Followers

14 May 2011

Awas!! bila pintu rumah anda diketuk ..

Pintu rumah anda diketuk bertalu-talu dan salam diberi oleh seseorang.  Apa biasanya tindakan anda?


Rasanya secara spontan kita semua akan jawab salam yang diberi dan pintu rumahpun kita buka (Kalau tak seluasnya pintu dibuka .. mungkin separuh pasti kita buka). Sebaik saja pintu rumah dibuka, tiba-tiba muka dan badan anda disimbah cecair .. dan cecair itu rupa-rupanya asid!!

MasyaAllah .. itulah kejadian terkini yang telah menimpa Muhammad Hanif, 25 tahun. Muka, tangan, kaki dan badannya melecur teruk akibat kejadian itu dan kini masih tidak sedarkan diri.

Apa sebenarnya punca kejadian itu? Puncanya mungkin gara-gara cemburu atau dendam berikutan mangsa dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 29 tahun.

Ya Allah ..

Aku terkesima. Natijah perasaan cemburu lagi. Sebelum ini aku selalu juga berbicara mengenai perasaan cemburu. Bagi aku cemburu ada baiknya jika ia bertempat dan ditangani dengan baik. Ia juga tanda kita sayangkan akan ikatan yang sedia terjalin. Sebaliknya bagi aku, cemburu akan menjadi racun yang sangat berbisa jika ia hadir dengan perasaan amarah dan fikiran yang bersimpang siur. Tidak tenang.  Berserabut dengan tindanan pelbagai masalah yang melingkari diri.


Natijah cemburu sebegini pasti akan buatkan cara berfikir dan cara bertindak seseorang itu diluar perikemanusiaan. Di luar batas norma keinsanan. Malah akan buatkan seorang itu lebih kejam lagi dari tindakan seekor haiwan liar yang ganas ..

Aku juga terfikir. Jika keadaan ini menimpa diri .. Sesungguhnya kehidupan yang indah pasti berubah. Tiada lagi warna-warna indahnya. Semuanya pasti dirasai kosong. Tidak ada lagi cerianya. Tidak ada lagi bahagianya. Kalaulah sebelum ini kita selalu ceria bahagia, sekali sekala gediks comel manja-manja, huwa-huwa, make-up ala artis gitu, berpakaian fesyen terkini, tawa dan gurauan lompat lompat  … tapi kalaulah situasi ini berlaku pada diri. Adakah segala aktiviti harian yang kita lalui selama ini akan sama lagi? Adakah keceriaan dan kegembiraan itu akan berulang lagi? Adakah teman-teman yang selalu bersama kita akan sedia bersama kita lagi? Sudikah mereka itu untuk terus bergurau, ketawa dan usik-mengusik .. 

Aku merenungi diri ..

Di sinilah perlunya kita bersederhana. Tidak miliki perasaan riak, sombong dan terlalu bermegah-megah dengan apa kurniaan sementara ini. Di sinilah perlunya kita bersikap baik dengan sesiapa saja. Dalam masa yang sama berhati-hati kerana dunia sekarang ini sesungguhnya ‘sukar diramal’. Seorang kawan baik boleh berubah menjadi musuh. Begitulah sebaliknya. Apapun tak salah untuk kita miliki hati yang baik ..  terus berbaik sangka ..

p/s - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
“Setakat ini polis sudah menerima 22 laporan berhubung kes simbah asid, termasuk yang terbaru di Wangsa Maju pagi semalam.”

13 comments:

Anna Boleyn said...

huaaaaaaaaaa..lamanya dah x dtg blog ni..okay kite dah start nk bw blk. hehe :p

huh~ hana takut nak kua umah sekarang kes simbah asid ni lah. klu ley nak dok je at umah smpai isuue ni da reda.. org tu pun da kne tngkp.. tp kene g keje. nk x nk kene gak kua umah. huhu :(

ruma kuning said...

betapa tidak selamatnya dunia sekarang.........

Afida Anuar said...

Macam2 kan cikgu, kes2 kat malaysia ni... rasa nk pi jenjalan pun dah tak selamat..

Mintak Allah lindung kita semua dari niat jahat manusia...

zati embong said...

mahu salahkn siapa bl diri sendiri tidak tahu cmne nk handle perasaan sendiri.huhu

Naddia said...

umah die takde pagar ke?

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

baru boleh masuk singgah rehat kat sini :) bukan apa sebelum ni asyik si malware halau kita ja hehe.. Alhamdulillah.. boleh tumpang berteduh.. boleh?

Pertama sekali.. Selamat hari guru cikgu! Hanya Allah saja dapat membalas pengorbanan dan jasa guru.. tanpa guru siapalah kita..

berbalik pada entri, Maiza pun takut sangat dengar mcm2 kan. asid senang ja nak dapat. bila jadi mcm ni baru lah nak bendung/sekat asid ehmm.. senang ja dia simbah org kan.. tak da hati perut. klu ya pun cemburu berpada2 la.. itu mengikut hawa nafsu..

Rashid said...

Anna Boleyn
hehe .. gelak je saya anna .. terasa juga saya. sayapun lama juga tak bw. Selalu janji pada diri nak bw .. nak bw .. tapi ruang masa tu .. kadangtu sibuk semacam je. Maklumlah kerja rumah batu. hehe ..

yup. nak tak nak kita kena kuar umah jugakan. Apapun .. berhati-hati je le. Doa minta terhindar dari fitnah dan mata jahat .. hati busuk orang ..

Rashid said...

rumah kuning
a’ahh .. dunia makin marah kerana manusia makin hilang akal ..

Rashid said...

Afida Anuar
Fida ..Moga kita semua selamat dunia .. selamat akhirat .. selamat dari manusia sebegitu.

Rashid said...

zati embong
hmm hmm .. zati bila diri dibelenggu rasa sayang teramat .. maka boleh buatkan diri hilang pertimbangan .. hilang waras ..

cinta manusia bisa butakan hati ..

Rashid said...

Naddia
Itulah naddia. Rasanya gitu kot .. senang je orang ketuk pintu rumah ..

Rashid said...

MaizaC’joe
assalam ..
Maiza .. mw tu cemburu amat ..
Terima kasih ucapan ..

Maiza .. rasanya dah banyak kes gara gara cemburu .. ada kena tembak, ada kena kerat.. ada kena potong .. adoiii .. bahaya tau cemburu ni ..

mardhia yusof said...

mcm2 kes skarang ni.
yang latest, pasal simbah asid nih,
isssh. takut sy dibuatnya.
tunang byk kali pesan suh hati2.
sy sbenarnya tak brp tahu sgt flow cerita kes ni sbb time kat kolej kot.
ermm. penjahat india tuh mmg cari mangsa randomly ke atau dia dah follow/detect background mangsa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search