Followers

28 September 2011

Kisah Tan Sri dan Lukisan Orang Utan

Suatu hari Tan Sri Malik mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Oleh kerana ketika itu beliau sedang sakit mata dan penglihatannya kabur, maka Tan Sri Malik mengajak setiausaha peribadinya, Salina untuk menemaninya.

Tan Sri: Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup!
Salina: Syhhhh … jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya!
Tan Sri: Oh, itu BUAYA! (Kemudian Tan Sri dibawa melihat lukisan lain)

Tan Sri: Lukisan gajah ini nampak gagah sekali. Belalainya panjang macam serunai sumbu! (Setelah dua kali ditegur kerana kerabunannya, Tan Sri cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai ke suatu sudut).

Tan Sri: Wow!!! Amazing. Lukisan Orang Utan ni begitu halus sekali garisannya. Ia seperti hidup dan bergerak-gerak pula tu!

Kali ini Salina terus ketawa terkekeh-kekeh dan berkata:
“Tan Sri .. itu kan cermin. Hmm! yang itu .. muka Tan Sri sendiri .. bukan lukisan Orang Utan! Sendiri mau ingatlah ..!!

 sekadar hiasan

Haha!!. tergelak aku baca kisah Tan Sri dan lukisan Orang Utan ini. Bagi aku ia memang lucu. Kasihan kat Tan Sri Malik tu. Gara-gara rabun, ucapannya memakan dirinya sendiri. Itulah Tan Sri ..  kan orang tua-tua selalu bagi nasihat, “bila cakap siang pandang-pandang, bila cakap malam dengar-dengar”.

Kisah ini berlaku pada Tan Sri yang rabun. Rasanya kita yang tak rabunpun selalu juga buat penilaian yang salah. Selalu ikut pandangan mata kasar. Bukan mata hati.

Kan dah jadi kebiasaan kita selalu buat salah pada pandangan dan penilaian kali pertama. Selalu tersasar dari yang benarnya. Pengalaman aku sendiri bertemu dengan beberapa orang lelaki yang bila tengok muka ganas semacam je. Macam penjahatpun ada. (Camana ek muka macam penjahat?) Ditambah pula dengan gaya dia bercakap. Agak kasar. Tapi bila dah kenal secara dekat, rupanya lelaki itu seorang yang sangat baik. Lembut orangnya. Suka gurau dan buat lawak.

Masa belajar kat UKM misalnya, aku pernah duk perhati kat seorang pelajar perempuan di library. Dia Melayu tapi wajahnya wajah cina. Memang dia cantik. Ditambah lagi dengan gaya berpakaiannya. Ikut trend masakini orang kata. Aku duk perhatinya secara curi-curi .. tapi dia selalu tunjuk muka serius semacam je.  Macam susah didekati. Tapi bila dah kenal rupanya dia baik sangat. Agak mesra orangnya. Juga agak berani. Rupa-rupanya diapun dah lama duk perhatikan aku, juga secara curi-curi .. tapi dia malu..  kan kan kan ..

p/s – Sesiapa yang suka dan ingin berkawan dengan seseorang, jangan biarkan pandangan & penilaian anda salah. Beranikan diri. Dekatilah dirinya. Tegurlah dirinya. Sapaan anda pasti dibalasnya. Ini kerana dah jadi lumrah alam, semua orang menunggu disapa terlebih dahulu ..

22 comments:

Lady Windsor said...

Saya fikir menjadi yang disapa itu lebih seronok berbanding si penyapa, namun lebih hebat juga rasanya menjadi si penyapa kerana perlu keberanian untuk menyapa individu yg x dikenali, silap kaedah, tak de response, malu saja lah. So, sebelum
'ambush' kena study dulu, tahu baca map dan selia pergerakan mangsa, ok tak? Hehe...

Afida Anuar said...

pheewitt cikgu.. he he..

a'aa..selalu nya kita ni macam tu la. Fida pun banyak kali jugak jadi macam tu. Sebelum kenal orang tu punya la judge orang tu macam2. Tapi bila dah kenal.. Allah.... kenapa baik sangat!!..

lepas beberapa kejadian, takmo dah judge orang tanpa kenali depa dulu..cheewah..

syrupmasin said...

psanan tuh best :D

NaniE said...

mm..betul. lagi2 kalau seseorang tu pemalu..memang sampai bila2la tiada komunikasi kalau dua-dua pun pemalu..hehe

ahmad humairi said...

Sedo diri.....tak ngape!

zati embong said...

kdg2 kita mmg mudah nilai org just tgk dr cara dia je.

dlu jat pun xsuka snyum.tp skrg entahlah tiap kali selisih dgn org even xkenal mudah je senyum.hihi

LadyBird said...

cikgu.. lady pernah baca kisahnya di Mestika.. cikgu peminat mestika ke?

Adylia Qarissa said...

jangan cepat membuat andaian tentang seseorang jika kita tidak mengenali mereka :)

Adinda Amy Sensei said...

cikgu....apa khabar?

Rashid said...

Lady Windsor
yup! si penyapa ibarat yang memberi .. kan lebih baik yang memberi dari yang menerima. Tapi betul gak .. kalau takde respon memang malu. alaaa buat dhekk je.

Setuju .. orang yang bijak selalunya ada strategi sebelum ia bertindak.

Rashid said...

Afida Anuar
apa pheewittt pheewittt ni fida.. (ada le tuu)

‘kenapa baik sangat!’ .. ehemmm ..
Apa yang penting kita perlu wat penilaian yang baik baik je ..

Rashid said...

syrupmasin
cuba amalkannya .. tengokle hasilnya ..

Rashid said...

Nanie
Kalau dua-dua pemalu ibarat dua-dua bisu ..
Tapi ada juga kan pasangan yang dua-duanya bisu .. hehe

Rashid said...

ahmad humairi
tu le .. kena sedo diri kan

Rashid said...

zati embong
Jat .. senyum senyum tu kena pilih tempat k .. kena pilih orang. Nanti ramai yang jatuh hati.

Rashid said...

LadyBird
a’ahh kisah tu ada kat mestika. Nak kata minat sangat tu takdele tapi suka juga baca.

Rashid said...

Adylia Qarissa
a’ahh. kan dah ramai terjadi .. andaian salah. Akhirnya ada yang berkawin.

Rashid said...

Adinda Amy Sensei
Amy .. alhamdulillah. Saya baik je .. tq ..

Liquid said...

biase la, kita kan masyarakat yg judge a book by its cover hee. tp mmg slalunya salah lah judgement kite tu uhu

princess ayu said...

setuju!..haha Tan sir tu kelakar

Rashid said...

liquid
Liquid .. sebab itu kita kena ubah. Perlu berprasangka baik bila jumpa sapa sapa.

Rashid said...

Princess ayu
hehe .. kasihan Tan Sri.
Kalaule ayu jadi setiausahanya ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search