Followers

25 April 2011

Sejuk pipi dan dahinya bila kukucup

“Dah dah .. pergi study. PMR dah dekat ni. Lepas PMR mainlah puas-puas ..” (aku pernah dinasihatinya semasa aku berumur 15 tahun. Masa di tingkatan 3 itu aku asyik duk bermain ping-pong je. Kurang ulangkaji)

“Ni .. kenal ni. Abang syid. Jangan tak kenal pula. Sepupu ..  “ (diperkenalkan aku dengan anak-anaknya lebih kurang 2 bulan yang lalu. Anak-anaknya dah besar. Dah bekerjapun…)

Kini .. malam tadi … dia pergi selama-lamanya. Dia seorang pakcik yang sangat baik. Pakcik yang sangat mengambil berat tentang persaudaraan.  

Semasa mudanya aku perhatikan pakcik aku ini agak smart orangnya. Gagah badannya. Pernah diminati oleh seorang artis tanah air masa itu ..



Kini semuanya telah tiada. Badan yang gagah itu telah tiada lagi.

Malam tadi, badan yang gagah itu terbujur kaku. Sepi. Sejuk pipi dan dahinya bila kukucup untuk kali yang terakhir.

Namun nasihat yang pernah diberinya itu telah dan akan sentiasa menjadi ingatan pada aku. Dengan teguran dan nasihatnya itulah aku telah sedar .. terus mengulangkaji dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan PMR dan seterusnya aku sebagaimana hari ini ..

Moga roh Pakcik Din bersama golongan orang-orang yang beriman ..

12 comments:

HonEyBuNNy said...

Al-fatihah untuk pakcik Din....

Afida Anuar said...

Aminn.... InsyaAllah..moga2 ditempatkan arwah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman di sana...

kita pulak..bila yer cikgu rashid?...
maksud fida...bila la yer, ajal kita akan tiba...

Mrs.Yie said...

semoga rohnya aman di sana..aminnn

lalink7 said...

Al-fatihah! semoga roh pakcik din berada dalam golongan orang yang beriman..amin...

jgn sedih2 cikgu..

Cikgu Nurin said...

Al Fatihah...saya pun baru kehilangan ibu saudara minggu lepas...

Rashid said...

Honeybunny
terima kasih ila ..

Rashid said...

Afida Anuar
Moganya fida ..
Kita? ermm .. sampai tika dan saatnya ..

Rashid said...

Mrs Yie
Iya .. kita doakannya .. tq mrs yie..

Rashid said...

lalink7
okey lalink .. memang teringat juga ..

Rashid said...

cikgu nurin
begitulah kehidupan ini .. saat tikanya akan sampai jua kepada semua orang ..

Mrs.Yie said...

sama2.. :)

Rumah Kuning said...

Suatu hari nanti kita juga akan terbujur kaku begitu. al Fatihah utk arwah pakcik Din.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search