Followers

08 August 2011

Awas! usaha murtadkan orang Islam ..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:

“Banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam di negara ini namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan”

“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.”

“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk mempengaruhi umat Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000.00 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka.”

Dek kesusahan hidup, wanita ini cuba dipengaruhi oleh pihak gereja 


Antara pendedahan ..

Bila baca pendedahan dan kisah yang tersiar di akhbar beberapa hari ini buatkan aku terdiam sekejap. Pendedahan Mufti Perak seramai 230,000 umat Islam telah murtad pada tahun 2008 itu sungguh memilukan hati umat Islam. Itu baru satu tahun. Ia bukannya jumlah yang sedikit. Nampaknya pendekatan yang diguna pakai oleh pihak gereja begitu hebat sekali. Ia licik, penuh strategi dan penuh terancang. Ramai umat Islam telah tersungkur, terhanyut dan terjauh dari ajaran Islam.

Simpati yang dihulur bersama bantuan kewangan, belanja persekolahan dan tempat tinggal bisa meruntun hati dan pegangan segelintir umat Islam. Tanpa iman yang kuat, tergoncang pula dengan kesusahan dan keletihan hidup yang dilalui maka terbanglah keyakinan diri dan keteguhan iman.

Iman adalah mutiara di dalam hati manusia. Jika ia tak dirawati, dibaiki dan dibasuhi selalu dengan ketakwaan maka kilauannya bisa menjadi pudar.

Moga isu ini mendapat perhatian khas umat Islam terutama pihak berkuasa agama dan pemimpin-pemimpin negara. Usah hanya duk asyik berperang politik, banyak cakap,  berebutkan kuasa untuk gemukkan perut dan penuhi nafsu saja sedangkan pihak gereja senyum bangga mendoktrinisasikan agenda dalam usaha mengkristiankan umat Islam.

12 comments:

Pocket said...

yoh!!
isu ini memang la merunsingkan,
terasa takut plak ngan masa dpan,

tp bukan la nak menyangkal ker apa yer, jangan dianggap komen pocket provoke perasaan amarah memana pihak, tp...

mcm ada persoalan,
kalau sebanyak itu lah dakwa mereka orng yg dah peluk keristiyan, kita sndiri ada kenal tak memana kak limah yang dah jadi kak lemon?
takkan sekampung, setaman tak der yg kita dgr gossip? pasal pocket tak der..
nombor tu tak betul? mungkin,
pocket yang terlalu amik ringan? mungkin...

kamu sendiri, ada kenal memana yaakob yang dah jadi Jacob mcm sebikut tu?

fadhdeela said...

ya allahhh ramainyer!! mana pihak2 yg sepatutnyer bertindak???!! dunia semakin akhir zaman..masyallah!!

Meh sini: Gambar sebenar wanita menghina islam!!

annfrendly said...

Salam.. cikgu.. lamanya ann tak singgah sini... maaf.. belum lewat lagi rasanya untuk ann ucapkan selamat berpuasa :)

hmm isu ni memang tengah hangat.. kesian jugak kt ibu2 tunggal, mualaf & orang yg susah2 ni..kesusahan membuatkan iman mudah goyah bila orang tawarkan wang ringgit. Golongan macamni patut diberikan perhatian lebih.. kesian.. badan2 yang sedia ada pula byk birokrasi. macam jiran ann cerita, dia ibu tunggal & tidak bekerja, dapat bantuan dari badan XXXXX.. tapi macam2 soalan dorang tanya.. kadang2 sampai mengguris perasaan.. tapi disebabkan nak jgk bantuan tu.. dia terpaksa bersabar. sedih bila dengar cerita dia.

zati embong said...

jat baru terbaca kes murtad semalam.bnda yg senyap2 jadi skrg ni.

Rashid said...

Pocket
ermm .. sebenarnya banyak kisah nyata yang tersembunyi yang kadang tu kita tak perasan dan tau nya.. kita tak pasti akan benarnya atau tidak benarnya. Apapun sekurangnya semua umat Islam perlu buka mata terhadap kes ini.

Rasanya kes ini banyak berlaku di kawasan bandar ..

Rashid said...

FAdhdeela
Jika data ini benar ia sesungguhnya memeranjatkan ..

Rashid said...

annfrendly
Annnnnnnnn .. lama menghilang .. sampai hati ..
Apapun selamat kembali ke dunia blogger semula. Rasa kehilangan tau..

Jika benarlah birokrasi yang menyusahkan itu ia perlu dilihat dan disemak kembali. Moga pihak berkaitan buka mata ..

Rashid said...

zati embong
Jat sebenarnya kes ini dah lama. Cuma baru terbongkar dan dibongkar ..

mohamadkholid said...

kemiskinan boleh membawa manusia kufur jika tidak beriman...

mardhia yusof said...

hari tuh ada baca gak kes ni dlm metro..
sbenarnya lagi ramai dari jumlah dlm paper tuh..
tp kta tak tahu..
haiih..

sbenarnya sbb pertubuhan2 agama islam sndiri tak nak tlg..bila tak dibantu, org agama lain yg offer nk tlg..bg duit,mknn..kitab diorg..
hmmmm..
sy tak paham kenapa pertubuhan2 agama islam susah nak bagi bantuan,slalu reject je kalo org susah nak mintak bantuan..ckp kasar..
kwn sy sndiri da experienced..kesian sgt..

Rashid said...

Mohamadkholid
hmm hmm .. benar tu mohd .
Moga kita sentiasa dalam lindunganNya.

Rashid said...

Mardhia yusof
Mar .. entahle mar. Sama ada karenah birokrasi atau manusianya yang ada kat pertubuhan agama .. sama ada mereka terikat ngan sistem atau kurang caknanya .. akibatnya saudara Islam kita mudah didekati oleh agen agama lain ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search