Followers

09 June 2008

Wanita Malaysia Perokok Tertinggi di ASEAN?


Terkejut juga aku bila baca Berita Harian kelmarin – keluaran 7 Jun 2008, hlm. 25 - bahawa beliau wanita yang merokok di negara kita ini semakin meningkat. Dilaporkan bahawa tabiat kurang sihat ini sudah diamalkan sejak mereka berusia awal 13 tahun lagi.

Penyiasat Penilaian Dasar Kawalan Tembakau Antarabangsa (ITC) bagi Malaysia, Dr. Maizurah Omar berkata kajian yang dijalankan menunjukkan 8% wanita muda berusia antara 13 hingga 25 tahun adalah perokok tegar, manakala 40% adalah rokok pasif (bukan perokok tapi terdedah kepada risiko asap rokok).

Kajian terhadap 3,000 perokok wanita oleh USM juga menunjukkan 19% remaja perempuan dan wanita muda di Malaysia pernah mencuba merokok.

Lebih membimbangkan lagi, kajian tersebut juga melaporkan bahawa wanita Malaysia adalah perokok yang paling tinggi sekali iaitu 11.2% berbanding golongan wanita di negara ASEAN yang lain. Singapura dan Filipina (8.8%), Thailand dan Myanmar (5%), Vietnam (1.9%), Kemboja (1.0%) serta Laos (0.8%).

Wah!!! Perangkaan ini mengejutkan dan sekaligus menyedihkan!!!!! Malaysia glamour dengan kaum wanita dan perempuannya adalah kaki rokok!!!

Mengapakah remaja dan wanita Malaysia kita kini semakin ramai yang merokok? Adakah kerana mereka terpengaruh dengan kenalan lelaki mereka yang kebanyakannya adalah penagih rokok? Atau puncanya disebabkan kawalan ibu bapa yang semakin longgar ke atas mereka. Lepas bebas seperti burung ke mana jua? Atau kerana pengaruh media yang sememangnya terlalu taksub dengan program barat? Atau kerana lalainya mereka dengan seruan dan ajaran agama Islam itu sendiri?

Kita bimbang jika keadaan ini tidak dikawal jumlah remaja & wanita yang merokok kemungkinan besar akan mengatasi lelaki suatu hari nanti. Dan jika tidak dikawal atau diberi suntikan kesedaran, kita bimbang apakah nasib yang akan diterima oleh negara dan generasi kita yang akan datang? Generasi yang lahir dari wanita kaki rokok?

Ahhhh!!!!! Sukar untuk aku bayangkan...

Aku sangat berharap mulai 1 Julai ini, amaran bergambar mengenai bahaya merokok yang meliputi 40% bahagian depan dan 60% bahagian belakang yang dicetak pada setiap rokok dapat memberi impak yang baik. Ini penting demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Bicara tentang nasib dunia kini… Terlintas aku pada satu poster yang terpampang di satu sudut pejabat, “SENYUMLAH, DUNIA AKAN SENYUM PADA ANDA!”

p/s - aku sebenarnya sedih, bimbang & takut kerana DUNIA KINI SEDANG MENANGIS...

7 comments:

zura lias said...

nasib baik sy bukan perokok..so,sy x termasuk dlm survey nie kan..tp patut2 laki pun dh leh berenti isap rokok..bahaya utk kesihatan..:D

Rashid said...

Saya setuju 110% pandangan zura. Tak ada faedahnya isap rokokni. Duit keluar penyakit masuk. Nak kata rokok boleh mendatangkan idea tak jumpa lagi dalam kajian. Apa yang jelas ulamapun dah larang tapi apakan daya si perokok ni dah kemaruk ketagih...

kakLuna said...

mmg pun...kat penang tu selalu nmpk bdk2 ppuan isap rokok...berkepul2 asap dorg hembus kat org lalu lalang..mcm x de apa je....

kerdipanbintang said...

yake, kakluna? alahai apa dah jadi belia bangsa kita ni...tentu pelajar melayu kan?

diya said...

erk, biar betik! tapi, skang ni dh biasa sgt nampak pempuan hisap rokok. depan2 orang ramai pun ada. konon mcm up to date lah agaknya. hampes.

p/s-nanti diya link kan bro rashid gaks ;)

ijad said...

salam... apa khabar..

kerdipanbintang said...

Salam diya. itulah satu kejayaan agenda negara luar yang sentiasa cuba mencandukan belia timur kita ni.

kpd Ijad..salam masjid. saya okey alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search