Followers

31 March 2009

3 cara bila kita berkawan

sekadar hiasan..

Jam 9.30 malam. Aku borak-borak dengan seorang pak cik. Aku bahasakan dirinya Wak. Wak ni berasal dari Indonesia dan kini bekerja sebagai pemandu kereta sewa.

Dari segi penampilan dan raut muka, aku agak Wak ini dah berumur orangnya. Sekitar 50-an. Peramah orangnya. Suka bercerita dan aku pula suka mendengar cerita. Aku suka bila dengar cerita dari orang-orang tua seperti Wak. Banyak pengalamannya.

Dalam asyik duk borak tu, aku tertarik dengan nasihatnya tentang cara berkawan.

“Cikgu, ada 3 cara bila kita berkawan. Pertama, berkawan separuh jalan. Kedua, berkawan setakat sampai di depan rumah saja. Dan ketiga, berkawan sampai dalam rumah...”

“Apa maksud wak?” Aku makin ingin tau. Lain je bunyinya.

“Bila kita berkawan kena tengok siapa kawan itu. Ada kawan yang hanya boleh dibuat sekadar separuh jalan saja. Mungkin kawan kat kedai makan saja. Selepas itu habislah.”

“Kedua, berkawan sampai di hadapan rumah saja. Kawan jenis ini hanya boleh di bawa bincang sampai di hadapan rumah kita saja. Walaupun kita dah mula kenal dia. Tapi jangan terus dibawa masuk dalam rumah. Bahaya tau…”

“Ketiga, kawan sampai dalam rumah. Kawan jenis ini bila kita dah kenal. Kita dah yakin dan percaya dengannya. Kawan jenis ini kita boleh bawa dia sampai dalam rumah kita. Kawan jenis inilah yang kita nak…”

“ooo itu maksud wak” Aku tersenyum. Tercuit dengan nasihatnya.

“Iya, wak dah lalui banyak pengalaman berkawan ini. Pernah satu ketika, ada seorang kawan. Nampak alim je. Pakai songkok. Tapi bila dibawa masuk rumah. Habis barang dicurinya.”

“Sekarang ini cikgu, kita kena hati-hati bila berkawan. Ada banyak jenis kawan ni. Sukar kita nak kenalpasti yang boleh kita jadikan kawan dan sebaliknya. Oleh itu, itulah 3 cara bila kita berkawan. Ingat tu..”

44 comments:

Kak Jie Jie said...

kita pun tak pasti, kita menjadi kawan yang macamana pada pandangan orang lain. Betul tak?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

yg kita nak tu la yg payah nak jumpa.. satu dlm seribu... kena selongkar betul2 baru kita akan jumpa kawan yg sebenarnya.

Anonymous said...

Time sesuai nak kenal kawan, ms belajar la... coz kite akan idup dgn dia dlm ms yg agak lama kan... mybe 2 3 or 5 tahun...during that time, kite leh kenal dia cmne...baik, xbaik or something... fikir2kan... selamat beramal...hehe

ILA said...

Hmmm..so interesting...
So mcm mana nak mgenali golongan2 mgikut ketegori tersebut ye??

mgikut kefahaman ila,di sebalik nasihat dari wak tu, ada makna lain terserlah..
Dlm konsep persahabatan perlu ada kejujuran.Tak semua sahabat yg baru di kenali harus mengetahui siapa diri kita,keluarga,tempat tinggal dsb.

Hmmm..apatah lagi di alam maya ni;)
haruslah lebih berhati2..hehe

psstt..cikgu,kirim salam kat wak tu ye..ckap dgn dia orang jowo banting kirim salam:D

Rashid said...

salam kak jie jie,
Yup! kita tak tau apa pandangan org lain tentang kita. Moga kita dipandang baik-baik je sebabnya kitakan orang baik-baik. Betultak?.. hehe.

Rashid said...

Nur,
Bukan senang nak cari mutiara yang ori dan bernilai kan? kena terjun dasar laut.. kena pandai berenang, pandai scuba, pandai menyelam.. adehhh bukan senangkan.

Rashid said...

Maza's
Iya.. itu satu cara yang baik. Masa belajar kita bersama agak lama. Begitu juga masa bekerja.. Cuma kita perlu dekati dan bersama dalam erti kata saling mengenali. Kalau tak susah jugakan..

Rashid said...

Ila,
Saya seronok ngan pandangan ila. Soal kejujuran. Memang itu yang utama dalam berkawan. Jujur dan ikhlas pada diri dan kawan-kawan.

Kawan yang baik biasanya lebih memberi daripada menerima.. dan tak pernah berharap akan balasan.

Ila, amboiiiiiiiiiiii.. org jawo kirim salam pada orang jawo.. hehe. Pasti tersenyum lebar wak tu nanti jika saya sampaikan salam ila..

InsyaAllah saya sampaikan..

