Followers

Showing posts with label bicara hati untuk wanita. Show all posts
Showing posts with label bicara hati untuk wanita. Show all posts

20 September 2014

“Sahabatku ..


Petang tadi, aku singgah satu kedai buku. Amati buku yang terhampar di atas rak sebelah kaunter. Dalam melirik pelbagai tajuk dan judul, aku agak tertarik dengan satu ungkapan pada satu cover buku. Ungkapannya tertulis:

Kita selalu minta apa yang kita mahu.
Tuhan memberi apa yang kita perlu.

Wow!! Termenung sekejap aku dibuatnya. Sungguh indah dan mendalam sekali maksud di sebalik ungkapan kata-kata itu. Agak simple tapi sungguh bermakna sekali. Ia membuatkan aku terus berfikir. Hati terus terdetik. 

Bagi aku, ungkapan ini terasa betul kena pada diri. Mungkin juga pada orang lain. Yup! semua orang selalu meminta. Meminta kerana mengimpikan sesuatu. Bagi yang sedang melalui jalan yang buntu, pasti meminta agar diberikan pencerahan dan dipermudahkan jalan olehNya. Diberikan ketenangan hati bagi yang sedang keresahan. Bagi yang sedang sakit, pasti akan meminta agar diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik. Bagi seorang tokoh korporat, pasti meminta agar sentiasa mendapat keuntungan dan berjaya mendapat tender juta-juta. Bagi makcik kedai di tepi jalan, pasti juga meminta agar jualannya laku pada hari itu. Dan bagi seorang yang bergelar pelajar, pasti meminta agar dapat menjawab semua soalan peperiksaan dan mendapat markah tertinggi, gred ‘A’.

Begitu juga, bagi yang masih single dan mampu tentunya ada kemahuannya. Seorang lelaki sampai satu masa, tentu mahukan seorang perempuan yang dapat dijadikan isteri dan suri hatinya. Begitu juga seorang perempuan, pastinya impikan seorang suami yang dapat bersamanya, melindunginya dan setia bersama hingga ke akhir hayat. Ke mana saja pasti ingin bersama, berkongsi kisah, ceria dan juga kesedihan. Mimpikan kebahagiaan dan keindahan alam berumahtangga dan berkeluarga. Gurauan dan usik-usikan, manja-manjaan antara suami-isteri dan juga bersama gelihati melihat gaya lincah anak-anak bermain. 

Yup! Semua orang ada mahunya dan akan meminta padaNya. Meminta agar keinginan dan impiannya tercapai dan dipenuhi. Tapi bila difikir-fikir, tak semuanya apa yang mahunya itu tercapai. Mengapa ya? Adakah kerana gagalnya seseorang itu untuk bertindak? Lemahnya daya usaha dan kudrat untuk mencapai sesuatu? Atau adakah kerana faktor sudah dinasibkan untuk mendapat sekadar apa dan sebegitu rupa? Atau kerana faktor diri yang alpa, tidak peduli dan terlalu mudah percaya, berserah segalanya yang akhirnya  mengundang pelbagai masalah dan krisis? Atau kerana keyakinan dan cinta 200% yang diberi tanpa adanya sekelumit rasa curiga menyebabkan diri terpedaya, tertipu dan akhirnya dikecewakan oleh yang tersayang?

Hati aku terus berbicara lagi … 

Kita selalu minta apa yang kita mahu.
Tuhan memberi apa yang kita perlu.

Itulah sebenarnya yang berlaku. Tapi jarang untuk kita renunginya dengan mata hati. Ini menyebabkan kita sering terlepas pandang. Sesungguhnya Allah s.w.t itu sangat mengasihi hambaNya. KetentuanNya itu ada bersebabnya. Usah kita persoalkan dan berduka hati. Sedih dan kecewa andainya apa yang kita mahu itu tidak tercapai. Apa yang kita impikan. Apa segala kebahagiaan yang kita kecapi akhirnya berakhir dengan situasi yang menyedihkan. Hati yang suka dan ceria berakhir dengan rasa marah dan kecewa. Usikan dan gurauan dari yang tersayang juga sudah tiada lagi. 



sahabatku .. bangkitlah ..

Kita seharusnya sedar, ‘Tuhan memberi apa yang kita perlu’. Moga dengan kesedaran ini, diri kita tidak mudah rasa kecewa, sedih dan rasa marah, sentiasa berlinang air mata dan merasakan seakan-akan dunia ini sudah berakhir. Renungilah diri dan lihatlah hikmahNya. Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha Pengasih dan Penyayang. Allah s.w.t sangat sayang akan hambaNya yang redha dan sabar akan apa yang telah berlaku. Terima akan ketentuanNya. Apa yang pasti, sentiasalah terima segala ujian dariNya, dan anggaplah segala apa yang berlaku, segala ujian dariNya adalah kerana diri kita disayangiNya. Sesungguhnya beban yang diberiNya tidaklah akan menyebabkan kita tak terdaya untuk kita atasinya.

