Followers

Showing posts with label berita terkini. Show all posts
Showing posts with label berita terkini. Show all posts

30 January 2014

Manusia lapar dan anjing yang lapar





 Keadaan Yarmuk kini ..


Di beberapa sudut kem penduduk, tentara Assad menggantung roti untuk memancing warga yang kelaparan. Siapa yang mendekatinya akan ditembak ..  kejamnya manusia ..

“Seorang lelaki yang membunuh seekor anjing tidak menemui daging untuk dimakan pada badan anjing itu kerana anjing itu juga sedang kelaparan,” kata Ali, salah seorang penduduk Yarmuk, juga bekas student Universiti. 

“Situasi agak mendesak apabila wanita menjual tubuh kepada lelaki yang menyimpan makanan “ katanya lagi.

Dua tiga kali kenyataan dan petikan dari berita Harian hari ini aku renungi ..  begitulah nasib lebih kurang 20,000 orang pelarian di Kem Palestin Yarmuk di Damsyik. Mereka sedang kebuluran. Ramai penduduknya dilaporkan terpaksa memakan kucing, anjing dan juga keldai kerana kelaparan.

Kita di bumi Malaysia ini … 


p/s – Petang tadi aku hadir ke Majlis Kenduri perkahwinan seorang anak saudara seorang kawan. Aku renungi juadah yang terhidang … 

06 December 2013

Lelaki Bangla penjual gas cuba goda wanita Melayu di rumah ..


Duk berehat sambil tengok drama TV3, Menjinak Ombak sambil duk baca blog ‘bersama mazidul’ - bertajuk “WAJAH TAUKEH BANGLADESH TERBUKTI MENIPU PELANGGAN DI PLAZA LOW YAT DIDEDAHKAN” Selasa, Disember 03, 2013.

Sempat juga baca komen para pembaca berkenaan entri tersebut ..
Antara komen yang diberi dan agak menarik untuk direnungi bersama ialah dari hamiza hamid
baca ini: bangla semakin biadap

https://www.facebook.com/princess.fifi.athira/posts/370729323062810



Harini call beli gas ..
Setibanya di rumah ..
Gas itu dihantar oleh seorang lelaki bangla ..

Bangla gas : (selepas letak gas ) .. u duduk satu orang saja ka ..
Saya : (Dlm hati rasa lain) takla saya sudah kawin. Tggu suami balik kerja ..
Bangla gas : boleh saya tumpang tandas ..
Saya : masuk tu tandas kat dapur ( aku tercegat di pintu masuk rumah .. sbb takut skit time tu ) .
Bangla gas : ( selepas keluar dr toilet) ada air ka saya mahu minum )
Saya : rumah saya xda air.. habis, tak.masak air lagi .. (dlm hati kecil ni rasa da lain macam ) ok u kluar la balik .. gas sudah dapat, duit sudah byar ..
Bangla gas : saya punya perempuan sudah lari .. boleh saya try u satu kali saja sambil mata dan jari dia tunjuk ke bawah ku ..
Saya : u balik sekarang. u tahu suami saya polis. Kerja dekat balai bandar baru bangi.. baik u balik sekarang sebelum saya bg tahu suami ..
Bangla itu terus kluar rumah .. dan saya terus.knci pintu rumah .. 

# mmg nak call syarikat dia kerja dan buat aduan .. mmg jahat org bangla .. ni mulut saya nk.mnuduh org bangla kot yg terlibat kes rogol dan budak budak .. bukannya saya seksi .. baru balik kerja pakai jubah dan tudung pun labuh ke paras paras pusat .. siap saya mngaku saya dah kawin .. berani betul bangla ni .. lpas ni apepun jual beli melibatkan penghantaran ke rumah .. mmg xkan kasi masuk ke rumah .. bhya .. ni pun di shortkan cerita .. geram teramat sgt .. berhati hatilah pd semua wanita di luar sana .. dorg bukan kisah buruk ke cantik ke tua ke muda ke budak ke .. janji dorg dpt puaskan nafsu binatang dorg .. hish berani betul ..

Aku termenung sekejap. Perasaan berbaur marah dan sedih. Marah dan sangat meluat dengan puak-puak bangla ini (bukan semua). Sedih kerana kebanjiran puak-puak bangla yang sesetengah berperangai haiwan ini seolah-olah mereka ini bebas untuk berbuat apa saja. Malaysia ini bukan saja menjadi lubuk rezeki ekonomi mereka malah mereka juga semakin berani mencari dan memperdayakan kaum-kaum wanita. Mangsanya pula adalah lebih kepada wanita-wanita Melayu tempatan, tak kira siapapun .. tak kira statusnya. Asal dapat je.

Moga kepada semua .. khususnya anak-anak gadis dan wanita Melayu .. berhati-hatilah .. Puak-puak ini biasanya berniaga. Dan menjadi trend sekarang ini mereka berniaga dari pintu ke pintu rumah. Macam-macam barangan yang nak dijualnya. Apa yang penting jangan sesekali berikan peluang kepada puak-puak ini untuk masuk ke dalam rumah hatta ke dalam kawasan parking kereta rumah sekalipun!! Kalau diaorang datang berniaga .. pastikan ada ramai ahli keluarga atau panggil jiran-jiran untuk bersama-sama. Jika tak ada tak payah layan. (termasuk layan cakap). Tutup pintu rumah rapat-rapat. Buat tak dengar je bila dipanggil .. 

Oh ya .. jika ditanya "sorang je ke kat rumah?" Jawab je .. "Ramai .. diorang ada dalam bilik. Suami sayapun ada .." Jangan sesekali jawab, "iya sorang je @ suami saya pergi kerja @ duk tunggu suami balik kerja .."


p/s  - suka baca blog mazidul. Berani membongkar .. sedih kerana ramai wanita menjadi mangsa lelaki Nigeria dan mat-mat bangla ..



