Followers

11 December 2010

"Syid, kenapa isteri saya dah tak sukakan saya lagi?"

Kes cerai semakin meningkat saban tahun … angkanya begitu merisaukan sekali.

Kajian Jakim tahun 2007, sebanyak 32.2% perkahwinan bagi tempoh 5 tahun pertama mengalami perceraian, 27.7% berlaku untuk tempoh 6 hingga 10 tahun pertama perkahwinan. Pada tahun 2009, dalam 135,136 perkahwinan yang didaftarkan, sebanyak 27,116 kes perceraian direkodkan dalam tempoh tersebut!

Prof Madya, Dr. Muhd Suhaimi Osman, Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UITM, berkata:

“Perkenalan suami isteri walaupun telah berlaku sejak sekian lama, ia sebenarnya tidak menjamin kesejahteraan rumah tangga yang bakal dibina. Kedua-dua pasangan perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai keadaan setelah bergelar suami isteri yang sah. Setelah tinggal sebumbung, pelbagai perkara tidak menjadi rahsia lagi. Di sinilah keadaan akan menguji sejauh mana persefahaman yang akan wujud antara kedua-dua suami isteri itu.”


Tiba-tiba aku teringat. Dua minggu lepas, aku didekati seorang kawan. Suaranya agak lemah.

“Syid, saya tak tau, kenapa isteri saya sekarang dah tak sukakan saya lagi. Dah 4 bulan kami tak tinggal bersama…”

“hmm hmm .. Camana boleh jadi macam tu? Tentu ada sebabnya..”

“Saya tak dapat pasti. Bulan puasa lalu, pernah ada panggilan kat handphone orang rumah. Masa tu jam 4 pagi. Saya angkat ..  saya dengar suara lelaki, “Sayang, belum bangun lagi. Tak bersahur ke?” Saya tak sempat bercakap, orang rumah bangun dari tidur, terus dia marah saya kerana angkat handphonenya...”

“Saya mula naik angin. Saya tanyanya .. tapi dia tak mau jawab. Saya marah sangat masa tu.”

“Ada sentuh dia .. pukul dia ke?”

“Tak. Saya tak pernah pukul dia. Sepanjang kami kahwin, tak pernah saya tampar dia sentuh dia ..”

“k ..”

“Bermula dari situlah hubungan kami renggang. Sehingga kini dia tak mau jumpa saya lagi. Dia asyik tanya saya, bila nak selesaikan semuanya. Dia kata dia dah tawar hati dengan saya. Keluarganya pun dah tak dapat buat apa-apa … ”

“Syid, orang rumah saya tu terlalu keras hati. Hitam katanya hitamlah. Putih katanya putihlah …”

“Keluarga sayapun dah tak kisah kalau saya lepaskannya. Tapi saya masih fikir .. fikirkan tentang anak. Anak baru berusia 6 bulan …”

“Maaf, ada tak selepas peristiwa itu… ada buatkan sesuatu yang buatkan orang rumah makin jauh diri. Jauh hati?”

“Iya syid. Saya mengaku. Saya pernah terkeluar kata .. ‘okey bagi saya RM25,000 kalau betul-betul nak saya lepaskan awak’. Masa tu saya hilang sabar. Saya amat marah kerana dia asyik tanya saya bila saya nak lepaskan dia … sayapun tak tau macamana saya boleh kata begitu padanya..”

“hmm hmm …”

36 comments:

Unknown said...

Saya orang bujang.jadi,saya tiada pengalaman berkahwin.. Pesanan saya,kenali dulu bakal suami dan isteri anda sebelum berkahwin dan perlu ada tolak ansur dan saling memahami dalam setiap perhubungan..

Anati Soki said...

wifey die yg gatal.. :)

hazeleyed lady said...

...situasi yang amat menyedihkan...
Hope it will turn out to be a good ending...
Sekeras2 hati wanita...tetap ada lembutnya...
...perlu bijak mencari titik halus itu...

Ain Atika Zailani said...

kesianya dia kan...isteri curang bdosa besar 2...haih...

ILA HonEyBuNNy said...

erm....peringatan untuk ila bila sudah berkhwin nanti...he2 tak tahu nak komen apa cikgu.......he2....

Bapak said...

“Sayang, belum bangun lagi. Tak bersahur ke?”

mungkin suara lelaki misteri yg menelefon handset isteri kawan Cikgu Rasyid tu petunjuk kpd sebab utama kenapa krisis ini berlaku...

apa pun didoakan ada kesudahan yang baik untuk kawan cikgu tu...

ros said...

sorry for dissapear from blog for a while..i've change my blog's url...u r welcome to view my new url :)

http://www.sick-of-being-sad.blogspot.com/

Rashid said...

