Followers

25 December 2010

Berita menggemparkan negara!! Abis laaaaaaaa rakyat Malaysia kali ni …

Hari ini bagi aku tidak ada berita yang menggemparkan negara selain berita kenaikan roti canai dan teh tarik mamak. Gempar gempita bagi peminat roti canai.  Riuh penduduk kampung. Mungkin juga penduduk Bandar.

Ini berikutan langkah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan menaikkan harga roti canai dan teh tarik mulai tahun 2011. Sebenarnya semua jenis makanan dan minuman kedai mamak di semua rangkaian restoran mamak di seluruh negara akan dinaikkan.



Adakah ini berita menggemparkan bagi rakyat Malaysia? Malah telah menjadi laman utama beberapa akhbar tempatan negara!!! Alasan kenaikan hanya satu, disebabkan kenaikan harga gula dan minyak!!

“Kami tidak perlu berbincang dengan kerajaan untuk naikkan harga … terpulang kepada orang ramai nak beli atau tidak” kata Presiden Presma, Noorul Hassan Sahul Hameed.

Wah!! ucapan yang begitu tegas!! hebat!! Pedas!! Pekat!! (sedap?) macam kari rotinya juga.

Nah! itu dia penangan dari roti canai dan teh tarik mamak. Nampaknya kali ini baru rakyat Malaysia terkejut!!

“Boikot je!!!” selamba je FOMCA menjawabnya.

Aku .. sekadar cuba membayangkan nasib rakyat Malaysia tanpa roti canai mamak... Tanpa teh tarik mamak... hehe. Gelak je aku bila fikirkannya. Boikot? haha!!  gelak lagi...


p/s – dulu suka makan roti canai mamak ..  sekarang tak berapa suka. Minyak!! kolestrol tinggi.. kesihatan beb!! kena kawal!!

8 comments:

HonEyBuNNy said...

he2....selamat suka sikti2 ja makan roti canai...bukan peminat roti canai...cikgu..jangan makan makanan berlemak n berminyak..hehe

Rumah Kuning said...

roti canai? suka tapi tidak terlalu suka.teh tarik? tidak pernah order seumur hidup. jadi... tak terasa dgn kenaikan harga itu.hehehe

Afida Anuar said...

Nasib baik fida tak suka makan mamak..eh makan di kedai mamak...hehe..

syrupmasin said...

lepas nih minum air kosong je la dekat kedai mamak..sume nak naek harge nih..

Rashid said...

Honeybunny
iLa .. makan sekali sebulan je skrg ni.. jaga badan..

Rashid said...

Rumah Kuning
roti canai mamak bukannya best sangat.. Cuma lembut.. dia punya kuah kacang tu best sikit..

Rashid said...

afida anuar
… tapi sy dengar fida suka ehemm yg ada iras mamak. kan kan .. hehe

Rashid said...

syrupmasin
hah! itu baru jaga kesihatan .. jgn kira apa orang kata ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search