Adake cikgu begini sekarang ini?
Seronok baca hasil kajian terkini ini:
“Personaliti atau sikap guru dikenal pasti sebagai faktor
terpenting dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah, menurut kajian yang
dijalankan Universiti Malaya (UM) dan Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Ketua
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UM, Dr. Zahari Ishak berkata,
keperibadian guru yang digemari pelajar akan meningkatkan minat serta
menggalakkan golongan itu hadir ke sekolah.
"Guru
memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar ke sekolah. Hal ini
kerana secara amnya pelajar suka berada di sekolah tetapi personaliti guru yang
garang, marah-marah, suka membebel dan teknik pengajaran membosankan
menyebabkan mereka tidak mahu ke sekolah.”
Nak komen sikit …
Bila
aku amati. Memang ada benarnya. Benar bila melihat faktor guru! Sebenarnya
banyak faktor lain lagi yang melingkari diri pelajar yang menjadi penyebab
pelajar suka ponteng sekolah.
Apapun
aku seronok juga dengan kajian ini. Aku nak ulas sikit berkenaan faktor guru
garang, marah-marah dan suka membebel.
Adakah
guru garang & suka marah-marah? Rasanya tak semua cikgu garang dan suka
marah-marah. Memang aku akui ada cikgu yang garang. Tapi pada pandangan akule
sebagai seorang cikgu, guru yang garang ini kebanyakannya garang bertempat. Mereka
kadang tu terpaksa bersifat ‘garang’. Tujuan tak lain tak bukan, nak pastikan
pelajar beri tumpuan dalam kelas. Beri perhatian semasa P&P berlangsung.
Tak nak ada ganguan kelas. Bagi aku, kebanyakan cikgu amat kasih dan sayang kat
pelajar-pelajarnya. Aku dah lihat dan
melaluinya.
Mungkinkah
guru itu bersifat tegas tapi dipandang oleh ‘pelajar-pelajar bermasalah’
sebagai guru yang garang? Bagi aku, seorang guru perlu ada sifat tegas dalam
diri. Tegas dalam memastikan keadaan kelas terkawal. Lihat jugale pelajar dan
kelas yang diajarnya. Ada sesetengah kelas dan sebilangan pelajar tu wow bukan
main ‘main-main’ lagi terutama pelajar lelaki (maaf, biasanya kelas belakang) dengan
cikgu perempuan. Boleh bawa nangis cikgu
tuu ..
Bagaimana
dengan pelajar perempuan? mereka okeyke? tak ‘main-main’ ke? yup! terus-terang
pelajar perempuan ada juga yang suka ‘main-main’ tapi biasanya tak ramai le dan
biasanya mereka ni dapat dikawal dan dilembutkan dengan mudah. Ada caranya.
Adakah
guru suka membebel? (membebel atau menasihati?) Rasanya tak sah kalau seorang
cikgu tu tidak membebel terutama cikgu perempuan. Dah lumrah mereka gitu kan. hehe.
Gurau jer. Pada pandangan aku le, kalau hari-hari cikgu duk membebel memang
akan buatkan pelajar bosan. Panas telinga. Rasa nak keluar kelas je. Masalahnya
pelajar jugale yang buatkan cikgu tu suka ‘membebel’. Suruh buat latihan tak
buat atau tak siap. Suruh baca tapi balik rumah langsung tak baca. Bila ditanya
tak tau hatta soalan senangpun tak tau juga pelajar tu nak jawab. Bebel le
cikgu tu. Adakah bebelan cikgu tu salah? Atau mereka patut senyum?
Berbeza
dengan cikgu lelaki, cikgu lelaki biasanya tak suka membebel tapi mereka terus
‘sembur’ dengan ayat-ayat yang boleh buatkan pelajar terus diam .. Nasihat mereka nasihat yang ‘tidak berlapik’
.. Panas Pedas.
Cikgu
lelaki ada cara .. marah tetap marah .. serius bila cikgu lelaki marah rasanya boleh
bergegar bangunan sekolah tapi bila jumpa kat luar sekolah, macam biasa je. Cikgu
dan pelajar tu okey jer. Sama-sama pakai jeans dan tshirt. Suka ajak pelajar
makan, borak-borak. Suka ajak pelajar untuk temankan cikgu pergi kebun dan
sebagainya. Itulah sebabnya pelajar yang bermasalah (tak kirale pelajar lelaki
ke .. pelajar perempuan ke ..) biasanya
bila dah tamat sekolah, apabila berjumpa cikgu kat luar, mereka masih tegur dan
tak segan untuk makan kat kedai dan berbual-bual dengan cikgunya …
p/s – dunia ‘cikgu’ semakin seronok …
sebab itu ramai lepasan ijazah nak jadi cikgu sekarang ni .. beratus-ratus ribu setiap kali memohon …
Moga sesiapa saja yang nak jadi cikgu atau dah jadi cikgu ... jadilah cikgu yang "hatinya gembira dalam mendidik dan ketika bersama pelajar-pelajarnya". InsyaAllah baru seronok bila jadi cikgu!!
3 comments:
masa sekolah..cikgu kelas saya merupakan guru disiplin dan sgt ditakuti seantero sekolah. Tapi, bila masuk kelas mengajar..hilang sifat kesingaan dia...sangat friendly, kelas yg sangat happening,segala amarah dia pagi tadi...macam lambat datang assembly ke, outing curi curi ker...bila masuk kelas...dia lupakan kejap yg dia adalh guru disiplin. padahal baru je pagi tadi dia merotan kitorg dgn aneka kesalahan
yup! betul tu nafisa.Itulah cikgu seadanya. Baik cikgu disiplin dan bagainya .. di hati mereka tak ada yang lain, cuma nak tengok pelajarnya berjaya dan menjadi 'manusia' ..
Marah-marah mereka marah-marah sayang ..
Mereka merotan kerana mereka terlalu sayang .. (malah ada yang merotan dengan bacaan bismillah ..)
Slm alaik.. Isu pendidikan sentiasa jadi isu hangat dunia kontemporari sekarang. Namun kajian ni rasanya terhad pada sample je.. Tdk boleh digunakan utk mengenerelisasikan keadaan seluruh Malaysia..
Post a Comment