Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini …
Semasa baca laporan khas, berita terkini dan semasa itu, terus terdengar suara ketawa …
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.
kah kah kah ..
Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.
kah kah kah ..
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.
kah kah kah ..
Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta ‘kekasih gelap’, ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan.
Kah kah kah ..
Siapa yang ketawa itu?
Itulah suara syaitan. Itulah ketawa syaitan. Bukan main kuat lagi suaranya. Bukan main galak lagi ketawanya. Ia gelak. Ia ketawa. Ia menghilai. Ia sungguh gembira melihat kes pasangan Islam bercerai yang semakin meningkat saban hari saban tahun. Ketawanya itu tanda berjayanya. Ketawanya itu tanda kemenangannya .. kemenangan meruntuhkan rumahtangga. Kemenangan memusnahkan masjid yang dibina …
Moga kita semua mempunyai kekuatan iman …
Terhindar dari hasutan syaitan ...
p/s - Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan. Antaranya ialah Daasim. Daasim ini duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan, menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
13 comments:
setiap pasangan yg berkahwin ingin perkahwinan berkekalan hingga kehujung nyawa..
iskhhh2 sampai hati syaitan nih
Sapa kata berkahwin tu mudah...cuba buktikan..setiap detik ada cabaran tersendiri kiri kanan atas bawah yang kalau kita tewas menepisnya...runtuhlah sebuah akad...
Nasib baik. Ingatkan cikgu rashid yang ketawa tuh.hehehe
azahrohaizah
Sedih dan amat benci bila dengar kes-kes cerai ..
Lady Windsor
hmm hmm .. setiap detik ada yang mengintainya ..
Rumah kuning
ishhh .. saya cuba simbolikkan je. Ia keinginan dan kegembiraan syaitan …
syaitan mmg nak rumahtangga org porak peranda..
jahat giler syaitan nih..
padahal die masuk neraka jugak nanti..
bila nth nak bertaubat :(..
eee..takotny..mtk2 la sume ni terhindar dari kita2 kan ? :)
Ladybird
.. memang gilerrr .. kerja dia memang giler dan menggilakan manusia ;)
acheeqa farhana
Moga kita semua dalam lindunganNya sentiasa ..
memang tiada siapa yang nak berpisah,
tapi kalau pasangan masih tak berubah,
penceraian itu adalah jalan terakhir.
Mardhia Yusof
hmm hmm .. kalau pasangan tak berubah dan teruskan ngan fiil dosa mungkin itu jalan yang baik ..
kalau nak bersabar..sampai bila nak bersabar kan?
mungkin boleh bagi peluang kedua..
tapi kalau tak berubah,hmmm..itu je la jalannye..
Post a Comment