Kita kadangkala tak menduga, apa yang berlaku sebenarnya adalah kehendakNya. Itulah jalan terbaik sebenarnya.  Itulah jalan untuk diri tidak terus kecewa, memendam rasa dan sakit. Itulah jalan untuk diri tidak terus tertipu dan diperlakukan seolah-olah tidak adanya rasa kasih dan kasihan. Itulah jalan untuk diri berubah dan mendapat apa yang hak dan yang terbaik dalam hidup ini. Kan hari esok masih ada. Hari esok sentiasa menanti dengan senyuman. Hari esok merindui akan kamu …




Moga kita semua sentiasa diberikan kekuatan untuk terus melangkah, hati yang ceria dengan redhaNya.


06 December 2013

Lelaki Bangla penjual gas cuba goda wanita Melayu di rumah ..


Duk berehat sambil tengok drama TV3, Menjinak Ombak sambil duk baca blog ‘bersama mazidul’ - bertajuk “WAJAH TAUKEH BANGLADESH TERBUKTI MENIPU PELANGGAN DI PLAZA LOW YAT DIDEDAHKAN” Selasa, Disember 03, 2013.

Sempat juga baca komen para pembaca berkenaan entri tersebut ..
Antara komen yang diberi dan agak menarik untuk direnungi bersama ialah dari hamiza hamid
baca ini: bangla semakin biadap

https://www.facebook.com/princess.fifi.athira/posts/370729323062810



Harini call beli gas ..
Setibanya di rumah ..
Gas itu dihantar oleh seorang lelaki bangla ..

Bangla gas : (selepas letak gas ) .. u duduk satu orang saja ka ..
Saya : (Dlm hati rasa lain) takla saya sudah kawin. Tggu suami balik kerja ..
Bangla gas : boleh saya tumpang tandas ..
Saya : masuk tu tandas kat dapur ( aku tercegat di pintu masuk rumah .. sbb takut skit time tu ) .
Bangla gas : ( selepas keluar dr toilet) ada air ka saya mahu minum )
Saya : rumah saya xda air.. habis, tak.masak air lagi .. (dlm hati kecil ni rasa da lain macam ) ok u kluar la balik .. gas sudah dapat, duit sudah byar ..
Bangla gas : saya punya perempuan sudah lari .. boleh saya try u satu kali saja sambil mata dan jari dia tunjuk ke bawah ku ..
Saya : u balik sekarang. u tahu suami saya polis. Kerja dekat balai bandar baru bangi.. baik u balik sekarang sebelum saya bg tahu suami ..
Bangla itu terus kluar rumah .. dan saya terus.knci pintu rumah .. 

# mmg nak call syarikat dia kerja dan buat aduan .. mmg jahat org bangla .. ni mulut saya nk.mnuduh org bangla kot yg terlibat kes rogol dan budak budak .. bukannya saya seksi .. baru balik kerja pakai jubah dan tudung pun labuh ke paras paras pusat .. siap saya mngaku saya dah kawin .. berani betul bangla ni .. lpas ni apepun jual beli melibatkan penghantaran ke rumah .. mmg xkan kasi masuk ke rumah .. bhya .. ni pun di shortkan cerita .. geram teramat sgt .. berhati hatilah pd semua wanita di luar sana .. dorg bukan kisah buruk ke cantik ke tua ke muda ke budak ke .. janji dorg dpt puaskan nafsu binatang dorg .. hish berani betul ..

Aku termenung sekejap. Perasaan berbaur marah dan sedih. Marah dan sangat meluat dengan puak-puak bangla ini (bukan semua). Sedih kerana kebanjiran puak-puak bangla yang sesetengah berperangai haiwan ini seolah-olah mereka ini bebas untuk berbuat apa saja. Malaysia ini bukan saja menjadi lubuk rezeki ekonomi mereka malah mereka juga semakin berani mencari dan memperdayakan kaum-kaum wanita. Mangsanya pula adalah lebih kepada wanita-wanita Melayu tempatan, tak kira siapapun .. tak kira statusnya. Asal dapat je.

