Followers

06 July 2008

Jangan kita dikalahkan dengan hal yang remeh-temeh

Dale Carnegie ada menceritakan tentang pengalaman yang dilalui oleh pohon besar (pohon raksasa) yang sudah berumur empat ratus tahun (empat kurun). Menurut Dale Carnegie:

Selama empat kurun yang dilaluinya, masa hidupnya yang panjang itu, pohon tersebut telah mengalami empat belas kali disambar petir, manakala hujan salji dan badai taufan tentu tidak terhitung lagi. Tetapi pohon tersebut tetap gagah dan kuat seolah-olah gunung yang teguh. Sampailah pada suatu hari datanglah sepasukan besar serangga kumbang. Pasukan serangga itu memakan bahagian dalam kulit pohon tersebut secara perlahan-lahan. Inti pohon tersebut akhirnya hancur. Hingga akhirnya dalam waktu yang singkat, tumbanglah pohon raksasa tersebut menjadi rata dengan tanah tanpa meninggalkan bekas.

Pohon kayu yang besar dan rimbun itu yang mampu menghindari kekeringan walau usianya sudah tua, mampu bertahan dari hentaman petir dan badai taufan. Namun, akhirnya ia jatuh tersungkur di depan serangga yang begitu kecil sekali.

Renungilah persoalan berikut,

1. Adakah kita gagah seperti pohon raksasa hutan tersebut?
2. Adakah kita mahu membiarkan diri kita terganggu oleh sesuatu hal yang boleh kita elakkan?
3. Adakah berbaloi kita biarkan ikatan persahabatan terputus ekoran gangguan dan salah faham?
4. Berbaloikah kita membiarkan kehidupan, kesihatan, ketenteraman, kebahagiaan dan keceriaan kita terganggu dengan usikan dan bahan bicara orang lain?

Jika perkara remeh-temeh itu dapat mengancam kehidupan kita, begitu jugalah membesar-besarkan hal yang kecil akan juga mendatangkan keburukan...

Namun sayang sekali, kebanyakan hal yang kecil dan remeh-temeh ini akhirnya menidakkan ikatan suci antara dua hati dan nilai persahabatan yang sudah terjalin lama.

p/s – Perlunya kita mempunyai kejujuran, keikhlasan dan kekuatan dalam mengekalkan ikatan persahabatan. Percayalah, hidup kita akan kesunyian jika kita kehilangan seorang kawan yang baik. Seorang kawan yang selalu memberi sokongan kepada kita di kala senang mahupun susah.

10 comments:

nieja said...

1st komen!
aha..
xceli lom smpat bace la..
nak cepat ni..
nak tngal komen kat chatbox
still xdpt..eii geram btol..
org lain ok je..ngan nieja ngade
xboley plak aha..

Rashid said...

hii salam nieja. camana study? oh ya tahniah kerana jadi orang pertama (johan?) dalam ruangan komen...
Ttg 'cik box' tu mungkin suka gurau-gurau dengan nieja..dia nak uji kesabaran nieja. Sabar!!!!

nieja said...

ahaha..
saje je chatbox tu kan..
xpe..sabar2..
lame2 nieja letopkan ngan bom
chatbox tu akkekeke

Rashid said...

bom?? syy syyy 'cik box' dengar tu..nanti makin merajuk dia.

nora bahari said...

bagus entries nie...
kadang kala hal2 yg kecil menjadi pertelingkahan yg besar..
apa yg perlu kita buat, korbankan ego masing2 untuk cari penyelesaian dalam menyelamatkan sebuah persahabatan...
mungkin kita tak segagah pokok walau di sambar petir tapi tetap kukuh di situ.. tapi mungkin juga kita selemah pokok yang hanya di serang oleh serangga dan akhirnya tumbang..
pangkalnya adalah hati masing2 dan kejujuran mereka...

cHeRyNa PiReS said...

hmm...msg yg bagus...boleh tampal kat dinding nieh:D

Rashid said...

salam nora,
saya setuju dengan nora. keegoan yang keterlaluan juga boleh menjadi punca kerengangan hubungan. Persoalannya, benarkah lelaki mempunyai rasa ego yang lebih tinggi berbanding dengan perempuan???

Rashid said...

hii cheryna 'sepet eyes',
keunguan itu indah warnanya... pokok pangkalnya dari mata membawa ke hati. Hati itu yang dapat menilai kejujuran sesebuah persahabatan.

nora bahari said...

hmm..
persoalan lelaki lebih ego dari perempuan?
wah.. soalan terhangat nie!
sebenarnya susah saya nak buat kesimpulan...
yang saya boleh katakan kat sini ianya bergantung kepada personaliti dan keadaan seseorang.. tidak kira lah lelaki ataupun perempuan..
pangkalnya adalah diri sendiri untuk membentuk peribadi...

=)

Rashid said...

ya nora.
Semuanya bergantung pada diri masing-masing... tepuk dada tanya hati, ikut rasa mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search