Followers

30 October 2010

Bila hati mati ...


Bila hati mati …

… golongan muda tua hanyut gejala zina
… belum nikah dah hidup sebumbung
… emak ditumbuk diheret dihina
… mentua teruk dibelasah menantu
… pijak perut isteri sarat mengandung
… pelajar menjerut leher sendiri dengan selendang
… bapa dan anak berpakat perkosa ahli keluarga
… guru agama umpan RM10 rogol anak murid
… bapa paksa anak tiri tonton video lucah
… mayat berlipat dalam beg pakaian
… hantar sms lafaz cerai talak
… curi syabu hilangkan bukti
… pertahan kuasa politik demi wang
… terima rasuah gadaikan negara
… mula tak kisah dengan rezeki haram



Bila hati mati …
… hilang kelazatan dan nikmatnya beribadat
… hilangnya sinar pada wajah
… hilangnya rasa cinta dalam hati
… dengki khianat menghias diri

Tertarik dengan kata-kata ustaz Mohd Zawawi:

“Hati yang mati itu sama seperti jasad yang tidak bernyawa. Jika dipukul, ditepuk dan dicubit berkali-kalipun, ia tidak akan mendatangkan kesan …”


18 comments:

Rozuan Ismail said...

nice post..utk kesedaran kita semua..Dunia sudah akhir zaman..Bila nilai kemanusiaan hilang pada diri manusia


p/s maaf sudah lama x komen..sibuk study..UKM tengah final exam..

Rozita said...

dunia akhir zaman

PinQib said...

yep,,. setuju sngat.. hrap3 benda ni, xda lagi walopon sah3 sedang meningkt

chentaMAYA said...

like this~

dayangredzuan said...

dunia dunia..
ni lah akibat terlalu mngejar duni smpai akhirat dilupakan...

lemonade said...

moga hati kita tak mati selagi masih bernafas.

Cikgu Nurin said...

setuju dengan cikgu...baca SOLUSI isu bulan ini...JAGALAH HATI...

Afida Anuar said...

Nauzubillah moga kita di jauhi dari hati yang mati ni...

Itu lah cikgu, mcm2 perkara buruk yang berlaku sekarang...bala ni, sebab tak ikut perintah Allah...

annfrendly said...

salam cikgu..
pagi ni cikgu dah mula bertugas..
semoga ceria di pagi hari..

erm...
sejak akhir2 ni banyak sangat kejadian yang tak masuk dek akal..
mak saya cakap.. hati akan mati bila makan benda2 yang 'kotor'.

Rashid said...

rozuan ismail
hmm hmm bila nilai kemanusiaan makin hilang ..

p/s – Good Luck

Rashid said...

Rozita
Dunia makin marah dengan tangan-tangan manusia …

Rashid said...

PinQib
Kita doakan sama-sama. Moga dunia makin selamat, tenang dan damai.

Rashid said...

dayang redzuan
Mata manusia makin kabur .. walaupun tak berkaca mata.

Rashid said...

Lemonade
Iya elis. Moga hati kita sentiasa ada bersamaNya. Ada nur pada pandangan ..

Rashid said...

Cikgu Nurin
Hati .. satu-satunya ..

Rashid said...

Afida Anuar
Iya fida. Manusia makin rakus. Nafsu menjadi raja ..

Rashid said...

annfrendly
salam
terima kasih ann ..
Benar ann. Makanan kotor dan haram kalau dah mula mendarah daging dalam badan .. segalanya akan berikan titik-titik hitam ..

Rashid said...

Chentamaya

terima kasih .. sekadar renungan bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search