Moga kepada semua .. khususnya anak-anak gadis dan wanita Melayu .. berhati-hatilah .. Puak-puak ini biasanya berniaga. Dan menjadi trend sekarang ini mereka berniaga dari pintu ke pintu rumah. Macam-macam barangan yang nak dijualnya. Apa yang penting jangan sesekali berikan peluang kepada puak-puak ini untuk masuk ke dalam rumah hatta ke dalam kawasan parking kereta rumah sekalipun!! Kalau diaorang datang berniaga .. pastikan ada ramai ahli keluarga atau panggil jiran-jiran untuk bersama-sama. Jika tak ada tak payah layan. (termasuk layan cakap). Tutup pintu rumah rapat-rapat. Buat tak dengar je bila dipanggil .. 

Oh ya .. jika ditanya "sorang je ke kat rumah?" Jawab je .. "Ramai .. diorang ada dalam bilik. Suami sayapun ada .." Jangan sesekali jawab, "iya sorang je @ suami saya pergi kerja @ duk tunggu suami balik kerja .."


p/s  - suka baca blog mazidul. Berani membongkar .. sedih kerana ramai wanita menjadi mangsa lelaki Nigeria dan mat-mat bangla ..



26 February 2013

saya dah tak sayang ...



tika saat indah bersama .. (sekadar hiasan)


Tadi baca satu tajuk berita. Berita 26 Feb 2013, ‘Saya dah tak sayang’.

Aku merenungi gambar pelakon wanita itu. Merenungi wajah. Terserlah kematangan dirinya.

Lantas hati berbicara …

Senangnya untuk mengungkapkan kata ‘saya dah tak sayang’ apabila rasa ‘si dia’ dah tak diperlukan lagi. Kadang tu dikatanya ‘dah tak sefahaman, apa nak buat, lebih baik putus saja.’ Bak kata orang, bila hati dah tak suka, bila hati dah tak sayang maka apa saja tindakan dan keputusan yang dibuat pasti ke arah ‘tak nak bersama dengan dia lagi’. Dia yang sebelum ini ditatang penuh kasih sayang, penuh kemanjaan, diberi apa saja apa maunya, kini dilihat seolah-olah membebankan diri dan minda. Dilihat seolah-olah tak ada lagi guna dan pentingnya.  Seolah-olah tak ada lagi kebaikan si dia untuk diri. Oleh kerana dah tak ada gunanya lagi maka lebih baik putus saja.

Saat indah ketika bersama. Saat berkongsi rasa dan kisah. Saat susah dan senang yang dilalui bersama. Semua itu pergi dan hilang begitu saja. Itulah cinta manusia. Indahnya cinta bila hati masih sayang.  Indahnya cinta bila hati masih suka.  

Sesungguhnya cinta manusia itu ada pasang surutnya. Ada saat teruja. Ada saat duka. Oleh itu, bersyukurlah dengan cinta dan rasa sayang yang masih ada. Bersyukurlah dengan perasaan yang masih diberiNya itu. Ini kerana kita tak tau, saat dan tikanya, kemungkinan perasaan cinta dan suka itu akan diambilNya dari kita. 


10 June 2012

"Isteri saya selalu balik lewat malam .."




Jam 5.45 petang. Tengah memandu kereta - dengar radio. Dengar sembang santai antara DJ radio dengan pemanggil ..

Pemanggil : Assalamualaikum kak ..

DJ Radio: Wa’alaikumussalam .. sapa ni?

Pemanggil: Saya ni kak .. Azman.  Kak .. saya ada satu masalahlah kak. Masalah isteri saya ni. Dia ni selalu keluar rumah dan selalunya balik lewat malam .. selalunya jam 10.00 .. 11.00 malam ..

DJ Radio: ishh tu masalah tu. (gelak ..) Macamana boleh jadi begitu? Ni ada tak bagi nasihat kat isteri ni?

Pemanggil: Ada kak .. selalu bagi nasihat kat dia tapi dia tak berubah. Masih balik lewat malam .. (gelak)

DJ Radio: hah! bahaya tu (gelak)

Pemanggil: Satu lagi kak .. tentang saya kak. Sebenarnya saya juga selalu lewat balik rumah .. biasanya jam 1.00 .. 2.00 pagi kak .. (gelak)

DJ radio: aaa gitu pula ya. Ni dah dikira masalah ni .. (gelak)
Pemanggil: Ya kak. Masalah rumah .. (gelak)

Aku kerutkan dahi. Terasa pelik. Nak ketawapun ada ... Pelik bila si pemanggil (si suami) asyik gelak je semasa ceritakan masalah rumahtangganya. Bagi aku, isunya kedengaran agak serius, tentang isterinya yang selalu keluar rumah dan balik lewat malam. Tapi si pemanggil (si suami) boleh lagi gelak tuuu … ??? ..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search