Followers

16 June 2008

"Lelaki seorang budak yang takut..."

Gelihati dan tersenyum aku membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang Pakar Psikoterapi. Pakar Psikoterapi tersebut bertanyakan soalan kepada seorang wanita:

Bilakah anda berasa selamat membuka hati anda kepada seorang lelaki?

Bagi ramai wanita, jawapannya ialah: “Ketika saya berasa disayangi”.

Mengikut pakar itu lagi, sama seperti wanita, seorang lelakipun begitu! Sekiranya anda mencintai dan menghargai lelaki yang baik, maka dia akan berasa lebih selamat dan lebih terbuka hati untuk menyayangi anda.

Pakar tersebut menjelaskan lagi, dengan menggunakan pengetahuan ini bermakna sentiasa mengingati bahawa pada setiap lelaki yang anda suka dan ingin dampingi, tersembunyi seorang budak yang takut, seperti anda, takut ditolak persahabatan dan perhubungan. Jangan sekali-kali mengecilkan diri dan menyakitinya, sama ada dengan berlagak tidak wajar kepadanya, mempersendakan kata-katanya atau sesuatu yang dia tidak berjaya lakukan dengan baik. Mungkin dia tidak bercakap mengenai perasaannya, tetapi percayalah, dia tidak akan melupakan segala perbuatan anda terhadap dirinya.

Justeru itu, janganlah takut pada lelaki, sebaliknya lihatlah mereka dengan pandangan yang sensitif, terhadap perasaan mereka dan menyedari mereka perlukan kasih sayang sepertimana anda perlukannya daripada mereka.

Anda akan berasa lebih lega dan tenang bersama lelaki apabila mengetahui dan mengingati keperluan emosi lelaki sama seperti seorang wanita. Percayalah, sekiranya anda memperlihatkan bahawa anda tidak menilainya sebagai lelaki kuno tanpa perasaan, lebih cepat dia membuka hatinya kepada anda dan akan memberikan anda peluang berkongsi hidup dengannya.

Aku tersenyum lagi. Senyum memikirkan rangkap kata Pakar Psikoterapi tersebut:

“lelaki seorang budak yang takut...” Betulke????

2 comments:

TauruzMama said...

Salam..
Tauruz suka baca en3 ni..
like this blog..
will add u'r link k..

Rashid said...

Salam jua untuk Tauruz, sama-sama kita mengikat silatulrahim sbg rakan blogger.
Izinkan saya membuat pautan jua. tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search