Jam 9.00 pagi tadi, singgah kat pasar pagi – makan nasi berlauk kat warung. Setelah mengambil sendiri lauk gulai ikan aya sama sedikit hati (makan hati?), terus pergi duduk kat meja panjang. Kemudian datang seorang kakak yang aku perhatikannya agak ‘lawa’. ‘Lawa’ kerana dia pakai make-up. Lawa kerana pakaiannya ikut fesyen masa kini. Kakak ‘lawa’ tu datang bersama ayahnya. Dia duduk sebelah ayahnya yang betul-betul duduk mengadap aku. Depannya duduk seorang kakak lagi. Kakak tak pakai make-up. Agak ‘simple’. Datang bersama budak lelaki kecil. Anaknya mungkin.
Sambil makan, aku baca akhbar Sinar Harian. Terdengar juga bualan kakak ‘lawa’ tu dengan kakak ‘simple’. Tapi tak masuk sangat kat telinga aku. Maklumlah aku bila baca akhbar memang fokus giler ..
Tak lama kemudian, kakak ‘lawa’ tu panggil pelayan. Nak dibayarnya. Aku tak habis makan lagi (kunyah lama-lama. Sunnah kan ..)
“Kira semua ..” aku terdengar kakak ‘lawa’ bagitau kat pelayan.
“Banyak ni. Nak bayar semua ke?” kakak ‘simple’ bersuara.
“alaaaaaa bukannya banyak. Sejak menjak ni tuhan bagi rezeki pada kak Mah” ujar kakak ‘lawa’.
Aku yang mendengarnya senyum tanpa memandang diorang. Senyum bila kakak ‘lawa’ tu sebut perkataan rezeki.
Aku terus baca akhbar. 5 minit kemudian, aku panggil pelayan. Suruhnya kira ..
“Cikgu .. kakak tadi dah bayar”
“Uiss .. bayar? Sape bayar?”
“Tuu kak Mah tadi tu. Duduk depan cikgu tadi” ditudingnya kat kerusi yang diduduki oleh kakak ‘lawa’.
“Dia bayar? Dia tu saper tuu?” aku rasa ingin tau.
“Kak Mah .. tauke kantin”
“Tauke kantin? Tauke kantin sekolah mana?”
“Sekolah Kubang Gaul ..”
“oooo takperlah kalau gitu”
Masa aku nak beredar, terdengar kakak ‘simple’ bersuara perlahan kat pelayan.
“Bagitau le kat cikgu tuu .. kak Mah tauke kantin tadi tuu janda. Masih muda.. “
Aku terus beredar meninggalkan warung walaupun jelas kedengaran suara kakak ‘simple’ tu .. nakal dia ni ..
32 comments:
pewit! pewit! heehehee =)
-zara bakar- malas nak log in. xpe kan cikgu? hehe
wuhuuuu :-)
hai kak mah..ada blog tak?
cer cari kat ketin skolah tu.ado dop kak mah.hehe
huhuh ngam lah tu,,cikgu dengan tauke kantin,,hehehe
rezekiiiiiiiiiiii...hiihihihii
ape lagi..ngorat je la kakak lawa janda tu..haha
Hahahaha....Rashid lain kali buleh gi makan lagi situ...nanti kak mah blanje lagi!
ehem ehem cikgu rashid....;)
lepas ni cikgu rashid la pulak belanje dia;)
Zara Bakar
owhhh gelak kat saya ek zara .
Anoy .. takper sebab sudi perkenalkan diri ..
nazrul azat
hah! berkenan ke nazrul?
Happyirfa
irfa .. kak mah tu mana le ada masa nak buat blog. Nak berblog. Orang bisnes tentu sibuk manjang ..
yen
haha!! mandai je yen ni ..
ct aja
a'ahh rezeki pagi pagi. Makan free ..
budak penjara
Mana leh ngurat .. kenalpun tak ..
lady Windsor
uiss lady ni .. ada-ada je ..
Saya segan le kalau org pompuan yang saya tak kenal belanja ..
Afida Anuar
Tak nak .. nak belanja afida boleh? ;)
hehe,ada respon la tu cikgu. sila bertindakbalas okeh:D
Ehmmm ok la tu,
Pocket
ishh .. dia belanja ikhlas le pocket. Kakak simple tu yg lebih lebih..
azahrohaizah
pe ok ok ni .. alaa saja je mengkisah kisah benar yang dilalui .. ;0
kalau sy tau ada org nak blanja..
sy mkn nasi berlauk tmbah nasi 2 kali!!
hehe..
amboii..sweet nye..
cikgu jual mahal ek?kekeke..
berkenalan dulu..kalau berkenan apa salahnya.. :)
heehehehe...belanja ada makna tuh...
Mardhia Yusof
teramat zalim & tamat tuuu mar .. hehe ..
Bukannya jual mahal mar .. tak kenalpun .. tak sempat nak ucap terima kasih ..
Aien Not Alien
Tak nakkkkk ..
suria Amanda
wah cam citer p. ramlee pula .. apa tuu .. ‘senyum ada makna tuuu ..’
ckgu...len kali klu makan or minum kt kdai mkn tu jengah2 lah org duduk kt depan tu...manalah tau die lah rezeki or jodoh ckgu...hehe gurau jer
cikgu.. jgnla layan kaka "lawa" tu..
Izzan zain
la ala la la .. adoii ..
LadyBird
lady .. tak layan. jangan risau .. (tak sangka ada yang sayang. ops!!)
janda tak per..jangan bini orang..heheeeeeeeee
HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )
ITINERAY :
DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT
DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.
DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.
DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.
SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER
BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL
Post a Comment