Followers

09 July 2008

Jangan sampai kita dikejutkan ...

"Aku sibuklah… banyak kerja".
“Minta maaf, tak dapat… sibuklah”

Seringkali kita mendengar keluhan di atas. Sama ada dari teman-teman mahupun kita sendiri yang meluahkan ucapan tersebut.

Memang jika dihitung hari, boleh dikatakan kita sentiasa sibuk. Kita sibuk dengan kerja dan tugas seharian. Balik saja dari kerja, biasanya kita terus menyandar badan di kerusi. Badan letih. Minda penat. Kadang-kadang kerana terlalu letih, kita terus tertidur dengan tidak sempat menukar baju kerja. Bagi yang okay sikit letihnya itu akan sempat menyalin pakaian, mandi dan kemudiannya baru berehat.

Begitulah rutin kehidupan kita seharian pada hari bekerja. Hujung minggu pula, bagi yang sudah berkeluarga, biasanya akan mengambil peluang untuk bersama ahli keluarga. Keluar bersiar-siar atau paling tidakpun berehat kat rumah je. Rileks bersama keluarga. Layan karenah anak-anak. Layan isteri (tolong mana yang patut!). Manakala bagi yang masih 'single' tu, apa lagi hujung minggu adalah masa untuk bersama kawan-kawan atau bersama 'sidia' keluar jalan-jalan sambil makan-makan, 'shopping', tengok wayang dsb. Rileks minda katakan...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Masa terus berlalu. Pantas sekali. Sedar tidak sedar kita sudah semakin berumur…

Aku terfikir, dalam kesibukan kita bekerja seharian ini adakah kita terlintas dengan ibu dan ayah kita? Sihatkah mereka ini? Bagaimanakah keadaan mereka ketika kita ketawa bersama kawan-kawan? Aku bimbang dalam kita terlalu sibuk bekerja, kita terlupa untuk menjengah (sekurang-kurangnya menelefon) kedua-dua insan yang paling bernilai dalam hidup kita.

Aku bimbang dalam keasyikan kita menonton kehidupan seharian di tempat kerja, kita leka sehinggalah kita dikejutkan dengan satu berita. Berita yang akhirnya akan membuatkan kita menyesal. Berita tentang dua insan kesayangan kita sudah tidak lagi bersama kita… kita tidak berpeluang lagi untuk menatap wajah mereka. Wajah yang penuh kedutan. Wajah ibu dan ayah kita…

Aku terfikir, sesibuk mana kerja kita, kita perlu sering bertanyakan khabar mereka. Percayalah, ibu dan ayah kita tidak suka ‘menganggu’ kehidupan kita. Namun kita adalah kehidupan seharian mereka. Kita sentiasa menjadi buah bicara mereka. Kita sentiasa di hati mereka…hingga ke akhir hayatnya.

8 comments:

nora bahari said...

insya-ALLAH..
sejauh mana kita melangkah dan setinggi mana kita berdiri, kita tidak akan lupa ibu-bapa kita..
selagi kita masih sedar dari mana asal usul kita dan dari mana kita bermula...
(sesungguhnya nora pun rindukan my family! walaupun jauhnya hanya selangor dan melaka..)

=(

yOnnA said...

satu peringatan :)
thnx abg

Rashid said...

Nora,
kata-kata nora itu melambangkan nora seorang anak yang baik...bab kata jauh di mata dekat di hati. Namun jangan di hati saja perlu juga dekat di mata. Kerana ibu dan ayah kita ingin juga lihat wajah anak-anak mereka. Kan satu cara nak dapat pahala - dengan melihat wajah ibu dan ayah kita.

Rashid said...

Hi salam Yonna
Sama-sama. sebenarnya coretan ini adalah untuk peringatan abang sendiri...

PHATABULOUS! said...

saya nak NANGIS!!! cikgu buat saya rasa RINDU giler dengan mereka. walaupun hampir 3 hari sekali saya tanya kabar mereka... tp saya tetap tak puas hati kerana mereka jauh. permohonan pertukaran tempat kerja (kuala selangor -> skudai) tak diluluskn...

Nangis...

Rashid said...

Syima, menangislah...
itu tanda syima sangat menyayangi mereka. saya yakin syima ini anak yang sentiasa dalam ingatan emak dan ayah syima. Syima, keredhaan orang tua kepada kita sangat penting. Keredhaan mereka akan menentukan kebahagiaan kita dan laluan mudah untuk kita mencapai apa jua kehendak dan impian..insyaAllah.

Ada Ayrissa said...

huhu..sokong tuh...
alhamdulillah...kita dok dekat jer ngan mak n ayah...

Rashid said...

Ada,
Bersyukurlah mereka dekat dengan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search