Followers

24 November 2011

“Bagitau kat cikgu .. kakak 'lawa' tu janda. Masih muda”


Jam 9.00 pagi tadi, singgah kat pasar pagi – makan nasi berlauk kat warung. Setelah mengambil sendiri lauk gulai ikan aya sama sedikit hati (makan hati?), terus pergi duduk kat meja panjang. Kemudian datang seorang kakak yang aku perhatikannya agak ‘lawa’.  ‘Lawa’ kerana dia pakai make-up. Lawa kerana pakaiannya ikut fesyen masa kini. Kakak ‘lawa’ tu datang bersama ayahnya. Dia duduk sebelah ayahnya yang betul-betul duduk mengadap aku. Depannya duduk seorang kakak lagi.  Kakak tak pakai make-up. Agak ‘simple’. Datang bersama budak lelaki kecil. Anaknya mungkin.

Sambil makan, aku baca akhbar Sinar Harian. Terdengar juga bualan kakak ‘lawa’ tu dengan kakak ‘simple’. Tapi tak masuk sangat kat telinga aku. Maklumlah aku bila baca akhbar memang fokus giler ..

Tak lama kemudian, kakak ‘lawa’ tu panggil pelayan. Nak dibayarnya. Aku tak habis  makan lagi (kunyah lama-lama. Sunnah kan ..)

“Kira semua ..” aku terdengar kakak ‘lawa’ bagitau kat pelayan.
“Banyak ni. Nak bayar semua ke?” kakak ‘simple’ bersuara.
“alaaaaaa bukannya banyak. Sejak menjak ni tuhan bagi rezeki pada kak Mah” ujar kakak ‘lawa’.

Aku yang mendengarnya senyum tanpa memandang diorang. Senyum bila kakak ‘lawa’ tu sebut perkataan rezeki.

Aku terus baca akhbar. 5 minit kemudian, aku panggil pelayan. Suruhnya kira ..

“Cikgu .. kakak tadi dah bayar”
“Uiss .. bayar? Sape bayar?”
“Tuu kak Mah tadi tu. Duduk depan cikgu tadi” ditudingnya kat kerusi yang diduduki oleh kakak ‘lawa’.
“Dia bayar? Dia tu saper tuu?”  aku rasa ingin tau.
“Kak Mah .. tauke kantin”
“Tauke kantin? Tauke kantin sekolah mana?”
“Sekolah Kubang Gaul ..”
“oooo takperlah kalau gitu”

Masa aku nak beredar, terdengar kakak ‘simple’ bersuara perlahan kat pelayan.

“Bagitau le kat cikgu tuu .. kak Mah tauke kantin tadi tuu janda. Masih muda.. “

Aku terus beredar meninggalkan warung walaupun jelas kedengaran suara kakak ‘simple’ tu ..   nakal dia ni ..

31 comments:

Anonymous said...

pewit! pewit! heehehee =)

-zara bakar- malas nak log in. xpe kan cikgu? hehe

NAZRUL AZAT said...

wuhuuuu :-)

HappyIrfa said...

hai kak mah..ada blog tak?
cer cari kat ketin skolah tu.ado dop kak mah.hehe

yen(toka ziizokukuto) said...

huhuh ngam lah tu,,cikgu dengan tauke kantin,,hehehe

Ct Aja said...

rezekiiiiiiiiiiii...hiihihihii

budak penjara said...

ape lagi..ngorat je la kakak lawa janda tu..haha

Lady Windsor said...

Hahahaha....Rashid lain kali buleh gi makan lagi situ...nanti kak mah blanje lagi!

Afida Anuar said...

ehem ehem cikgu rashid....;)

lepas ni cikgu rashid la pulak belanje dia;)

Rashid said...

Zara Bakar
owhhh gelak kat saya ek zara .
Anoy .. takper sebab sudi perkenalkan diri ..

Rashid said...

nazrul azat
hah! berkenan ke nazrul?

Rashid said...

Happyirfa
irfa .. kak mah tu mana le ada masa nak buat blog. Nak berblog. Orang bisnes tentu sibuk manjang ..

Rashid said...

yen
haha!! mandai je yen ni ..

Rashid said...

ct aja
a'ahh rezeki pagi pagi. Makan free ..

Rashid said...

budak penjara
Mana leh ngurat .. kenalpun tak ..

Rashid said...

lady Windsor
uiss lady ni .. ada-ada je ..
Saya segan le kalau org pompuan yang saya tak kenal belanja ..

Rashid said...

Afida Anuar
Tak nak .. nak belanja afida boleh? ;)

Pocket said...

hehe,ada respon la tu cikgu. sila bertindakbalas okeh:D

azahrohaizah said...

Ehmmm ok la tu,

Rashid said...

Pocket

ishh .. dia belanja ikhlas le pocket. Kakak simple tu yg lebih lebih..

Rashid said...

azahrohaizah
pe ok ok ni .. alaa saja je mengkisah kisah benar yang dilalui .. ;0

Mardhia Yusof said...

kalau sy tau ada org nak blanja..
sy mkn nasi berlauk tmbah nasi 2 kali!!
hehe..
amboii..sweet nye..
cikgu jual mahal ek?kekeke..

Aien Not Alien said...

berkenalan dulu..kalau berkenan apa salahnya.. :)

SURIA AMANDA said...

heehehehe...belanja ada makna tuh...

Rashid said...

Mardhia Yusof
teramat zalim & tamat tuuu mar .. hehe ..
Bukannya jual mahal mar .. tak kenalpun .. tak sempat nak ucap terima kasih ..

Rashid said...

Aien Not Alien
Tak nakkkkk ..

Rashid said...

suria Amanda
wah cam citer p. ramlee pula .. apa tuu .. ‘senyum ada makna tuuu ..’

Izzan Zain said...

ckgu...len kali klu makan or minum kt kdai mkn tu jengah2 lah org duduk kt depan tu...manalah tau die lah rezeki or jodoh ckgu...hehe gurau jer

LadyBird said...

cikgu.. jgnla layan kaka "lawa" tu..

Rashid said...

Izzan zain
la ala la la .. adoii ..

Rashid said...

LadyBird
lady .. tak layan. jangan risau .. (tak sangka ada yang sayang. ops!!)

Adylia Qarissa said...

janda tak per..jangan bini orang..heheeeeeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search