Aku tertarik dengan satu artikel oleh Dr. Abdullah & Ainon berkenaan kekuatan dua patah perkataan iaitu ‘terima kasih’. Berikut petikan yang aku rasa menarik untuk kita renungkan bersama. Pujian yang paling berkesan ialah pujian yang kita beri ke atas perkara-perkara yang kecil, kerana ia membuktikan kita memerhatikan semua kebaikan dan sumbangan orang yang kita kasihi. Kebanyakan daripada kita tidak berpeluang melakukan perkara-perkara besar. Jika pujian hanya diberi kepada perkara-perkara besar, kita tidak berpeluang memberi atau mendapat sebarang pujian dan pengiktirafan.
Kajian menunjukkan pujian yang paling berkesan hanya terdiri daripada dua patah perkataan, iaitu ’terima kasih’. Kata-kata ini didahagai oleh semua orang di sekitar kita, termasuk kita sendiri. Walau bagaimanapun, di kalangan orang-orang Melayu, ucapan terima kasih diberi atau diucapkan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja.
Ucapan 'Terima Kasih' tidak selalu diucapkan kepada orang-orang yang kita kasihi dan mengasihi kita iaitu suami, isteri dan kaum keluarga kita. Mengapakah keadaan ini berlaku?
Antara sebabnya ialah;
1. Budaya Melayu tidak menganggap orang-orang yang tidak mengucapkan terima kasih kepada kaum keluarga sebagai orang-orang yang biadab. Sebaliknya orang-orang yang tidak mengucapkan teirma kasih kepada orang-orang lain kita anggap biadab dan tidak tahu mengenang budi.
Sebenarnya kita paling banyak terhutang budi kepada orang-orang yang rapat dengan kita; suami, isteri, ibu bapa, adik beradik dan keluarga rapat. Merekalah orang yang lebih berhak menerima ucapan terima kasih daripada kita. Kalau adapun kita beri, itu hanyalah sekali-sekala saja.
2. Kita beranggapan terima kasih tidak perlu diucapkan kepada orang-orang yang rapat dengan kita. Mereka tentu faham bahawa di hati kita, memang kita berterima kasih.
3. Dalam budaya Melayu, kata-kata terima kasih adalah sebahagian daripada budi bahasa rasmi. Oleh itu ia kita ucapkan untuk peristiwa-peristiwa rasmi sahaja.
Moral dari artikel ini ialah;
Marilah kita mempraktikkan ucapan terima kasih kepada sesiapa saja terutamanya pada saat kita menerima budinya.
Percayalah, mula-mula memang kita akan berasa kekok mengucapkannya. Perkara baru memang mengejutkan. Tapi percayalah dunia akan menjadi lebih indah jika kita semua mempraktikkan ucapan terima kasih ini.
p/s – terima kasih kerana sudi membaca catatan ini. Sama-samalah kita mempraktikkannya demi menjadikan dunia ini lebih indah.
4 comments:
Salam,
Terima kasih... mudah untuk disebut tetapi ia perlukan 'eksesorinya'.. maksud saya ucapan terima kasih akan diterima dengan maksud yg berbeza jika ia tidak disertakan dengan riak muka yang sepatutnya.. Ini kerana ekspresi wajah itu yg memaparkan apa yg di olah di dalam hati...
Kita selalu menekankan agar kita mengucapkan terima kasih... tapi kita terlupa bagaimana untuk menyambut dengan betul ucapan terima kasih dari seseorang. Patut kah jika seseorang mengucapkan terima kasih dan kita sambut dengan dingin, selamba, marah dsbnya? Oleh sebab itu penekanan dalam menyambut ucapan terima kasih juga jgn dilupakan....
ya. cantik ingatan demalaysian tu. kita kena belajar memberi dan menerima ucapan terima kasih dengan mimik muka dan bahasa badan yang ikhlas...
terima kasih kerana membuat entri ini :) dan terima kasih juga kerana join geng jurnal :D
mencari kenalan untuk berkongsi ilmu - kehidupan ini luas & indah. rugi jika tidak berkongsi sesuatu. betul tak?
Post a Comment