Followers

14 January 2011

Kelihatan dirinya amat tak bermaya. Terdampar sepi ...


Tengahari semalam sempat ke hospital melawat seorang pelajar perempuan yang sedang berada di wad ICU.

Pintu bilik ICU dibuka, memohon izin dari Nurse untuk melihat keadaan pelajar.
“Masuklah cikgu .. tuu katil di sebelah sana ..”

Aku melangkah perlahan ke katil yang dimaksudkan. Terlihat seorang doktor di sisi katil, sedang bicara dengan seorang nurse …



Aku memerhati dari dekat keadaan pelajar itu. Kelihatan dirinya amat tak bermaya. Terdampar sepi. Mata kanannya separa terbuka. Memandang kosong.  Tiada pergerakan. Sedang berbantukan alat oksigen ...

Sebelum pulang sempat berjumpa mak ayahnya sekali lagi. Berikan kekuatan dan doa.

Dalam perjalanan pulang, teringat situasi semasa aku sedang mengajar sebuah kelas tingkatan 5 di sebelah paginya. Seorang pelajar tiba-tiba bersuara;

“Cikgu kelmarin kami pergi melawat … kasihan dia cikgu … dah tak boleh bercakap …”
“Cikgu betulke ada ilmu terkena buatan orang? ...”

Lantas dikisahkan segalanya… aku sekadar mendengarnya.

“Yang mana satu pelajar ni? cikgu tak ingatle ..”
“Tahun lepas dia kelas 4 ...”
“Cikgu tak mengajar kelas tu …”
“alaaa cikgu. tuuu pelajar yang comel tu. Berkulit putih …”
“a’ahh cikgu. Pelajar tu comel sangat cikgu…” sampuk seorang lagi pelajar.

Terfikir aku, sesungguh hidup ini hanya sementara cuma. Kita sekadar musafir di dunia yang fana ini. Segalanya pinjaman … gelak tawa semuanya juga akan berakhir…





22 comments:

Rozuan Ismail said...

Kita hak Allah dan kepada-Nya kita kembali..hidup ni sementara..tiada yang abadi,tiada yang hakiki..

Wan Zulqhairi said...

Dia sakit apa??

zacky ~786~ said...

btol tuu cikguu ..~ sy turut simpati kt pelajar tuu..

Cikgu Nurin said...

Takziah kepada keluarganya, mari kita sama sama berdoa supaya pelajar itu cepat sembuh....

Saya baru kehilangan seorang pelajar tahun tiga semalam, di ICU juga, tak dapat dikesan apa penyakitnya...penyakit sekarang amat rencam dan beragam....kenapa agaknya ya?

shidah_melati said...

salam... t'sentuhnye hati time mbaca. smg plajar tsebut cepat sembuh. amin3x..

ROSNAJIHAH said...

semoga Allah permudahkan segala urusan kita.sama-sama kita berdoa memohon kesejahteraan..

munna said...

Kesiannya pelajar cikgu ni... dokan yang terbaik buat pelajar itu..klu betul ianya kerana buatan org harapnya ingatlah semuanya ada balasan suatu hari nanti..jangan kita ada yg dengki sesama manusia

HonEyBuNNy said...

salam cikgu..napa dgn pelajar tu...betul ke kena buatan org..kesiannya...

Ada Dalina said...

ya Allah, kesiannyaa...
huhu...

Afida Anuar said...

penyakit semua datang dari Allah, fida percaya tu.. kalau nak kata buatan orang, sebab musabab je... kesian dia...moga Allah sembuhkan dia, insyaAllah..

Idalara said...

Salam
sedih dan insaf melihat keadaan pelajar ini..dlm keadaan begini sedar betapa musibah yg melanda diriku terlalu kecil berbanding dgn pelajar ini dn insan lain semestinya..syukur padaMu ya Allah kerana musibah yg menimpa mengingatkan aku padaMU

Rashid said...

Rozuan Ismail
Iya wan.. padaNya kita semua akan kembali …

Rashid said...

Wan Zulqhairi
Kata dr .. dia kena tibi .. paru-parunya dah hitam ..
Kata bapaknya .. ada ‘terkena ..’
Wallahualam …

Rashid said...

zacky
hmm hmm .. Allah sayangkannya ..

Rashid said...

cikgu nurin
Itulah cikgu, pelbagai penyakit sekarang ini .. ia sentiasa ada dan cuba menghampiri kita semua.

Rashid said...

shidah melati
Shidah .. dia dah pergi selamanya ..

Rashid said...

Rosnajihah
Moga kita dalam lindunganNya .. dan di jalanNya ..

Rashid said...

munna
Manusia bila dah gelap hatinya .. segalanya tak lagi ada beza halal haramnya perbuatan dan fikir ..

Rashid said...

Honeybunny

Entahlah ila .. menurut dr dia terkena tibi. Dah terlambat ..

Rashid said...

Ada Dalina
hmm hmm ..

Rashid said...

Afida Anuar
Betul tu fida .. moga kita semua dalam lindunganNya dari sebarang penyakit dan dengki khianat .

Rashid said...

Idalara
Kak ida.. Allah itu maha pengasih. Segalanya ada hikmah ..
Moga kita sentiasa diberi nikmat dan erti kesyukuran ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search