Followers

Showing posts with label bercerai. Show all posts
Showing posts with label bercerai. Show all posts

26 February 2013

saya dah tak sayang ...



tika saat indah bersama .. (sekadar hiasan)


Tadi baca satu tajuk berita. Berita 26 Feb 2013, ‘Saya dah tak sayang’.

Aku merenungi gambar pelakon wanita itu. Merenungi wajah. Terserlah kematangan dirinya.

Lantas hati berbicara …

Senangnya untuk mengungkapkan kata ‘saya dah tak sayang’ apabila rasa ‘si dia’ dah tak diperlukan lagi. Kadang tu dikatanya ‘dah tak sefahaman, apa nak buat, lebih baik putus saja.’ Bak kata orang, bila hati dah tak suka, bila hati dah tak sayang maka apa saja tindakan dan keputusan yang dibuat pasti ke arah ‘tak nak bersama dengan dia lagi’. Dia yang sebelum ini ditatang penuh kasih sayang, penuh kemanjaan, diberi apa saja apa maunya, kini dilihat seolah-olah membebankan diri dan minda. Dilihat seolah-olah tak ada lagi guna dan pentingnya.  Seolah-olah tak ada lagi kebaikan si dia untuk diri. Oleh kerana dah tak ada gunanya lagi maka lebih baik putus saja.

Saat indah ketika bersama. Saat berkongsi rasa dan kisah. Saat susah dan senang yang dilalui bersama. Semua itu pergi dan hilang begitu saja. Itulah cinta manusia. Indahnya cinta bila hati masih sayang.  Indahnya cinta bila hati masih suka.  

Sesungguhnya cinta manusia itu ada pasang surutnya. Ada saat teruja. Ada saat duka. Oleh itu, bersyukurlah dengan cinta dan rasa sayang yang masih ada. Bersyukurlah dengan perasaan yang masih diberiNya itu. Ini kerana kita tak tau, saat dan tikanya, kemungkinan perasaan cinta dan suka itu akan diambilNya dari kita. 


29 December 2011

Kes perceraian meningkat .. kah kah kah ..


Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini  … 

Semasa baca laporan khas, berita terkini dan semasa itu, terus terdengar suara ketawa …

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.

kah kah kah ..

Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.

kah kah kah ..

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.

kah kah kah ..

Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta ‘kekasih gelap’, ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan.

Kah kah kah ..

Siapa yang ketawa itu?

Itulah suara syaitan. Itulah ketawa syaitan. Bukan main kuat lagi suaranya. Bukan main galak lagi ketawanya. Ia gelak. Ia ketawa. Ia menghilai. Ia sungguh gembira melihat kes pasangan Islam bercerai yang semakin meningkat saban hari saban tahun. Ketawanya itu tanda berjayanya. Ketawanya itu tanda kemenangannya ..  kemenangan meruntuhkan rumahtangga. Kemenangan memusnahkan masjid yang dibina …

Moga kita semua mempunyai kekuatan iman … 
Terhindar dari hasutan syaitan ...


p/s  - Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan. Antaranya ialah Daasim. Daasim ini duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan, menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

20 June 2011

"Syid, saya dah ceraikan isteri saya .."


Kelmarin aku pergi kem tentera. Terserempak dengan seorang kawan yang pernah aku kisahkannya dalam entri sebelum ini, bertajuk “Syid, kenapa isteri saya dah tak sukakan saya lagi?”  

Dia datang menghampiri aku. Aku lihat mukanya agak suram. Senyuman yang takde cerianya. Aku membalas senyumannya.

Aku: Camana sekarang? Kenapa lama tak hadir latihan kem?
Dia: Okey.. entahlah syid rasa takde mood le nak ikut latihan sekarang ini.

Aku: Kenapa ni? nampak lain je ..
Dia: Syid semuanya dah berakhir. Saya dah lepaskannya …

Aku: hmm hmm ..

Dia: Awal Mac saya lepaskan dia. Saya dah ceraikan isteri saya … nak buat camana syid saya dah berusaha untuk selamatkan rumahtangga tapi tak berjaya juga .. akhirnya kami jumpa tok kadi .. bercerai ..

Aku: hmm hmm ..

Dia: Saya cuba selamatkan rumahtangga demi anak yang masih kecil. Tapi dia desak juga nak bercerai. Sekarang anak dia yang jaga.

Aku: Banyakkan bersabar. Yang penting jangan terputus hubungan dengan anak tu.

Dia: Tapi syid sekarang ni bekas isteri saya tu selalu pula telefon saya. Dia bertanyakan khabar. Tanya kenapa lama tak datang tengok anak. Saya ada juga tanya dia kenapa dia tak sukakan saya  ..  Dia kata sebenarnya emak dia yang tak suka saya. Dia kata lagi, kalau dia teruskan juga bersama saya emaknya tak akan mengaku dia anak.  Kalaulah benar emaknya menjadi punca, saya tak sangka syid .. saya tengok emaknya seorang yang agak warak. Macam ustazah. Saya sedar sejak kami berkahwin dulupun emaknya dah tak sukakan saya ..

Aku: ???




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search