23 September 2013

Pelajar ponteng sekolah kerana faktor guru?




Adake cikgu begini sekarang ini?

Seronok baca hasil kajian terkini ini:

“Personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor terpenting dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah, menurut kajian yang dijalankan Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UM, Dr. Zahari Ishak berkata, keperibadian guru yang digemari pelajar akan meningkatkan minat serta menggalakkan golongan itu hadir ke sekolah.

"Guru memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.”

Nak komen sikit …

Bila aku amati. Memang ada benarnya. Benar bila melihat faktor guru! Sebenarnya banyak faktor lain lagi yang melingkari diri pelajar yang menjadi penyebab pelajar suka ponteng sekolah.

Apapun aku seronok juga dengan kajian ini. Aku nak ulas sikit berkenaan faktor guru garang, marah-marah dan suka membebel.

Adakah guru garang & suka marah-marah? Rasanya tak semua cikgu garang dan suka marah-marah. Memang aku akui ada cikgu yang garang. Tapi pada pandangan akule sebagai seorang cikgu, guru yang garang ini kebanyakannya garang bertempat. Mereka kadang tu terpaksa bersifat ‘garang’. Tujuan tak lain tak bukan, nak pastikan pelajar beri tumpuan dalam kelas. Beri perhatian semasa P&P berlangsung. Tak nak ada ganguan kelas. Bagi aku, kebanyakan cikgu amat kasih dan sayang kat pelajar-pelajarnya.  Aku dah lihat dan melaluinya.

Mungkinkah guru itu bersifat tegas tapi dipandang oleh ‘pelajar-pelajar bermasalah’ sebagai guru yang garang? Bagi aku, seorang guru perlu ada sifat tegas dalam diri. Tegas dalam memastikan keadaan kelas terkawal. Lihat jugale pelajar dan kelas yang diajarnya. Ada sesetengah kelas dan sebilangan pelajar tu wow bukan main ‘main-main’ lagi terutama pelajar lelaki (maaf, biasanya kelas belakang) dengan cikgu perempuan.  Boleh bawa nangis cikgu tuu ..   

Bagaimana dengan pelajar perempuan? mereka okeyke? tak ‘main-main’ ke? yup! terus-terang pelajar perempuan ada juga yang suka ‘main-main’ tapi biasanya tak ramai le dan biasanya mereka ni dapat dikawal dan dilembutkan dengan mudah. Ada caranya.

Adakah guru suka membebel? (membebel atau menasihati?) Rasanya tak sah kalau seorang cikgu tu tidak membebel terutama cikgu perempuan. Dah lumrah mereka gitu kan. hehe. Gurau jer. Pada pandangan aku le, kalau hari-hari cikgu duk membebel memang akan buatkan pelajar bosan. Panas telinga. Rasa nak keluar kelas je. Masalahnya pelajar jugale yang buatkan cikgu tu suka ‘membebel’. Suruh buat latihan tak buat atau tak siap. Suruh baca tapi balik rumah langsung tak baca. Bila ditanya tak tau hatta soalan senangpun tak tau juga pelajar tu nak jawab. Bebel le cikgu tu. Adakah bebelan cikgu tu salah? Atau mereka patut senyum? 

Berbeza dengan cikgu lelaki, cikgu lelaki biasanya tak suka membebel tapi mereka terus ‘sembur’ dengan ayat-ayat yang boleh buatkan pelajar terus diam ..  Nasihat mereka nasihat yang ‘tidak berlapik’ ..  Panas Pedas. 

Cikgu lelaki ada cara .. marah tetap marah ..  serius bila cikgu lelaki marah rasanya boleh bergegar bangunan sekolah tapi bila jumpa kat luar sekolah, macam biasa je. Cikgu dan pelajar tu okey jer. Sama-sama pakai jeans dan tshirt. Suka ajak pelajar makan, borak-borak. Suka ajak pelajar untuk temankan cikgu pergi kebun dan sebagainya. Itulah sebabnya pelajar yang bermasalah (tak kirale pelajar lelaki ke .. pelajar perempuan ke ..)  biasanya bila dah tamat sekolah, apabila berjumpa cikgu kat luar, mereka masih tegur dan tak segan untuk makan kat kedai dan berbual-bual dengan cikgunya … 
 
p/s – dunia ‘cikgu’ semakin seronok … sebab itu ramai lepasan ijazah nak jadi cikgu sekarang ni ..  beratus-ratus ribu setiap kali memohon …

Moga sesiapa saja yang nak jadi cikgu atau dah jadi cikgu ... jadilah cikgu yang "hatinya gembira dalam mendidik dan ketika bersama pelajar-pelajarnya". InsyaAllah baru seronok bila jadi cikgu!!



15 August 2013

Suami belasah isteri dalam lif



Malam tadi tengok ‘ijab dan qabul’

Saat kenalan awal … seorang lelaki menghampiri wanita …
Beri bunga ... ditolak
Beri bunga ... ditolak
Beri bunga lagi ... ditolak lagi
Tak putus asa ... terus beri bunga .. ditolak lagi
Hari berganti hari ... beri bunga ... tak dihargai
Beri bunga lagi ... dibalas dengan renungan tajam
Bunga terus diberi ... masih lagi ditolak
Bunga diberi lagi ...  
Akhirnya bunga diberi diterima dengan senyuman

Kisah ini sungguh menarik …
Mendalam sungguh maksudnya …

Namun seringkali yang berlaku hari ini …
Bila dah dapat dan hidup sekian lama bersama …
Bukan lagi bunga yang diberi tapi tumbukan, lempang dan sepak terajang …


 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search