Followers

19 December 2010

Mata ini merah pula. Nak kata mengintai ...

Pagi tadi – kat pasar tamu. Aku singgah satu warung untuk makan nasi berlauk. Semasa duk makan tu, mata melihat persekitaran. Sudah jadi kebiasaan - suka melihat gelagat orang.

Seorang pakcik berbual dengan tuan kedai. Aku agak-agak pakcik tu dah berumur 60-an gitu. Manakala tuan kedai, seorang kakak sekitar umur 40-an.

 Gambar sekadar hiasan

Suara pakcik itu agak kuat. Aku mendengarnya ...

“ishh mata ni merah pula. Nak kata mengintai .. takdelah pula. Orang tua …” selamba je pakcik tu bersuara sambil tersengih-sengih. Agak kuat volume suaranya. Rasa aku satu kedai boleh dengar.

“Itulah .. tengok ke tuan pun dah tau. Nak melangkah batang pinangpun tak larat ...” tuan kedai bersuara sambil senyum. Nada suaranya pun sama-sama kuat.

“Mana ada tu.. tengok gaya memanglah. Melangkah batang pinang tak larat. Tapi kalau angkat batang balak larat lagi tu ..” sampuk seorang lagi pakcik. Juga agak berumur. Mungkin kenalannya.

Aku senyum. Aku tengok pelanggan-pelanggan yang tengah duk makan di kedai itu juga senyum. Senyum tercuit dengan senda gurau orang tua-tua. Malah ada yang mengeleng-gelengkan kepala sambil senyum.

Dalam hati aku, mereka ini mungkin dah biasa. Dah kenal lama. Gurau-gurau .. menceriakan keadaan.

p/s – kan hidup ini tak boleh terlalu serius .. kena ada gurauan. Baik untuk kesihatan .. 

12 comments:

Rozuan Ismail said...

biasa la tuh..orang tua,,cakap bunyi memang ada baur lucah kalau kita orang muda dengar..tapi,itu sudah kebiasaan pada mereka..

Atika Natasha said...

haaa...kant0i ngendap sape la tuh!hehe..gurau je..

HonEyBuNNy said...

ya betul tu cikgu....bila ada lawak jenaka baru happy jek....he2

Afida Anuar said...

hurmmm.... tak paham apakah maksud gurauan depa tu...

cikgu paham? errr

Marzalina said...

hidup kenalah ceria2 kan? barulah semangat aje nak menjalani kehidupan..kadang2 gurau2an boleh menyebabkan kita tersenyum sepanjang hari =)

husniah zaimah said...

saye singgah n follow

Rashid said...

Rozuan Ismail
Rasanya tak le lucah wan .. mereka gurau je tu

Rashid said...

Atika Natasha
hehe. . a’ahh sian pakcik tu. kantoi ..

Rashid said...

HoneyBunny
Ila rasanya kalau semua kita serius .. alamak apa jadi agaknya .. semua muka stress je. Penyakit darah tinggi melambung le tiap-tiap hari

Rashid said...

Afida Anuar
ishh . senang je tu .. (sambil garu-garu kepala ..)

Rashid said...

Marzalina
Iya intan. Gurauan penting dalam hidup kita. Kita dahle sibuk keje je hari-hari .. kalau asyik serius manjang adoii ..

Rashid said...

husniah zaimah
terima kasih husniah .. welcome!! ke umah saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search