Followers

31 October 2011

Rahsia kejayaan hidup .. 3 patah perkataan ..


Tadi sedang duk mengemas buku-buku di rak almari, terbaca aku satu catatan di buku kecil (lama sudah aku tulisnya).

Seorang wartawan muda menghadiri majlis meraikan kejayaan sebuah syarikat ternama. Di penghujungnya majlis, wartawan tersebut berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu yang juga seorang jutawan.

Wartawan tersebut bertanya:

“Datuk, boleh beritahu saya, apakah rahsia kejayaan Datuk?”
“Tiga perkataan,” jawab jutawan itu.
“Tiga perkataan? Apakah perkataan-perkataan itu Datuk?”
“Keputusan yang tepat!”

“Bagaimana Datuk boleh membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan.”
“Apakah perkataan itu Datuk?”
“Pengalaman.”

“Pengalaman? Bagaimana Datuk mendapat pengalaman?”
“Tiga  perkataan.”
“Apa tiga perkataan itu, Datuk?”
“Salah membuat keputusan!”


Yup! bila aku fikir-fikirin, ada benarnya kata-kata Datuk tersebut. Mungkin itu adalah antara rahsia kejayaan dan kekayaan bagi mereka yang telah berjaya dalam kehidupan. Mereka berani. Mereka tegas. Berani dan tegas dalam membuat keputusan. Berani juga menghadapi risiko. Risiko menghadapi kegagalan ekoran keputusan yang telah dan akan dibuat. Mereka tak takut silap. Jika silap atau tersalah langkah, mereka belajar dari kesilapan dan kesalahan tersebut. Dengan kesilapan dan kesalahan kali pertama, mereka akan pastikan untuk perolehi kejayaan pada kali kedua.

Aku teringat kata-kata tauke cina, “Jika nak menangkap ikan, tangkaplah di laut dalam. Ini kerana ikan-ikan besar ada di sana. Jangan tangkap ikan di tepi pantai kerana di sana hanya ada anak-anak ikan saja ..”

p/sTan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata: “Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal .. ”.

8 comments:

Pocket said...

nice one cikgu,
Keputusan yang tepat!

base on 'Pengalaman!'

yang established from
'Keputusan yang salah'


heheheh:) will be remembering this :)

CuteOven said...

assalam..
artikel yg cukup baik utk dihayati dan diamalkan...

lama tak singgah sini..apa khabar sir...

'to sir with love' movie yg bagus..

Kunang-Kunang said...

N3 motivasi yang sangat baik diambil iktibar dalam melakukan sesuatu yang dicitakan.

cik jue tomey said...

memglah...klu kita tgok owg yg dh ada bisnes sndiri dh kaya raya..jutawan..cm best je...tp kita tak tau cmana perih jerih diaorg nk bjaya...
bukan calang2 owg yg thn..yg cekal hati nk wat bisnes ni..mana nak tebalkan muka cari cust..nk kena tanggung kerugian..risiko kena tipu mcm2...memg respect sape yg berjaya dlm bisnes...

Rashid said...

Pocket
Pocket .. banyak maknanya ‘keputusan yang salah’ tuu ..
Pengalaman pun banyak warnanya ..

Moga kita semua berjaya dan gembira hati dengan apa jua yang kita lakukan ..

Rashid said...

cuteoven
ermm saya baik-baik je cuteoven ..
terima kasih datang ..

‘to sir with love’? rasa nak tengok je ..

Rashid said...

kunang-kunang
Moga kita semua sentiasa bermotivasi .. gagah melangkah ..

Rashid said...

cik jue tomey

Memang benar cik jue .. jalan-jalan ke taman bunga akan lebih terasa indahnya bila kita lalui onak durinya ..
p/s- teringat kisah seorang isteri yang ‘malu’ sangat nak jual aiskrim di tepi jalan sambil hayun loceng ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search