Followers

17 November 2011

Bola sepak Sukan SEA 2011 Malaysia kalahkan Indonesia 1-0


Jam 8.00 malam, menonton siaran langsung bola sepak Sukan SEA ke-26. Malaysia menentang Indonesia.

Tak sangka. Gol pertama Malaysia pada minit ke-20. Disumbat oleh Syahrul Azwari Ibrahim. Pemain muda. Rasanya satu tindakan dan pilihan tepat jurulatih negara yang baru saja membawa masuk Syahrul.

Melihat bola disumbat oleh pasukan bola sepak negara terasa begitu bangga sekali. Bangga dengan gol pertama Malaysia. Makin bangga apabila melihat Syahrul Azwari mencium bendera Malaysia di kiri dada bajunya sebaik saja menyumbat gol. Rasanya gaya mencium bendera ini satu gaya yang perlu diamalkan oleh semua pemain bola sepak negara. Ia satu gambaran perasaan sayang kepada negara. Patriotisme kepada negara.

Tahniah kepada semua pemain bola sepak Malaysia!
Tahniah kepada semua penyokong Malaysia!
Tahniah kerana Malaysia tetap di hati walaupun sedang berada dalam lautan merah putih Indonesia!

7 comments:

Ct Aja said...

yes!! saya syg Malaysia..hiihih

LadyBird said...

Alhamdulillah.. akhirnya :D..

Rashid said...

ct Aja
Yes!! yes!! Malaysia no 1

Rashid said...

Ladybird
lady .. byk kenangan kita dengan Indon ni. so rasa bangga sekali menang ..

The Bahiyah Rahman said...

Malaysia dah masuk final pun. yey.
harap2 dapat bawak balik pingat emas sukan sea kali ni :)
insya Allah..

Rashid said...

Bahiyah
Betul tu bahiyah. Sama-sama kita doakan Malaysia tercinta kita menang ..

LiNda said...

Salam awak ,
teruja sangat malam ini final M'sia and ind'sia .

ohya, saya suka sangat kata2 semangat yg awak tulis. minta izin copy and paste kat fb saya yaaa...

nanti saya belanja freshh orange okess ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search