Rozuan Ismail
Kenali diri dan hati budi ..
iya wan kesetiaan dan saling percayai sangat penting dalam kemudi bahtera kehidupan ..

Rashid said...

Anati soki
ermm ..

Rashid said...

Hazeleyed
Iya sama-sama kita doakan yang terbaik utk mereka ..
titik halus? bukan senang nak cari tu.. tapi demi kasih sayang dan kebahagian kena cari juga walau jauh tersembunyi ..

Rashid said...

siska
entahle siska .. saya nampak ada keberkaitan antara suami isteri ..

Rashid said...

Honeybunny
Ila, cinta sebelum kahwin memang tersangat indah. Segalanya tak nampak kurangnya .. moga cinta sebelum dan selepas kahwin akan bahagia dan indah hingga akhir hidup ..

Afida Anuar said...

salah isteri dia yang curang ni cikgu rashid.. kan? kan?

apa pun carilah pasangan yang kukuh agamanya, yang dapat sama-sama membimbing mana yang tidak betul...insyaAllah bahagia hingga ke alam syurga.

Rashid said...

Bapak
Mungkin juga .. Cuma gerak hati saya .. ada saling keberkaitan antara kedua-duanya. Ada sesuatu ..

Rashid said...

Rosnahjihah
okey najihah .. t.kasih ..

Rashid said...

Afida Anuar

Tak taule fida. Kalau dengar satu pihak begitulah .. tapi saya dapat rasakan ada sesuatu ..

Apapun hanya doa yang terbaik utk mereka. Moga kembali bertaut kasih sayang ..

aleasara said...

salam..nice topik.Sudi2lah sggh blog kite yer.Baru kite buat entri ttg tggjwb suami isteri disampaikan oleh Dato Abu Hassan din al-Hafiz.Dtg sggh ye

iniialahaku said...

pernah dengar live suami lafaz talak kat wife dia sebab kes2 mcam ni jugakla..harap kes ni jgnla jadi cam2..

sekamar rindu said...

salam....singgah kali pertama selepas membaca entri di blog ini yg abg ben tulis..


saya follow blog ini...

Asyraf said...

salam...
hmm ramainya yg bercerai skg ni, dh jd mcm satu trend plak...

pB said...

salam


makin maju dunia , makin kelam kabut kehidupan seharian kita

Shaofie said...

bagus tajuk ni. hehe. btw, jemput bagi pendapat dekat blog saye yea.

http://shaofie.blogspot.com/2010/12/kahwin-bukan-perkara-masak-masak.html

Lydia Miza said...

mungkin ada masalah dalaman antaramereka,bkn mudah semua isteri sanggup berlaku curang.

Elin said...

tak tahu nak komen ape..
kesian.. kalau masih ada jodoh, ada la tu nanti..

faizalnizam said...

cuak pula nak kawin kalau begitu keadaannya.. hurm..
perkahwinan sepatutnya sesuatu yg mulia dan kekal hingga ke ahir hayat, tp zaman sekarang, org asyik bercerai berai.

Rashid said...

aleasara
insyaAllah saya ke sana k .. aleasara jgn lupa sedia apa-apa yang patut .. mee goreng ke .. hehe

Rashid said...

iniialahaku
iya .. moga segalanya kembali tenang dan damai ..

Rashid said...

sekamar rindu
a’ahh .. saya dapat rasakan .. tentu abg ben yg bagitau blog ini ..

Rashid said...

Asyraf Kamarul
salam
asyraf .. betul tu. Artis .. bukan artis .. sama je ..

Rashid said...

pB
salam
hmm hmm dunia makin marah dengan kelakuan sebahagian dari kita ..

Rashid said...

Shaofie
insyaAllah shaofie .. nanti saya singgah sana k ..

Rashid said...

Lydia Miza
a’ahh lydia .. sayapun ada terdetik cam tu .. tentu ada something ..

Rashid said...

Liana Ryan
Liana, moga mereka masih ada jodoh .. kita doakan ..

Rashid said...

Fyzal
Janganle gitu fyzal .. semuanya terletak pada diri dan hati kita. Letakkan iman pada tempatnya .. insyaAllah ..

Mrs Nurul said...

TANX..SEKURANG KURANGNYA DA NAMPAK SIKIT KEADAANNYE CAMNE NNT HHOHOHOH

shelliey said...

nauzubillah..mintak dijauhkan..takutt..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search