Marzalina said...

ya lah cikgu, betul kata wak tu..intan pun setuju, kita kena mengenali dulu kawan kita tu sebelum mengajak dia sampai ke rumah..zaman sekarang kan mcm2 jenis kawan yg ada...dan sukar sekali nak tafsirkan kawan yg jenis mcm mana..apapun kena berhati hati..takut kawan makan kawan..tapi kalau kawan yg baik, sejati..kita akan kenang sampai mati. saya suka kawan ngan cikgu hehe.

Wawa_Nadwa said...

Sekarang susah nk carik kawan yg bleh buat kawan.
Byk noo kawan yg makan kawan, kawan tikam dari belakang.
Mase susah je ade, mase senang tak nampak batang idong.

Byk sgt manusia yg pkai topeng skrng, nmpk cam baik tapi.. tettt!

Kena la hati2..
=)

DUN Behrang 2020 said...

Kawan mmg ramai...tp sahabat sejati yg susah dicari...kawan yg ke 3 tu la sahabat sejati...kita akan dapat rasa kalau kita juga sahabat sejati kepadanya...nk tahu camne...tonton citer hindustan...dlm tu byk contoh sahabat sejati....layanzzzz!

errul_ramli @ MH said...

betul3!

ILA said...

"Kawan yang baik biasanya lebih memberi daripada menerima.."

Hmm..toche cikgu,
Saya Kerat ayat ni utk di lekatkan dlm blog yeakkk;)

Kalau tak keberatan,ambik ler pic wak tu..hehe:p

larikkkkkkkk!!!

sakurasa 2 said...

Cikgu Rashid

"Bila kita berkawan ....
kita perlu berhati2...
kalau boleh
kita berkawan dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah...
agaknya teman ini...
teman yang no3 kot..
he he he

Rashid said...

Marzalina,

'kawan makan kawan?' eee ngerinya. Masih adake org makan org intan?. hehe. Betul intan.. moga kita dianugerahi kawan yang baik-baik..

Suka kawan ngan saya? t.kasih intan.
Saya juga berterima kasih ngan intan kerna sudi jadi kawan saya.

Rashid said...

Wawa,
yake ni. ermm bunyi macam wawa dah ramai jumpa kawan jenis 'makan orang' & 'tikam belakang'.. Naper le dia orang tu suka makan & tikam orang.. ishh. dushh dorang tu!!

Wawa, saya tak suka pakai topeng. Tak macho. Tak nampak idung. Tapi masa kecik-kecik dulu suka juga pakai..topeng zORRO. (angan-angan jd Zorro)..

Wawa, hati-hati..

Rashid said...

DUNBehrang2020,
wahh.. tepat sekali. Dalam film hindi banyak citer tentang sahabat sejati. hehe. yess!!!! suka. Dlm film tu kerna sayangkan sahabat..sanggup berkorban apa saja.. nyawa..kekasih.. (tak sanggup akuuu!!)

Rashid said...

eRRuL AspHyxiAteD,
T.kasih errul..

Rashid said...

Ila,
ermm ambik je. ala ayat bese je tu ila.. ila ni macam-macam..

Ila, ambik gambar wak yang macho tu ke? eee nanti lah kalau sy jumpa dia lagi.

Ila pasti takkan lari punya!! (tak sabar bila nak jumpa wak lagi ni..)

pssttt jgn jatuh hati pd wak tu dah .. hehe

Rashid said...

Sakura,
Betul tu sakura. Kawan yang tak pandai berpura-pura. Berani tegur apa yg salah.. dan tegakkan apa yg betul.

Kawan yg rela melihat kita menangis demi kebaikan kita berbanding suka melihat kita ketawa walaupun tak baik utk diri kita..

cheryna zamrinor said...

bukan senang nak jumpa kawan yang kita boleh percaya....kadang2 org yg paling kita tak suka itulah kawan baik kita:D

Ajwin Ajeera said...

ye2.
sy igt cikgu..

nurul aziyana said...

blh x sy amik post ni nk masukkan dlm entry sy sbb sy ader criter pasl kawan jugk..nnt i buat citation urs

eiza in the house.. said...

bernasnya nasihat wak tu..menjadi igatan selalu..:)

Rashid said...

cHeRyNa PiReS ,
wah saya suka.. memang dah banyak berlaku seperti itu. Orang yang kita tak berapa suka.. rupanya begitu baik dan sayang sekali pada kita. Sentiasa take care.. Lama-lama benci bertukar sayang..

haahahhh baru tau tingginya langit dan dalamnya lautan.

Rashid said...

hi ajwin ajeera,
ingat ek.. hehe.

Terlintas, ramai orang ingat-ingat lupa..lupa kemudian baru ingat. Takper. Kan 'Melayu Takkan Lupa'. Jangan ilang ingatan dah. pushh pushh minta dijauhi..

Rashid said...

salam nurul aziyana,
ermm boleh saja aziyana. Saya izinkan utk aziyana. Malah saya suka dan berterima kasih.. suka kerna berlaku perkongsian ilmu..

Rashid said...

