nur ..”

“Abang, kenapa nur sering terdengar suara orang perempuan mengaji al-Quran di tengah-tengah malam? Suara itu nur dengar semasa nak tidur…  dan bila terbangun tidur di tengah-tengah malampun nur masih dengar…”

“Dengar suara orang mengaji al-Quran.. baguslah tu nur. Mungkin ada orang yang bangun lewat malam mengaji al-Quran…”

“Abang..  suara tu nur dengar jelas. Nur ingatkan dalam mimpi. Tidak rupanya. Ia tengah malam bang… terlalu sunyi. Nur jengah kat tingkat bawah. Suara itu datang dari satu bilik. Sana suara tu makin jelas … kemudian ia senyap…”

“Nur.. Nur mesti fikirkan yang baik-baik.. Suara mengaji al-Quran itu adalah suara yang baik...” aku cuba tenangkan perasaannya.

“Abang, adakah nur ini terlalu jahat dan jauh dariNya bang sehingga nur diperdengarkan dengan suara orang mengaji al-Quran?”

“Tak nur… sebenarnya Allah sayangkan nur… “

p/s- sebenarnya aku serba salah… kerna tak tau nak kaitkan dan tenangkan perasaanya…

22 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

penuh makna, lebih kearah kebaikan, harap nur tidak risau,

Sophie Al-yahya said...

sedihnya.sebenarnya kenapa yer seseorang tu boleh dgr suara mengaji Al-Quran?

eMMe said...

kalo dengar suara org mengilai seram...kalo dengar sore org ngaji pun seram tau cikgu...ape tandanya yea? Harap Nur tenang dan sihat sejahtera...

Afida Anuar said...

Salam cikgu Rashid.. bertuah Nur...dengar dengan jelas suara perempuan mengaji al-quran...

Fida pernah terbangun di tengah malam, dengar sekumpulan budak2 sedang mengaji al-Quran...tapi sayup2..tak jelas...

WaAllahualam..

Trah Wann said...

huhu seram pun ada juga , tapi kalau kita berfikiran positif , insyaAllah benda tu pun akan jadi positif :)

hazeleyed lady said...

betul juga ek...camna nak explain supaya ianya benar bukan sekadar ikut logik.

Cuma boleh cakap yang baik2 ajelah...

Cikgu Nurin said...

Nur bertuah.....tak tau nak cakap macam mana,tapi tak semua orang dianugerahi perkara terbaik seperti Nur...

HonEyBuNNy said...

salam cikgu...bulan puasa nur dengar org baca al -quran?? mungkin Allah nak beri hidayah untk dia...kalau ilapun, tak tahu nak nasihat apa...

Rashid said...

idea al-habsyi
Harap-harap gitulah ia idea .. moga ada hikmah yang baik..

Rashid said...

sophie al-yahya
Sayapun tak tau le sophie.. sebenarnya sayapun pernah nampak orang lelaki sembahyang di kala jam 3 pagi gitu.. di kala terbangun tidur.. ingatkan mimpi tapi benar….. orang lelaki tu nangis penuh esakan .. saya yang melihat penuh sayu hingga lena ..

Rashid said...

eMMe
saya kalau dengar suara ngilai.. terus tutup kepala ngan kain selimat.. hahaha!!!
tak taule eMMe apa maksudnya.. mungkin ada hikmahNya..

Rashid said...

Afida Anuar
ermm.. harap-harap semuanya adalah perkara yang baik. Sebagai renungan bersama ..

Rashid said...

Trah Wann
yup. kena fikir positif kerana itu suara mengaji al-Quran bukannya mengilai hehehehehehhehehe … kalau hehehehehheheheeee sayapun kecut..

Rashid said...

hazeleyed lady
iya kita tak boleh tafsir sewenangnya. Tak baik. Cuma boleh bagitau yang baik-baik utk tenangkan hati..

Rashid said...

Cikgu Nurin
Itulah yang saya harapkan.. moga semuanya ada hikmah yang dariNya saja lebih mengetahui ..

Rashid said...

Honeybunny
hmm hmm.. mungkin juga. Sesungguhnya bulan ramadhan bulan penuh keberkatan.. bulan terbaik dari seribu bulan..

n a r d indie winkie said...

wah.. dah mcm cite nur kasih pulak:-p

untung bagi nur sebab selalu dengar suara orang mengaji al quran di tengah2 mlm. bukan semua orang ada kelebihan tu. lagi2 kalo dalam bulan puasa ni..

Kancilbiru said...

bersyukur nur dapat mendengar....

Rashid said...

nard
nur kasih? ermm..

itulah nard. Cuma nur tu ada risau sikit.. dia rasa seakan-akan dia ada salahnya..

Rashid said...

kancilbiru
hmm hmm.. iyakan. Sayapun nak dengar juga..

Paul Rizal Baird said...

Assallammualaikum Semua,
Saya sering pada waktu tengah malam terdengar macam orang lelaki mengaji non stop. Bunyinya seperti orang mengaji, tapi Tak tahu surah mana... Macam tak berapa jelas. Sometimes macam sekarang ni, macam orang azan.

Ada terdengar apa apa hadis ke, any reason kenapa seseorang boleh begini? Saya rasa bukan saya sorang kann ?

Salam

Rizal

razi_5047 said...

Wsalam, ya saya juga sering terdengar suara lelaki mengaji dari pukul 2-4 pagi..Mula2 terkejut juga, tpi kelamaan sy rasa ok dan menghayati sbb bacaan yg sedap
. Bila Suara itu menghilang, rasa sebak pun ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search