Followers

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

26 February 2013

saya dah tak sayang ...



tika saat indah bersama .. (sekadar hiasan)


Tadi baca satu tajuk berita. Berita 26 Feb 2013, ‘Saya dah tak sayang’.

Aku merenungi gambar pelakon wanita itu. Merenungi wajah. Terserlah kematangan dirinya.

Lantas hati berbicara …

Senangnya untuk mengungkapkan kata ‘saya dah tak sayang’ apabila rasa ‘si dia’ dah tak diperlukan lagi. Kadang tu dikatanya ‘dah tak sefahaman, apa nak buat, lebih baik putus saja.’ Bak kata orang, bila hati dah tak suka, bila hati dah tak sayang maka apa saja tindakan dan keputusan yang dibuat pasti ke arah ‘tak nak bersama dengan dia lagi’. Dia yang sebelum ini ditatang penuh kasih sayang, penuh kemanjaan, diberi apa saja apa maunya, kini dilihat seolah-olah membebankan diri dan minda. Dilihat seolah-olah tak ada lagi guna dan pentingnya.  Seolah-olah tak ada lagi kebaikan si dia untuk diri. Oleh kerana dah tak ada gunanya lagi maka lebih baik putus saja.

Saat indah ketika bersama. Saat berkongsi rasa dan kisah. Saat susah dan senang yang dilalui bersama. Semua itu pergi dan hilang begitu saja. Itulah cinta manusia. Indahnya cinta bila hati masih sayang.  Indahnya cinta bila hati masih suka.  

Sesungguhnya cinta manusia itu ada pasang surutnya. Ada saat teruja. Ada saat duka. Oleh itu, bersyukurlah dengan cinta dan rasa sayang yang masih ada. Bersyukurlah dengan perasaan yang masih diberiNya itu. Ini kerana kita tak tau, saat dan tikanya, kemungkinan perasaan cinta dan suka itu akan diambilNya dari kita. 


14 February 2013

Shila Amzah - Pesanan Ombak Rindu. Nak komen sikit..




2 hari lepas, aku buka youtube. Tengok dan dengari suara sebak Shila Amzah – Pesanan Pada Semua & Ombak Rindu.Tadi aku buka sekali lagi.





Pelbagai reaksi dan komen telah diberi dek pembaca. Ada pro dan kontra. Bagi aku, yang ada juga ikuti sedikit kisah Shila ini, dapat rasakan ada rasa keserbasalahan di hati Shila. Perasaan yang membelenggu dirinya itu dilepaskan dengan caranya yang tersendiri. Dilepaskan dengan ‘menyanyi’ lagu Ombak Rindu kat Youtube. Rasanya tak perlu nak komen teruk-teruk pada ‘caranya’ itu. Itu mungkin cara beliau sebagai seorang penyanyi, yang sudah pastinya terbawa dengan sendirinya.  Itulah dirinya seadanya. Itulah keadaan dan realiti yang dihadapinya ketika itu. Perasaan sedih. Perasaan bersalah dengan situasi yang berlaku.

Bagi aku, tak perlu dan tak ada gunanya untuk kita turut mengambil bahagian ‘kutuk’ cara beliau. Alangkah baiknya untuk kita doakan dan berikan semangat untuk beliau agar kuat dan tabah menghadapi apa jua masalahnya itu. Moga beliau merenungi setiap masalah yang mendatangi diri dengan perasaan yang tenang.

Sesungguhnya …

“Setiap masalah dan kesukaran yang dihadapi sebenarnya adalah peluang dan ruang untuk kita memperbaiki keadaan. Ia adalah tanda kasih dan sayang dariNya, dengan memberikan kita satu perjalanan dan pengalaman yang lebih hebat. Apabila satu pintu tertutup, pasti ada pintu lain yang akan terbuka. Malah pintu itu mungkin lebih 'indah' dengan jalan masuknya penuh dengan bunga-bungaan yang segar dan harum mewangi ... ”

Tadi terklik youtube kat bawah … 





Adakah ini satu ajukan dari youtube Shila Amzah – Pesanan Pada Semua & Ombak Rindu. Satu ejekan ..


Maaf, aku tak pelik dengan ‘cara’ Shila sebaliknya pelik dengan manusia Parody begini (sekiranya benar ia satu ajukan dan ejekan …)




25 September 2011

sedap mata memandang, indah telinga mendengar

Tadi tengok jap drama bersiri kat tv, Stanza cinta .. 

Tertarik dengan satu petikan bicara pelakonnya, Aaron Aziz:
“Orang kaya yang bersedekah lebih mulia daripada orang miskin yang bertakwa ..”

Orang kaya yang bersedekah atau orang miskin yang bertakwa?. Memang bila mendengar sepintas lalu, lebih memihak kepada orang miskin yang bertakwa. Tapi bila diamati dan direnung-renungkan rupanya lebih mulia orang kaya yang bersedekah .. kerana mereka bukan setakat buat amal untuk diri tapi juga untuk orang lain. Manakala orang miskin yang bertakwa itu hanya buat amal untuk dirinya saja.

Rumusan yang diberi oleh pelakonnya, Aaron Aziz, “Nak jadi orang kaya yang bersedekah dan bertakwa ..”

wah! kan hebat kata-kata sebegitu.  Sepatutnya lebih banyak lagi kisah drama sebegini ditayangkan kat tv. Banyak pengajarannya.

Terus-terang sejak kebelakangan ini, aku lihat sudah banyak kisah drama bersiri kat tv yang tersentuh dek hati, sedap mata memandang dan indah telinga mendengar. Lihatlah juga drama tahajjud cinta, nur kasih dan kisah Norman hakim berkahwin dua tapi meninggal dunia akibat serangan jantung (lupa tajuk dramanya tapi ia best sangat)

Sejuk hati bila mendengar kata-kata dan ucapan dari pelakon-pelakonnya. Sejuk kerana ada unsur-unsur keagamaan dan dakwah di baliknya.

Bukan setakat hati, mata juga tenang je melihat wajah-wajah pelakon yang mengenakan tudung ini  .. makin terserlah keayuan ..

Ikhlas pada pandangan aku .. mereka nampak lebih matang dan tenang bila bertudung … 



01 June 2011

Salih Yaacob kahwin 4 Owwhh!!

“Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar  .. “ kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.


Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.


Wah!! tabik spring kat Abg Salih Yaacob. Tak semua yang mau. Tak semua yang mampu. Tak semua yang dapat terima hakikat itu semua.

Ada yang setia hanya pada yang satu. Tak terlintaspun nak tambah 2 apatah lagi 3 .. 4 ..  

Ada yang masih mencari-cari. Bukannya nak ramai. Nak ‘satu je’ tapi tak jumpa-jumpa juga. Apakan daya. Usaha dah ada tapi jodoh je belum ada. Ada-ada saja.

Kata Abg Salih Yaacob lagi …

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan.."

Terus terang aku masih tertanya-tanya tentang kehebatan Salih Yaacob..  dan masih tertanya-tanya apa agaknya pandangan kaum hawa bila baca kisah abg Salih Yaacob ini. Senyumkah mereka? Terdiamkah mereka? Marahkah mereka? Menyampahkah mereka? atau jauh di dalam hati .. "Tak salah. Janji mampu .. ",  "Dah jodoh .. terima aje le", "Kalau dah cinta, nak buat camana. Kena terima semua tu. Nombor empat .. empatlah."

Atau mungkin ada kata, "kalau nombor 2 tu okey lagi .. ini nombor 4. adoii .."




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search