Eiza,
Yup! eiza.
Wak tu orang lama. Biasalakan orang lama yang minum susu lebih awal dari kita.. (yake wak ni minum susu ek?.. wak maaf jika salah!!! )

Signorina Syima said...

cikgu, zaman sekarang susah nak cari kawan yg boleh bwk sampai umah tanpa niat jahat.

kita harus berhati-hati... kadang2 kawan yg berperawakan baik ini indah kabar dari rupa...

Unknown said...

Salam Rashid.

Itulah dunia. Kita menilai orang dan orang akan menilai kita.

Dalam bab ni uncle mengaku yang uncle lemah. Selalu kena tipu.

Rashid said...

syima,
iya syima.. moga kita semua dalam lindunganNya - mendapat kawan-kawan yang baik.. itulah saja doa kita syima. Kita hanya merancang kerana semuanya di luar kawalan kita.

suka merenung diri..

Rashid said...

Uncle mountdweller,
Salam uncle. Kita semua insan yang lemah uncle. Moga apa yang kita lalui sentiasa menyedarkan kita..

Teringat pepatah lama-lama, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali"..

Naper ek buat baik berpada-pada?..

Unknown said...

Salam lagi Rashid.

buat baik berpada-pada?..
Maksudnya buat baik pun janganlah terlampau nanti kepala dipijak orang!

Walau pun kebaikan buatlah sekadar patut dan hindarkan perbuatan jahat.

Ada Dalina said...

Ya, saya sokong sgt dgn Wak tu...
huhu...kawan jua boleh menjd lawan kalo x kena gayanya...

kuIna said...

berkawan biar berjuta beratus ribu
tp berpada2...

cik iman said...

erm..kawan ke3 tu...erm..igtkan wat suami/isteri trus...hehehe..")

starlight said...

la..encik rashid ni seorang guru ker...wah..suke sgt bce dialog pasal wak tuu..sume yg wak beritahu betul..yerlah sekarang susah nk judge org tuu...tgk baik kat luar tp kat dlm..mane kite nak tahu..ntah ade niat baik@ niat buruk...

Rashid said...

Uncle Mountdweller,
ermm terima kasih. Saya masih terfikir kenapa kita perlu buat baik berpada-pada.. kan bagus tu.

Atau mungkinkah maksudnya jangan terlalu baik sehingga terserlah kelemahan yang mungkin akan dieksploitasi & diperkotak-katikkan oleh si pemangsa.. hehe..

Rashid said...

Ada ayrissa,
Alangkah ruginya kan jika kawan bertukar jadi lawan.. kan baik jika lawan bertukar jadi kawan...

Dunia semakin indah dengan adanya kawan-kawan..

Rashid said...

Kulna,
betul tu..Teringat kata Dr Fadzilah Kamsah..berkawanlah seramai mungkin 'tanpa kasta'..

Dan saya teringat juga kata salah sorang Professor (nada gurau) - "berkawan biar seribu..berkasih biar satu satu.. satu satu.. hehe (marah pelajar pompuan masa tu..)

Rashid said...

nurul iman,
hehe. boleh jugakan.. terus wat suami / isteri. haahhaa..
pssttt!!!! naper nurul iman tetiba terlintas kat idea tu.. ni tentu ada apa-apa ni.. bila tuuu? jgn lupa bagitau saya ..

Rashid said...

Bee,
Iya saya seorang al-mu'allim (guru) bee.

Wak orang lama bee. So nasihatnya ada benarnya. Moga hati baik akan dapat kawan baik. Moga keikhlasan berbalas ngan keikhlasan jua..

NaniRostam said...

Terus terang saya katakan yang sahabat baik saya sekarang hanyalah suami, anak-anak dan adik saya.Kalau nak mengadu dan bersembang cuma dengan mereka ni sahaja.

Dengan kawan ni bukan senang nak tahu hati budi dia orang. Nak mengadu kekurangan kita, risau nanti dia pandang rendah pada kita lalu menjauhkan diri dari kita pula. Nak bercerita kejayaan kita nanti dia pulak rasa cemburu atau iri hati.

Tambah pula kesibukan saya mengurus rumahtangga, perniagaan kecil-kecilan dan anak-anak, menyebabkan saya langsung tiada masa untuk berkawan.Kawan gitu-gitu je lah sembang bila terserempak kat mana-mana. Nak adakan sebarang aktiviti dengan kawan-kawan memang tak pernah ada masa.

Pernah dulu, saya ada group kawan-kawan pergi breakfast sama-sama, pergi high tea sama-sama namun semua tu mengekang masa saya untuk urusan suami dan anak-anak yang ramai tu.

Bagi saya orang lelaki lebih banyak masa untuk berkawan berbanding dengan orang perempuan.

Anonymous said...

sy ade kawan mulanya bahasakan diri 'kita' 'awak' je..tp tak lme, hnye sebab sy rosakkn tudung dy.dy da bertukar sifat yg ta elok..dy da hilang rse hormat pd sy sbgai seorang kwn. dy maki sesuka hatinya dn sy diamkan diri dan ganti tudung tu blk..tak sgka ya..org yg berhati lembut mcm tu bole bertukar rupa hnye sbb tudung yg bodoh tu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search