Followers

20 June 2011

"Syid, saya dah ceraikan isteri saya .."


Kelmarin aku pergi kem tentera. Terserempak dengan seorang kawan yang pernah aku kisahkannya dalam entri sebelum ini, bertajuk “Syid, kenapa isteri saya dah tak sukakan saya lagi?”  

Dia datang menghampiri aku. Aku lihat mukanya agak suram. Senyuman yang takde cerianya. Aku membalas senyumannya.

Aku: Camana sekarang? Kenapa lama tak hadir latihan kem?
Dia: Okey.. entahlah syid rasa takde mood le nak ikut latihan sekarang ini.

Aku: Kenapa ni? nampak lain je ..
Dia: Syid semuanya dah berakhir. Saya dah lepaskannya …

Aku: hmm hmm ..

Dia: Awal Mac saya lepaskan dia. Saya dah ceraikan isteri saya … nak buat camana syid saya dah berusaha untuk selamatkan rumahtangga tapi tak berjaya juga .. akhirnya kami jumpa tok kadi .. bercerai ..

Aku: hmm hmm ..

Dia: Saya cuba selamatkan rumahtangga demi anak yang masih kecil. Tapi dia desak juga nak bercerai. Sekarang anak dia yang jaga.

Aku: Banyakkan bersabar. Yang penting jangan terputus hubungan dengan anak tu.

Dia: Tapi syid sekarang ni bekas isteri saya tu selalu pula telefon saya. Dia bertanyakan khabar. Tanya kenapa lama tak datang tengok anak. Saya ada juga tanya dia kenapa dia tak sukakan saya  ..  Dia kata sebenarnya emak dia yang tak suka saya. Dia kata lagi, kalau dia teruskan juga bersama saya emaknya tak akan mengaku dia anak.  Kalaulah benar emaknya menjadi punca, saya tak sangka syid .. saya tengok emaknya seorang yang agak warak. Macam ustazah. Saya sedar sejak kami berkahwin dulupun emaknya dah tak sukakan saya ..

Aku: ???


19 comments:

Chenta said...

Berkahwin dan punyai anak akhirnya minta cerai dari suami krn desakkan keluarga . Malang sungguh 'intitusi' keluarga ini .

Tdk terfikirkah dia tentang nasib anak yg masih kecil itu ?

Smoga ada ruang yg terbuka antara mereka semua ..

note.. hai awak, apa khabar ? masih ehem3x lagi ek .. hahaha

rindu pada fresh orange gelas besar .. rinduuu

Afida Anuar said...

hhmmmmmmmmm.........

Super Nia Hana said...

sepatutnya bila dah kawen,
wife tu totally hak husband dia

entahlah cikgu..menda mcm ni kdg kdg rmai yg tak faham or tanak fhm

Unknown said...

sedihnya...

ISMAIL BIN ALI said...

dalam post yg lepas seperti bekas isteri dia ada kekasih lain, tetapi skrg timbul kes tentangan bekas mertua. pening! :P

CikPuanWanda said...

suruh la dia rujuk alek..slow talk ngn mak mentua elok2..tnya knapa xsuka dia

Raden said...

janda die da gila talak da tuh...

Mardhia Yusof said...

issssk.
sedihnyaa.
hmmph.

mungkin ada hikmah atas apa yg terjadi.
tabah dan sabar je la.
tp kesian anak.
jadi mangsa.
anak dia brp org?

zati embong said...

agaknya kan,apalah mak dia dapat runtuhkan rumahtangga anak dia eh?

Rashid said...

Linda
a’ahh le Linda. Fenin kan .. tak tau apa penyebab sebenarnya.
Saya sekadar mendengar ..

rmm saya okey je Linda.
psstttt!! a’ahh le Linda. Masih ehem3x ehemmmmm lagi ... Apapun saya akan terus berusaha .... jodoh pertemuan anugerah rezeki semua dariNya kan kan .. apa yang perlu usaha itu mesti ada. Doa ..

yup!.. sayapun rindu juga kat fresh oren gelas besar. hehe ( rasa segar bugar terus bila teringatnya )

Rashid said...

Afida Anuar
hmmmmmm … ada je fida ni ..
Orang yang suka berfikir biasanya akan sentiasa mendahului ..

Rashid said...

Super Nia Hana
Betul tu hana .. masih ramai yang tak fahaminya. Sentiasa biarkan diri dalam dilemma.

Rashid said...

Ieda Al- Habsyi
Saat kita tawa ada yang sedang bersedih .. so bersyukurlah kita dengan nikmat tawa ..

Rashid said...

Ismail ali
Ia ismail. Memang tu le kisah darinya. Sukar nak pastikan .. kerna dari satu pihak je kita dengar ..

Rashid said...

wanda arry
Saya ada juga tanya .. dia kata wife dia baru lepas edah ..
Apapun moga kedua-duanya bahagia ..

Rashid said...

Raden
hah! giler talak? mandaiiii je naddia ni .. tapi bila dengar cara dan nada kawan sy tu bercerita macam ada juga unsur gitu. Tapi belum tau lagile .. baru lepas edah ..

Rashid said...

mardhia yusof
Mar .. begitulah kehidupan ini. Tika tawa tika sedih ..
Anak diorang baru sorang ..

Moga kita semua buka hati melihat sesuatu yang berlaku itu sentiasa ada hikmahNya ..

Rashid said...

zati embong
zati .. sukar nak percayakan. Emak biasanya tak setega itu.

Anonymous said...

Salam...Hidup berumhtangga ni mmg bnyk perlukan kesabaran. Lagi lama tempohnyer kekdg kesabaran akan pudar, jiwa akan memberontak sama ada wujudnya pihak ketiga atau tidak. Apa yg berlaku adalah rahsia peribadi mereka dan sudah tentu masing masing mahu menegakan kebenaran di pihak sendiri. Apa yg pasti, itu masalah dalaman hanya mereka yg tau. Kita hanya perlu mendgr dan bersimpati dan jgn lebih dari itu. jadi lah pendengar yang setia dan lama kelamaan kita akan tahu sebab sebenarnya.Pasti ada sbb kenapa semuanya pudar. Masing masing harus bemuhasabah diri, tapi seandainya ego tinggi ruang itu tidak akan ada dlm diri kita....senang cerita ..if its time to let it go..just let it go...dgn hormat dtg meminta biar la dgn hormat melepaskan....salam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search